CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lesap RM45,049 Tertipu Dengan Tawaran Kerja Sambilan Lumayan

10-3-2023 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 720| Komen: 1

SIBU – Seorang wanita lesap wang simpanan sebanyak RM45,049 selepas terjerat dengan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa, 34, yang merupakan pekerja operasi sebuah syarikat swasta di sini tertarik dengan tawaran kerja sebagai pembantu dalam talian itu selepas mendapati ia menawarkan komisen yang tinggi.



Gambar Hiasan

“Mangsa telah menghantar mesej ke nombor telefon yang tertera di iklan tersebut dan kemudian diarahkan untuk mendaftar maklumat peribadi serta mendaftar satu akaun di satu laman sesawang bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan itu.

“Mangsa seterusnya diminta membuat bayaran ke dalam lima akaun bank yang berbeza berjumlah RM45,049,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, mangsa menggunakan wang simpanannya sendiri bagi memperoleh komisen pesanan barangan yang didaftarkan atas namanya.


Zulkipli berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas komisen yang dijanjikan tidak diterima.

Ekoran itu, katanya mangsa tampil membuat laporan polis pada 8 Mac lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 10-3-2023 05:19 PM
Kalau tawaran kerja itu lumayan,  
isnya tidak diiklankan pun,

habis adik beradik saudara mereka jah yang sapu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.187484 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top