View: 3733|Reply: 5
|
Majikan Dari Syurga, Tetap Bayar Gaji Pekerja Yang Sudah Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
Beijing: Seorang majikan di China dipuji apabila tetap membayar gaji pekerjanya yang sudah meninggal dunia.
Bayaran gaji berjumlah 800 yuan (kira-kira RM520) itu diberikan kepada balu dan keluarga bekas pekerjanya, Chen yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 2020.
Majikan dikenali Wang Feng sehingga kini masih membayar gaji itu kepada keluarga terbabit sejak tiga tahun lalu.
 Foto: Agensi
Wang berkata, jumlah itu mungkin tidak banyak tetapi ia cukup untuk mereka menampung keperluan harian mereka.
Menurutnya, dia berbuat demikian supaya keluarga itu dapat bertahan dalam menghadapi krisis kewangan ketika ini, namun persoalannya berapa lama dia dapat berbuat demikian.
Menurut CNNB, Wang hanya akan berhenti menyara keluarga itu selepas dua anak bekas pekerjanya menamatkan pengajian di kolej dan ketika ini mereka masing-masing masih di sekolah rendah serta menengah.
Keluarga terbabit juga mempunyai ahli keluarga yang sudah tua iaitu nenek kepada isteri Chen, berusia 80 tahun yang sudah uzur.
Selain itu, akhbar Sin Chew melaporkan Wang berkata, perniagaannya juga mengalami kerugian besar sejak pandemik tetapi tidak menghalang keinginannya menyara keluarga itu.
Wang berkata, dia dibesarkan di kampung dan memahami keadaan keluarga itu.
Memetik abang Chen, Wang disifatkannya memang seperti 'permata' dan mempunyai jiwa yang baik.
Ini adalah situasi satu dalam sejuta yang mana majikan berusaha keras untuk menjaga pekerjanya dan mendoakan terbaik buat keluarga Chen. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kira macam pencen la kan. Baiknya majikan. Walaupun tak la banyak mana, but at least dapat la membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas ada majikan mcm ni.. apa bisnes dia yach? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin majikan itu dapat pelepasan cukai |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 13-3-2023 04:47 PM
Kira macam pencen la kan. Baiknya majikan. Walaupun tak la banyak mana, but at least dapat la memban ...
Aku kalu maid maid yg kerja bagus tu aku tak berkia....Dah bertahun balik Indon pun ada yg mengadu susah , tetap aku tolong...sekurang kurang nya dapat tolong rengankan beban.
. |
|
|
|
|
|
|
|
so nak kata kerajaan mesia ni pun dari syurga lah ya sebab still bayarkan gaji penjawat awam yang meninggal dunia giteww? |
|
|
|
|
|
|
| |
|