View: 6199|Reply: 46
|
Pandu Kereta Lambat Macam Kura-Kura Di Waktu Puncak- Lelaki Mohon Maaf, Kena Jaga Luka Isteri Bersalin Czer
[Copy link]
|
|
Nota yang dipamerkan pada bahagian belakang sebuah kereta Honda City berwarna merah mengenai situasi isterinya menerima pujian ramai.
“Sorry tak boleh (pandu) laju. Isteri (lepas bersalin) czer (caesar),” tulisnya pada nota tersebut.
Nota permohonan maaf itu cukup mencerminkan keprihatinan si suami tentang keadaan kesihatan isterinya hingga dia terpaksa menyukarkan pengguna jalan raya lain terutamanya ketika melalui jalan satu lorong dengan trafik sesak.
“Nampak di (lebuh raya) Guthrie tadi. Kereta bawa chill (perlahan) dekat lane kiri. Sangat kagum dengan abang ni, punyalah dia jaga isteri. Semoga syurga untuk bro dan keluarga,” tulisnya sebuah pengguna di Twitter.
 Foto: Twitter
Setelah menerima beribu ulang kicau dan tanda suka, pemandu Honda City yang menjadi bualan ramai itu akhirnya muncul memperkenalkan diri.
Menggunakan akaun Twitter @AmriezalAm, dia berterima kasih kepada orang ramai yang memahami situasinya pada ketika itu.
“Ya betul, tiada siapa yang suruh bawa laju pun. Tapi menghormati pengguna lain, saya ambil langkah ni sebab ketika itu waktu orang balik kerja.
“Untuk highway tiada masalah, hanya pada setengah keadaan jalan je yang kena betul-betul perlahan. Apabila masuk jalan biasa, susah orang nak memotong. Semalam pun bersusun kereta follow. Terima kasih dan maafkan kami.
“Kenapa nak kena slow sangat? Sebenarnya isteri dah discaj pada tarikh 4 Mac dan dimasukkan semula pada 7 Mac sebab ada berlaku pendarahan dan jahitan terbuka sebab dia mengalami batuk teruk,” ujarnya menjelaskan situasi.
Tambah Amriezal, pada malam isterinya dibenarkan keluar hospital, kawasan Sungai Buloh, Selangor dilanda banjir kilat sehingga menjejaskan rumah mereka.
Katanya lagi, disebabkan isterinya menjalani pembedahan sebanyak dua kali, dia perlu lebih berhati-hati ketika memandu.
Sementara itu jika diteliti pada hantaran dibuat beberapa hari lalu di Facebook, isterinya yang bernama Mas Edora selamat melahirkan anak perempuan, Nur Amniey Maryam pada 2 Mac lalu pada pukul 12.04 tengah hari.
Apabila diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan si suami yang prihatin dengan keadaan isterinya.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa individu lain turut berkongsi foto secara rawak yang pernah tular sebelum ini bagi memperlihatkan keprihatinan suami kepada isteri masing-masing.-CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dpermudahkn urusan & sentiasa aman bahagia family abg nie.. amin yra.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniahh.. baper berat baby yach? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah di atas kehadiran cahayamata, bapa dan suami budiman. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah. Sekurangnya dia ada courtesy utk buat nota. Org yg waras akan berlapang dada dan faham. Nak marah pun tak jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
bawak macam biasa tak boleh ker?
bawak sederhana
skang ni trend lekat2 nak bgtahu bini czer
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang mahu menangis keperitan jika terhentak.. sakit amat. Tahniahlah si isteri, suami mu prihatin. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh juga sewa ambulans .. husband kaka pernah buat begini selepas mil discharged after operation.
Anyway tahniah atas kelahiran keluarga baru.
Apa yang merisaukan kaka kalau kereta yang jauhhh kat belakang tu kena tekan brek dan tak tau apa yang berlaku kat depan. Syukur semua selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga anak kau lembam sebagaimana kau telah melambatkan urusan orang lain, dekkkkkkkkk! |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 13-3-2023 06:05 PM
Boleh juga sewa ambulans .. husband kaka pernah buat begini selepas mil discharged after operation. ...
Bukan ke ambulan bawak lg laju sis? |
|
|
|
|
|
|
|
wife aku dulu czer gak. aku drive mcm biasa je. 80-90kmj.
maybe lain orang, lain level teruk czernya kot |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 13-3-2023 06:45 PM
Bukan ke ambulan bawak lg laju sis?
Laju tapi husband nak ibu dia baring.. dia tak bagi ibu duduk dalam kereta redah jem .. operation buang rahim tapi syukur sihat semula  |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 13-3-2023 08:55 AM
Tahniahh.. baper berat baby yach?
20 hari yang lepas adik i bersalin anak pertama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seriously..aku bersalin cesarean elok je hari ketiga dan seterusnya naik kereta... |
|
|
|
|
|
|
|
on lampu kelip2 emergency belakang pun dah cukup kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah
.bawak.mcm biasa je..takde masalah..
Sebab hiway tak de bonggol..
Yang masalah kena slow bila lalu kat bonggol...sakit..TU je...
Iols.pung.czer juga baru 25 hari berpantang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Keselamatan isteri dan anak mesti diutamakan,  |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 13-3-2023 07:42 PM
Seriously..aku bersalin cesarean elok je hari ketiga dan seterusnya naik kereta...
dia kata jahitan terbuka kaka.. jahit kali kedua, so kene lebih hati2..
sy x ceazer.. xtau rs sakitnya mcm mana 
tp yg pasti husband pecut selaju yg boleh masa nk hantar sy ke hosp.. anak dah hujung2 nk terkeluar  |
|
|
|
|
|
|
|
fcl29 replied at 13-3-2023 10:00 PM
dia kata jahitan terbuka kaka.. jahit kali kedua, so kene lebih hati2..
sy x ceazer.. xtau rs saki ...
Ohhh..hospital kerajaan ke dia pi sebab cincai kerja doktor...kalau swasta x de pun mcm tu...elok je |
|
|
|
|
|
|
|
... letihnya jaga baby. tak boleh tidur siang huhu
tapi seronok dan bahagia melihat proses anak2 membesar dari baby ke dewasa
ada rezeki 2 tahun lagi jaga cucu lah pulak ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|