CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6299|Reply: 21

100 Jemaah Umrah Naik Angin Kena 'Sidai' Tiga Hari

[Copy link]
Post time 10-3-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Saya kecewa dengan pengurusan pihak berkenaan yang tidak sistematik sehingga saya dan isteri bersama lebih 100 jemaah umrah lain terkandas di Arab Saudi selama tiga hari," kata pengurus kilang, Basri Baco.


Basri, 36, adalah jemaah umrah negara yang terkandas selama tiga hari iaitu dua hari di Tanah Haram dan sehari di Jeddah kerana penangguhan penerbangan pulang saat akhir pada 5 Mac lalu.


Dia dan isteri baru pulang ke tanah air, kelmarin dan terpaksa bermalam sehari lagi untuk pulang ke kampung halaman di Tawau, Sabah kerana tiket penerbangan pulang terpaksa dibatalkan kerana perubahan jadual di saat akhir.




Foto: Harian Metro




Basri berkata, mereka sepatutnya menunaikan umrah pada 19 Februari lalu, namun seminggu sebelum tarikh itu pihak agensi umrah secara tiba-tiba menukar tarikh kepada 22 Februari.


Bagaimanapun, katanya, ketika itu juga pengesahan untuk penerbangan juga belum ada, malah turut mendakwa mereka hanya mendapat pengesahan penerbangan itu kurang 24 jam pada hari terbabit.


"Nasib baik kami sudah bersedia dan terbang ke sana namun penerbangan pulang ketika itu masih belum ada kata putus dan pengesahan. Kami juga hanya tahu sepatutnya tarikh pulang pada 5 Mac.


"Sehari sebelum tarikh sepatutnya pulang barulah tahu tiket kami masih belum ada. Kami kemudian dimaklumkan tiket penerbangan pulang dalam proses dan sepatutnya kami kena transit di Jeddah.


"Selepas tamat tawaf wida, kami kemudiannya di tempatkan di sebuah hotel yang hanya jaraknya tiga hingga empat kilometer (km) saja dari Masjidil Haram sementara menanti tiket penerbangan pulang secara berperingkat dan di situ kami tinggal selama dua hari," katanya ketika dihubungi.


Katanya, disebabkan kedudukan hotel di atas bukit jemaah perlu berjalan kaki dan mengangkut barang kerana keadaan jalan yang tidak bersesuaian untuk dilalui kenderaan besar.


"Ada warga emas bertongkat dan berkerusi roda juga tidak berkecuali untuk mendaki sama, malah saya sempat membantu seorang wanita warga emas yang bertongkat mengangkut beg. Situasi itu memang menyedihkan," katanya.


Menurutnya, selepas itu ada pihak dari kedutaan Malaysia berbincang dengan pihak berkenaan sebelum mereka kemudiannya dihantar ke hotel di Jeddah dan bermalam selama sehari di sana.


"Kerana penangguhan penerbangan saya juga terpaksa mengeluarkan RM2,400 untuk membeli tiket baru ke Tawau kerana tiket sebelum ini sudah hangus dan esok pagi baru dapat pulang ke sana.


"Tindakan mereka ini memang mengecewakan dan menunjukkan ada kepincangan pada pihak terbabit kerana ia tidak seperti yang diharapkan, malah saya dan jemaah lain terkandas pula di sana.


"Sepatutnya pakej itu penerbangan kami terus dari Kuala Lumpur ke Madinah dan pulang pula dari Jeddah ke Kuala Lumpur tetapi kami kena transit di negara lain dulu, malah hotel yang diberikan juga indah khabar dari rupa," katanya yang membayar RM10,000 seorang untuk pakej umrah berkenaan.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat dengar hal ni.

Hmmmphh.


Rasa takut lak nk kunjung sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 09:30 AM | Show all posts
Cer reveal nama agensi yg tak efisen ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 09:54 AM | Show all posts
mungkin kamu pernah sidai Allah 3 hari juga...?  fikir fikirkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 10-3-2023 09:54 AM
mungkin kamu pernah sidai Allah 3 hari juga...?  fikir fikirkan

Fuh….
Insof kejap
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 10-3-2023 09:30 AM
Cer reveal nama agensi yg tak efisen ni

TA €[email protected] sblom kejadian ni grup jemaah lain stranded kat Spore pasal xde tiket (ni cikgu Fadli duk bising2 kat fb tu) patu jadi grup ni lak..dan TA yg sama tetap gigih iklan pakej mcm x jadi apa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Minyakyuyi at 10-3-2023 10:51 AM
makita replied at 10-3-2023 10:39 AM
TA €[email protected] sblom kejadian ni grup jemaah lain stranded kat Spore pasal xde tiket (ni cikgu  ...


