Kuala Lumpur: "Saya kecewa dengan pengurusan pihak berkenaan yang tidak sistematik sehingga saya dan isteri bersama lebih 100 jemaah umrah lain terkandas di Arab Saudi selama tiga hari," kata pengurus kilang, Basri Baco.
Basri, 36, adalah jemaah umrah negara yang terkandas selama tiga hari iaitu dua hari di Tanah Haram dan sehari di Jeddah kerana penangguhan penerbangan pulang saat akhir pada 5 Mac lalu. Dia dan isteri baru pulang ke tanah air, kelmarin dan terpaksa bermalam sehari lagi untuk pulang ke kampung halaman di Tawau, Sabah kerana tiket penerbangan pulang terpaksa dibatalkan kerana perubahan jadual di saat akhir. Basri berkata, mereka sepatutnya menunaikan umrah pada 19 Februari lalu, namun seminggu sebelum tarikh itu pihak agensi umrah secara tiba-tiba menukar tarikh kepada 22 Februari. Bagaimanapun, katanya, ketika itu juga pengesahan untuk penerbangan juga belum ada, malah turut mendakwa mereka hanya mendapat pengesahan penerbangan itu kurang 24 jam pada hari terbabit.
"Nasib baik kami sudah bersedia dan terbang ke sana namun penerbangan pulang ketika itu masih belum ada kata putus dan pengesahan. Kami juga hanya tahu sepatutnya tarikh pulang pada 5 Mac. "Sehari sebelum tarikh sepatutnya pulang barulah tahu tiket kami masih belum ada. Kami kemudian dimaklumkan tiket penerbangan pulang dalam proses dan sepatutnya kami kena transit di Jeddah. "Selepas tamat tawaf wida, kami kemudiannya di tempatkan di sebuah hotel yang hanya jaraknya tiga hingga empat kilometer (km) saja dari Masjidil Haram sementara menanti tiket penerbangan pulang secara berperingkat dan di situ kami tinggal selama dua hari," katanya ketika dihubungi. Katanya, disebabkan kedudukan hotel di atas bukit jemaah perlu berjalan kaki dan mengangkut barang kerana keadaan jalan yang tidak bersesuaian untuk dilalui kenderaan besar. "Ada warga emas bertongkat dan berkerusi roda juga tidak berkecuali untuk mendaki sama, malah saya sempat membantu seorang wanita warga emas yang bertongkat mengangkut beg. Situasi itu memang menyedihkan," katanya. Menurutnya, selepas itu ada pihak dari kedutaan Malaysia berbincang dengan pihak berkenaan sebelum mereka kemudiannya dihantar ke hotel di Jeddah dan bermalam selama sehari di sana. "Kerana penangguhan penerbangan saya juga terpaksa mengeluarkan RM2,400 untuk membeli tiket baru ke Tawau kerana tiket sebelum ini sudah hangus dan esok pagi baru dapat pulang ke sana. "Tindakan mereka ini memang mengecewakan dan menunjukkan ada kepincangan pada pihak terbabit kerana ia tidak seperti yang diharapkan, malah saya dan jemaah lain terkandas pula di sana. "Sepatutnya pakej itu penerbangan kami terus dari Kuala Lumpur ke Madinah dan pulang pula dari Jeddah ke Kuala Lumpur tetapi kami kena transit di negara lain dulu, malah hotel yang diberikan juga indah khabar dari rupa," katanya yang membayar RM10,000 seorang untuk pakej umrah berkenaan.-CARI Sumber: Harian Metro
|
Simunggu replied at 10-3-2023 09:54 AM
mungkin kamu pernah sidai Allah 3 hari juga...? fikir fikirkan
KamikuP replied at 10-3-2023 09:30 AM
Cer reveal nama agensi yg tak efisen ni
makita replied at 10-3-2023 10:39 AM
TA €[email protected] sblom kejadian ni grup jemaah lain stranded kat Spore pasal xde tiket (ni cikgu ...
Minyakyuyi replied at 10-3-2023 10:49 AM
Mak abah n adik suppose p dgn emraz hujung Feb...sblm tu ada kabar angin akan delay so mula la gru ...
dellashrill replied at 10-3-2023 01:44 PM
pergi DIY je la kalau sekeluarga. anak-anak yang dah dewasa perlulah alert ibu bapa yang nak pergi ...
Simunggu replied at 10-3-2023 09:54 AM
mungkin kamu pernah sidai Allah 3 hari juga...? fikir fikirkan
makita replied at 10-3-2023 10:39 AM
TA €[email protected] sblom kejadian ni grup jemaah lain stranded kat Spore pasal xde tiket (ni cikgu ...
lostnfaun replied at 10-3-2023 07:57 PM
TA nie murah kan? Ada sedara dah booking dgn TA nie, pakej yg dia ambil dalam rm5k++ gitu.
ADVERTISEMENT