CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Dari Syurga, Tetap Bayar Gaji Pekerja Yang Sudah Meninggal Dunia

13-3-2023 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4022| Komen: 5

Beijing: Seorang majikan di China dipuji apabila tetap membayar gaji pekerjanya yang sudah meninggal dunia.

Bayaran gaji berjumlah 800 yuan (kira-kira RM520) itu diberikan kepada balu dan keluarga bekas pekerjanya, Chen yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 2020.


Majikan dikenali Wang Feng sehingga kini masih membayar gaji itu kepada keluarga terbabit sejak tiga tahun lalu.


Foto: Agensi

Wang berkata, jumlah itu mungkin tidak banyak tetapi ia cukup untuk mereka menampung keperluan harian mereka.

Menurutnya, dia berbuat demikian supaya keluarga itu dapat bertahan dalam menghadapi krisis kewangan ketika ini, namun persoalannya berapa lama dia dapat berbuat demikian.

Menurut CNNB, Wang hanya akan berhenti menyara keluarga itu selepas dua anak bekas pekerjanya menamatkan pengajian di kolej dan ketika ini mereka masing-masing masih di sekolah rendah serta menengah.


Keluarga terbabit juga mempunyai ahli keluarga yang sudah tua iaitu nenek kepada isteri Chen, berusia 80 tahun yang sudah uzur.

Selain itu, akhbar Sin Chew melaporkan Wang berkata, perniagaannya juga mengalami kerugian besar sejak pandemik tetapi tidak menghalang keinginannya menyara keluarga itu.

Wang berkata, dia dibesarkan di kampung dan memahami keadaan keluarga itu.

Memetik abang Chen, Wang disifatkannya memang seperti 'permata' dan mempunyai jiwa yang baik.

Ini adalah situasi satu dalam sejuta yang mana majikan berusaha keras untuk menjaga pekerjanya dan mendoakan terbaik buat keluarga Chen. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 13-3-2023 04:47 PM
Kira macam pencen la kan. Baiknya majikan. Walaupun tak la banyak mana, but at least dapat la membantu.
Quote Tinot7 13-3-2023 04:54 PM
Syabas ada majikan mcm ni.. apa bisnes dia yach?
Quote white_musk 13-3-2023 05:01 PM
Mungkin majikan itu dapat pelepasan cukai
Quote akusukaq 13-3-2023 06:02 PM
vanillaninja replied at 13-3-2023 04:47 PM
Kira macam pencen la kan. Baiknya majikan. Walaupun tak la banyak mana, but at least dapat la memban ...

Aku kalu maid maid yg kerja bagus tu aku tak berkia....Dah bertahun balik Indon pun ada yg mengadu susah , tetap aku tolong...sekurang kurang nya dapat tolong rengankan beban.



.
Quote doubleharmonic 13-3-2023 09:51 PM
so nak kata kerajaan mesia ni pun dari syurga lah ya sebab still bayarkan gaji penjawat awam yang meninggal dunia giteww?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064920 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top