Video seorang wanita yang pertama kali menerima menantu lelaki dalam hidupnya mencuri perhatian ramai di media sosial. Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok, Anieta, 45, kelihatan malu-malu untuk bersalaman dengan menantunya yang dikenali sebagai Eilman dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat.
Ramai netizen turut memuji rupa paras Anieta yang dianggap masih muda untuk memegang status ibu mentua. "Mak mentua kan macam mak sendiri. Salam je tak payah segan-segan. "Lah ingat pengantin. Mak mentua rupanya. Muda sangat. "Mak mentuanya muda sangat. Saya ingat dia pengantin. "Mudanya mak mentua, patutlah segan silu," tulis beberapa netizen pada video yang meraih lebih 70,000 tontonan itu. Bercerita kepada mStar, Anieta berkata dia gagal menyembunyikan rasa malu ketika majlis itu dan sebolehnya tidak mahu menyambut salam yang dihulur menantunya.
"Saya ni kali pertama jadi ibu mentua. Anak perempuan sulung saya baru berkahwin pada Jumaat malam. Ketika itu saya jadi confuse, kenapa dia (menantu lelaki) mesti salam kita? "Sebab saya masih anggap dia kawan lelaki kepada anak saya. Jadi saya rasa tak perlu, tak salam pun tak apa. Sebab kita memang segan la. Ditambah pula ramai tetamu yang tengok. "Menantu merayu masa nak salam. Saya kata pada dia tak perlu salam sebab saya segan, tapi dia tetap nak salam. Jadi akhirnya saya pun bersalaman dengannya," ujar ibu tunggal itu. Bercerita lanjut, Anieta berkata anak perempuannya, Sharifah Dania Shaffin Shah, 23, berkenalan dengan Eilman, 24 tahun ketika berdepan satu situasi cemas, kira-kira tiga bulan lalu. "Setakat apa yang saya tahu, mereka baru saja berkawan tiga bulan. Eilman berkawan dengan Kak Long iaitu anak perempuan saya. Dia yang selamatkan ketika Kak Long kena penampar dengan seorang lelaki. "Katanya kes cemburu. Tapi mujurlah Eilman yang selamatkan Kak Long. Pada waktu itu, dia terus bawa Kak Long balik ke rumah ibunya, sebab Kak Long dah menggigil. Dari situ ibunya berkenan. "Eilman ni seorang yang sangat menghormati orang tua. Dia sopan dan pemalu, jadi dia pun faham situasi saya," ujar Anieta yang menetap di Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan. Majlis akad nikah pasangan itu diadakan pada Jumaat malam di sebuah masjid sebelum berlangsungnya kenduri di kediaman Anieta pada Sabtu. Tambah Anieta, anak dan menantunya menetap di Bangi, Selangor dan kini sama-sama bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1). -CARI Sumber: mStar
|
Suchi replied at 10-3-2023 10:36 AM
Iols pun segan dulu nk salam ngn pak mertua
Kadang tu mcm rasa eh perlu ke tak salam ni ye
Ngn mil p ...
prince_marhaen replied at 10-3-2023 10:46 AM
Fahammmm..... tapi dalam versi terbalik lah,
meols laki, tapi terbiasa daripada family yang show o ...
anony-mous replied at 10-3-2023 11:09 AM
Muda ke korang nmpk? I tgk tua jah. Sesuai je pegang watak mak pd laki tu kalau berlakon
vanillaninja replied at 10-3-2023 11:04 AM
I tak rasa nak kecam sebab I memahami sheols, I pun jenis segan walaupun boleh je salam
Suchi replied at 10-3-2023 03:17 AM
Anak buah suami lelaki yg dh baligh kita boleh salam ke tak ye?
Tp dia hulur sokmo tangan jd serba ...
Suchi replied at 10-3-2023 11:17 AM
Anak buah suami lelaki yg dh baligh kita boleh salam ke tak ye?
Tp dia hulur sokmo tangan jd serba ...
laksmanabentan replied at 10-3-2023 10:50 AM
jangan lepas nih mak mertua berkenan dengan menantu sendiri sudah la ya....
hahahahhahahahaa...
Suchi replied at 10-3-2023 11:09 AM
Ha skrg uols paham kn kenapa abang ipar tu tak salam beria sbb dia mcm iols juga la kot.
Penah ju ...
ADVERTISEMENT