CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7558|Reply: 62

Mak Mentua Muda Menggelabah, Malu Nak Pegang Tangan- Menantu Sampai Merayu Nak Salam

[Copy link]
Post time 10-3-2023 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Video seorang wanita yang pertama kali menerima menantu lelaki dalam hidupnya mencuri perhatian ramai di media sosial.


Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok, Anieta, 45, kelihatan malu-malu untuk bersalaman dengan menantunya yang dikenali sebagai Eilman dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat.


Ramai netizen turut memuji rupa paras Anieta yang dianggap masih muda untuk memegang status ibu mentua.








"Mak mentua kan macam mak sendiri. Salam je tak payah segan-segan.


"Lah ingat pengantin. Mak mentua rupanya. Muda sangat.


"Mak mentuanya muda sangat. Saya ingat dia pengantin.


"Mudanya mak mentua, patutlah segan silu," tulis beberapa netizen pada video yang meraih lebih 70,000 tontonan itu.


Bercerita kepada mStar, Anieta berkata dia gagal menyembunyikan rasa malu ketika majlis itu dan sebolehnya tidak mahu menyambut salam yang dihulur menantunya.







"Saya ni kali pertama jadi ibu mentua. Anak perempuan sulung saya baru berkahwin pada Jumaat malam. Ketika itu saya jadi confuse, kenapa dia (menantu lelaki) mesti salam kita?


"Sebab saya masih anggap dia kawan lelaki kepada anak saya. Jadi saya rasa tak perlu, tak salam pun tak apa. Sebab kita memang segan la. Ditambah pula ramai tetamu yang tengok.


"Menantu merayu masa nak salam. Saya kata pada dia tak perlu salam sebab saya segan, tapi dia tetap nak salam. Jadi akhirnya saya pun bersalaman dengannya," ujar ibu tunggal itu.


Bercerita lanjut, Anieta berkata anak perempuannya, Sharifah Dania Shaffin Shah, 23, berkenalan dengan Eilman, 24 tahun ketika berdepan satu situasi cemas, kira-kira tiga bulan lalu.


"Setakat apa yang saya tahu, mereka baru saja berkawan tiga bulan. Eilman berkawan dengan Kak Long iaitu anak perempuan saya. Dia yang selamatkan ketika Kak Long kena penampar dengan seorang lelaki.


"Katanya kes cemburu. Tapi mujurlah Eilman yang selamatkan Kak Long. Pada waktu itu, dia terus bawa Kak Long balik ke rumah ibunya, sebab Kak Long dah menggigil. Dari situ ibunya berkenan.


"Eilman ni seorang yang sangat menghormati orang tua. Dia sopan dan pemalu, jadi dia pun faham situasi saya," ujar Anieta yang menetap di Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan.


Majlis akad nikah pasangan itu diadakan pada Jumaat malam di sebuah masjid sebelum berlangsungnya kenduri di kediaman Anieta pada Sabtu.


Tambah Anieta, anak dan menantunya menetap di Bangi, Selangor dan kini sama-sama bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1). -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gaya awkward tu mcm kn diorg pernah bercinta
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lucu nye la pulok
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 10-3-2023 10:37 AM

Iols pun segan dulu nk salam ngn pak mertua
Kadang tu mcm rasa eh perlu ke tak salam ni ye
Ngn mil pun kadang rasa segan nk salam sbb tak reti salam peluk2 tu so bila salam ngn dia mmg salam yg biasa tu jela.
Padahal anak2 dia salam mak dia peluk2 cium.
Bini sepupu suami iols salam mil iols pun peluk cium tp menantu sendiri salam cium tgn je huhu.

Maaf lerr tak biasa… sbb dlm famili sendiri tak dibiasakan salam peluk2 cium nih.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:46 AM | Show all posts
Suchi replied at 10-3-2023 10:36 AM
Iols pun segan dulu nk salam ngn pak mertua
Kadang tu mcm rasa eh perlu ke tak salam ni ye
Ngn mil p ...

