CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5457|Reply: 13

Bapa Paksa Anak Main Game Sampai Lunyai, 17 Jam Tak Tidur

[Copy link]
Post time 13-3-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode
BEIJING – Seorang bapa di wilayah Shenzhen, China memaksa anak lelakinya bermain permainan video sehingga tidak berdaya selepas kanak-kanak itu ditangkap bermain telefon bimbit pada pukul 1 pagi (waktu tempatan).


Oddity Central  melaporkan, bapa tersebut memberitahu akhbar Metropolis Times bahawa dia berasa berang setelah mendapati anaknya bermain telefon bimbit sehingga lewat malam sedangkan kanak-kanak itu perlu bersekolah pada keesokan hari.


Dia ingin memberi pengajaran kepada anaknya supaya tidak melupakan kesalahannya.




Foto: Oddity Central




Oleh yang demikian, lelaki itu ‘membenarkan’ anaknya bermain dan tidak tidur, selain menyuruh kanak-kanak agar tidak pergi ke sekolah selama sehari supaya boleh terus bermain.


Budak lelaki itu pada awalnya didakwa menikmati peluang yang diberikan dan terus bermain di bawah pengawasan bapanya sehingga pukul 7 pagi (waktu tempatan).


Namun, ketika dia mula mengantuk dan cuba meletakkan telefon, bapanya berulang kali mengejutkannya kembali. Lelaki itu sanggup mengambil cuti bekerja selama sehari untuk memastikan anaknya terus bermain.


Pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan), iaitu selepas budak tersebut bermain telefon selama 17 jam, dia merayu kepada bapanya untuk membenarkan dia tidur.


Dia kemudian bersetuju untuk menandatangani perjanjian bertulis dengan berjanji tidak lagi akan melakukan perbuatan sedemikian. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 02:03 PM | Show all posts
padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 02:07 PM | Show all posts
bagus bapak dia.
budak dulu2 kalau kantoi isap rokok, mmg dpt sekotak terus kena paksa isap sambung puntung sampai muntah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran bagus sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 07:00 PM | Show all posts
bagus. boleh apply dekat anak aku. hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak setuju cara tiger father ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong benda ni, ramai aku tgk kawan2 aku dah sampai tahap pasrah dgn anak2 diaorg... Dah jadi drakula takleh nampak matahari... Tegas sikit walau pun tak disentuh org kata mendera pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Etnik Melayu takkan buat begini pada anaknya, sebab mereka jenis lepaskan anak begitu sahaja tanpa pengawasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 09:46 PM | Show all posts
s@s@ replied at 13-3-2023 02:07 PM
bagus bapak dia.
budak dulu2 kalau kantoi isap rokok, mmg dpt sekotak terus kena paksa isap sambung  ...

tak bahaya kerr bagi budak2 hisap sampai sambung berkotak2?

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 08:54 AM | Show all posts
doubleharmonic replied at 13-3-2023 09:46 PM
tak bahaya kerr bagi budak2 hisap sampai sambung berkotak2?

sekotak pun x habis.
x sampai 3 batang dah muntah, pastu insap la
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:49 AM | Show all posts
Bagus. Hari tu aku bagi anak aku main roblox sejam tapi dia bantai sampai 2 jam, ha tidur kau kat kerusi luar. Tidur duduk. Berapa kali dia dok ubah2 position nak bagi selesa alhamdulillah memang berkesan, lepas dari tu kalau bagi time limit utk gadget, dia akan stop sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:52 AM | Show all posts
matamata replied at 13-3-2023 07:03 PM
Aku sokong benda ni, ramai aku tgk kawan2 aku dah sampai tahap pasrah dgn anak2 diaorg... Dah jadi d ...

Ada makcik aku, anak darjah 4 dah di bagi handphone, last2 kantoi chat lucah2 ngan pedo kat telegram. Pastu kena rampas kejap handphone tu. Dah ni dapat balik aku tengok. ????‍♀️ tapi tak Heran lah sebab nya mak pak pun tangan dok berjahit ngan telepon, nak borak ngan anak pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:55 AM | Show all posts
bagus la . nak mendidik bukannya bleh pakai nasihat dgn kasih sayang je. kena la ada tindakan dan hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 11:52 AM | Show all posts
ramai yang lebih suka tengok hp daripada tengok buku sekolah anak sendiri, pastu nak tegur anak suka main hp.
aneh betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.425493 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list