Mak abah n adik suppose p dgn emraz hujung Feb...sblm tu ada kabar angin akan delay so mula la grup2 wasap ni bising2 tp admin mcm biasa la,diam..1 ptg adik dpt call dari emraz depa akan fly..depa pn eksited la sbb kira terpilih ikut time yg sepatutnya,xdelay.di sebabkan dok utara diorang pn bgerak ke umh adik (area Selangor) beberapa hari awal sampai la sehari sebelum fly,aku dk tny flight kui brapa tp mak kata xtaw...ehh pelik apa esk nk fly tp xda detail lgsung..sampai la esknya hari yg ptt fly aku msih tny lg...rupanya depa pn xdpt lg detail...ptg tu depa p hq kt p.jaya n decide utk cancel flight...bila p sana rupanya ticket flight n hotel apa x book lg...hangen la jemaah yg dk ada di sana...skrg diorg tggu duit refund dari emraz..frust la diorang tp Allah uji masa si Msia,Masih dpt balik utara umh semula...if JD mcm jemaah sangkut kt mekah,xtaw la saba mcm mana kena ada...semoga Allah bg yg lebih baik utk parent n adik aku..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Minyakyuyi replied at 10-3-2023 10:49 AM
Mak abah n adik suppose p dgn emraz hujung Feb...sblm tu ada kabar angin akan delay so mula la gru ...

Mujur sempat kensel. Jadi hanya tinggal bebanan tgu refund tah bila leh dpt. Pelik mcmana dorg ni buat iklan, terima duit utk urusan jual beli benda yg x pasti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu sama tiap2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah buat umrah je...tunggu je panggilan haji...dgn pak ereb yg nk untung sakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:44 PM | Show all posts
pergi DIY je la kalau sekeluarga. anak-anak yang dah dewasa perlulah alert ibu bapa yang  nak pergi umrah. jangan salah pilih agensi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:16 PM | Show all posts

Kesian,
Nampak nya slps pendemik, byk kes2 mcm ni. Buat Umrah mcm kena Scam.
Sblm pendemik, sllnya kes Pegi Haji yg kena scam.


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:06 PM | Show all posts
dellashrill replied at 10-3-2023 01:44 PM
pergi DIY je la kalau sekeluarga. anak-anak yang dah dewasa perlulah alert ibu bapa yang  nak pergi  ...

betul.. aku rasa now ni dgn byk comp TA scam, better pegi secara DIY.. contact rakyat msia yg ade kat sana.. diorg boleh guide..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 10-3-2023 09:54 AM
mungkin kamu pernah sidai Allah 3 hari juga...?  fikir fikirkan

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yih mcm2 hal. Lg berat rasa nk pegi. Tp tgk org lain elok pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:36 PM | Show all posts
sekarang ni orang buat umrah TERLALU RAMAI
hotel HIGH DEMAND
pak ereb yg kaya sanggup bayar double triple quadruple dari harga asal

jadi yang bayar harga minimum ni mmg hotel akan kensel kan jer ler.
tak kira la korang dah bayar booking awal ker apa.

owner hotel pak ereb they dun care, all they want is fulussss
they will sell it to the highest bidder.

tak boleh nak blame agensi jugak,
sebab mereka pun kena scam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la pi umrah ni ..drpd ko sakit hati, menyumpah2 hotel la, TA la, buat tambah dosa je walau dh cuci dosa ms umroh.
Baik pi holiday kt tmpt lain .takde la sakit hati dan takde la tambah dosa pun khueeen
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 10-3-2023 05:28 PM

Dgn yg postponed gara2 covid,sambung lak dgn world cup..tergendala lg..yg travel agent pulak main iklan je kat IG n fb  non stop..org tanya je terus bg slot suh bayo booking..pdhal hotel n flight ticket pon blm leh book lg..org lama tertangguh nk buat umrah campur dgn org baru..mmg sesak mesak la  dh rupa time haji...tambah dgn ramadhan lg..org berlumba2 nk rebut peluang beribadah kat sana!TA skrg pon bertambah byk mcm cendawan tumbuh lps hjn,yg x pnh buat package pon tgk2 ada iklan kn umrah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 10-3-2023 10:39 AM
TA €[email protected] sblom kejadian ni grup jemaah lain stranded kat Spore pasal xde tiket (ni cikgu  ...

TA nie murah kan? Ada sedara dah booking dgn TA nie, pakej yg dia ambil dalam rm5k++ gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 10-3-2023 07:57 PM
TA nie murah kan? Ada sedara dah booking dgn TA nie, pakej yg dia ambil dalam rm5k++ gitu.

Ye, offer mur mur konon nak bg peluang kat semua org...yg batch sedia ada pon byk yg pending, ni gigih duk up iklan pdhal tgh ribut2 ni org strended kat spore n jeddah suma. Kalau psal hotel katanya kene scam dgn pak arab.. abes tu tiket pon xde pak arab gak ke yg scam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.311531 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list