Nota yang dipamerkan pada bahagian belakang sebuah kereta Honda City berwarna merah mengenai situasi isterinya menerima pujian ramai. “Sorry tak boleh (pandu) laju. Isteri (lepas bersalin) czer (caesar),” tulisnya pada nota tersebut.
Nota permohonan maaf itu cukup mencerminkan keprihatinan si suami tentang keadaan kesihatan isterinya hingga dia terpaksa menyukarkan pengguna jalan raya lain terutamanya ketika melalui jalan satu lorong dengan trafik sesak. “Nampak di (lebuh raya) Guthrie tadi. Kereta bawa chill (perlahan) dekat lane kiri. Sangat kagum dengan abang ni, punyalah dia jaga isteri. Semoga syurga untuk bro dan keluarga,” tulisnya sebuah pengguna di Twitter. Setelah menerima beribu ulang kicau dan tanda suka, pemandu Honda City yang menjadi bualan ramai itu akhirnya muncul memperkenalkan diri. Menggunakan akaun Twitter @AmriezalAm, dia berterima kasih kepada orang ramai yang memahami situasinya pada ketika itu.
“Ya betul, tiada siapa yang suruh bawa laju pun. Tapi menghormati pengguna lain, saya ambil langkah ni sebab ketika itu waktu orang balik kerja. “Untuk highway tiada masalah, hanya pada setengah keadaan jalan je yang kena betul-betul perlahan. Apabila masuk jalan biasa, susah orang nak memotong. Semalam pun bersusun kereta follow. Terima kasih dan maafkan kami. “Kenapa nak kena slow sangat? Sebenarnya isteri dah discaj pada tarikh 4 Mac dan dimasukkan semula pada 7 Mac sebab ada berlaku pendarahan dan jahitan terbuka sebab dia mengalami batuk teruk,” ujarnya menjelaskan situasi. Tambah Amriezal, pada malam isterinya dibenarkan keluar hospital, kawasan Sungai Buloh, Selangor dilanda banjir kilat sehingga menjejaskan rumah mereka. Katanya lagi, disebabkan isterinya menjalani pembedahan sebanyak dua kali, dia perlu lebih berhati-hati ketika memandu. Sementara itu jika diteliti pada hantaran dibuat beberapa hari lalu di Facebook, isterinya yang bernama Mas Edora selamat melahirkan anak perempuan, Nur Amniey Maryam pada 2 Mac lalu pada pukul 12.04 tengah hari. Apabila diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan si suami yang prihatin dengan keadaan isterinya. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa individu lain turut berkongsi foto secara rawak yang pernah tular sebelum ini bagi memperlihatkan keprihatinan suami kepada isteri masing-masing.-CARI Sumber: mStar Online
|
cap_ayam replied at 13-3-2023 06:05 PM
Boleh juga sewa ambulans .. husband kaka pernah buat begini selepas mil discharged after operation. ...
Firenzza replied at 13-3-2023 06:45 PM
Bukan ke ambulan bawak lg laju sis?
Tinot7 replied at 13-3-2023 08:55 AM
Tahniahh.. baper berat baby yach?
noor2 replied at 13-3-2023 07:42 PM
Seriously..aku bersalin cesarean elok je hari ketiga dan seterusnya naik kereta...
fcl29 replied at 13-3-2023 10:00 PM
dia kata jahitan terbuka kaka.. jahit kali kedua, so kene lebih hati2..
sy x ceazer.. xtau rs saki ...
ADVERTISEMENT