CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Buat Laporan Polis Palsu- Tipu Kena Samun Sebab Nak Elak Bayar Denda Mykad Hilang

10-3-2023 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 830| Komen: 4

Ampang Jaya: Tindakan seorang lelaki yang membuat laporan polis palsu kononnya disamun kerana enggan membayar denda kehilangan Mykad mengundang padah apabila ditahan polis kelmarin.

Lelaki berusia 20-an itu pada mulanya tampil ke Balai Polis Ampang di sini, membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa samun.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bagaimanapun siasatan lanjut dijalankan Ketua Polis Balai Ampang Inspektor Mohammad Fareez Izzuan Mohd Fazel bersama sepasukan Task Force mendapati kejadian samun itu tidak berlaku.


Gambar Hiasan

Menurutnya, selepas disoal siasat suspek kemudian mengaku membuat laporan polis palsu kerana tidak mahu membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 10-3-2023 05:02 PM
Dh brapa kali hilang?
Sekali 2 100-300.
Lebih dr tu dlm 1000.
Xpasal² kalo kna 22 (penjara+denda) sbb xcerdik.
Quote darkness 10-3-2023 05:03 PM
Sy baru sekali hilang ic..huhu
Quote gigahertz 10-3-2023 10:57 PM
Thunderclouds: Dh brapa kali hilang?Sekali 2 100-300.Lebih dr tu dlm 1000.Xpasal² kalo kna 22 (penjara+denda) sbb xcerdik.

Lebih dari 3 kali u akan di panggil ke balai polis utk memberi keterangan.
Quote shernazz 10-3-2023 11:12 PM
Sebenarnya hilang TU staff jpn yang akan nilai..
Kalau uols hilang 3 kali dalam masa dekat dekat..mmg kena la rm1000 denda n masuk dalam bilik siasatan...kena tunggu lagi berapa bulan entah...

Ni apa yang iols dengar staff jpn terangkan kat sorang Abang ni..iols curi dengo je

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036495 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top