Fahammmm..... tapi dalam versi terbalik lah,
meols laki, tapi terbiasa daripada family yang show off loves & respects towards salam, cium tangan, peluk & cium pipi kanan kiri or dahi...among adik beradik, mak, arwah abah & some close uncles & aunties.... meols laki salam cium tangan peluk cium pipi/dahi ngan adik beradik laki pun sama je tak kekok, ngan kakak lagi extra.. hahaha..pastu time first dapat abang ipar... dia cam dari family yang tak berapa touch kot.. meols sentap ye dia tarik tangan rentap macam tu masa nak salam..ala-ala salam bro-bro lah.. hahahaha.. masa raya pun takde peluk2 ye..tap tap bahu pun heols kekok.. motips ye takut ngan meols... hahahahahahahahahaha
tapi meols ngan kekawan laki rapat pun dah biasa gitu... bffs pompuan weols siap jeles lagi hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:50 AM | Show all posts
jangan lepas nih mak mertua berkenan dengan menantu sendiri sudah la ya....
hahahahhahahahaa...

tiber skandal dengan mak mertua gitu kann...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 10:55 AM | Show all posts
isu semasa ke ni?  apsal tak letak kat bod viral sana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:58 AM | Show all posts
malu2 bersalam pun masuk kat isu semasa...
hanat sungguh brita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 11:04 AM | Show all posts
I tak rasa nak kecam sebab I memahami sheols, I pun jenis segan walaupun boleh je salam
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda ke korang nmpk? I tgk tua jah. Sesuai je pegang watak mak pd laki tu kalau berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 10-3-2023 10:46 AM
Fahammmm..... tapi dalam versi terbalik lah,
meols laki, tapi terbiasa daripada family yang show o ...

Ha skrg uols paham kn kenapa abang ipar tu tak salam beria sbb dia mcm iols juga la kot.

Penah juga iols berdiri kaku masa salam ngn sepupu suami kot huhu
Ngn bff pun iols sebenarnya tak reti juga nak salam peluk cipika cipiki nih.
Hari raya la kot iols baru salam peluk cium ngn mil yelaa nak minta ampun kan hahah kadang tu berharap sesi beratur minta ampun tu iols dlm toilet ke apa tau2 dah abis sesi tu hihi

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 10-3-2023 11:09 AM
Muda ke korang nmpk? I tgk tua jah. Sesuai je pegang watak mak pd laki tu kalau berlakon

Haha sedangkan dynas mokhtar yg masih membunting tu pun dh jd mak kpd lelaki dewasa kan. Fiza halim pun sama.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 10-3-2023 11:04 AM
I tak rasa nak kecam sebab I memahami sheols, I pun jenis segan walaupun boleh je salam

Anak buah suami lelaki yg dh baligh kita boleh salam ke tak ye?
Tp dia hulur sokmo tangan jd serba salah plak.

Iols ni ngan abang sendiri pun segan nak salam, iols buat dia cam abang ipar lak so bila jumpa suami je salam ngn dia iols acah2 jaga wuduk
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:20 AM | Show all posts
Suchi replied at 10-3-2023 03:17 AM
Anak buah suami lelaki yg dh baligh kita boleh salam ke tak ye?
Tp dia hulur sokmo tangan jd serba ...

I tak arif pasal ni uols, tapi I rasa tak boleh salam. Mohon acik2 forum lain bagi pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 10-3-2023 11:17 AM
Anak buah suami lelaki yg dh baligh kita boleh salam ke tak ye?
Tp dia hulur sokmo tangan jd serba ...

Tak boleh sis. Tapi yelah..ajaran mak pak dorang suruh anak2 ni salam kita mokcik pokcik..kalau darah sedaging akak.atau abang kita tak pa juga kan..ni anak buah somi
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 10-3-2023 10:50 AM
jangan lepas nih mak mertua berkenan dengan menantu sendiri sudah la ya....
hahahahhahahahaa...


Sini bkn Indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Org felda laku diburu buat laki/bini taw
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:38 AM | Show all posts
Suchi replied at 10-3-2023 11:09 AM
Ha skrg uols paham kn kenapa abang ipar tu tak salam beria sbb dia mcm iols juga la kot.

Penah ju ...

haa tu la iols baru-baru ni je baru paham bila banyak kes orang tak biasa salam-salam walaupun sama jantina...
sebab meols dibesarkan show off rasa hormat tu even abang laki tua setahun pun kena salam cium tangan, sampai meols masuk keja opis ni brader2 lagi tua meols masih salam cium tangan kekadang sampailah rasa kekok sendiri bila orang tarik2 tangan...hahahahahahhahaha meols sangat tertib ye..

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm korang yg bercinta pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa tengok warna baju mak mertua tu terdetik dalam hati mcm acik felda je kaler baju
Betullah kan orang kata kita boleh kenal acik2 felda melalui kaler baju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.107142 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list