CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagi Ikan Busuk Kepada Mangsa Banjir, Syarikat Katering Disenarai Hitam

8-3-2023 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7052| Komen: 24

Sebuah syarikat katering akan disenaraihitamkan kerana membekalkan makanan tidak berkualiti kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rambai.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Kalsom Noordin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan mangsa banjir berkenaan isu ikan kembung busuk yang diberikan kepada mereka.



“Saya bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agak terkejut dan kesal apa yang berlaku semalam. Dikhabarkan makanan yang dihidangkan kepada mereka tidak memuaskan.

“Saya memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dalam hal yang sebegini dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pembekal ini, jika didapati berlaku kecuaian.

“Namun apa yang kita dapati hari ini, sebelum sempat saya hendak berjumpa dengan pembekal, makanan hari ini cantik pula,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut di PPS SK Sungai Rambai di sini, hari ini.



KALSOM Noordin (kanan) bertanya sesuatu kepada seorang mangsa banjir di PPS SK Sungai Rambai, Jasin, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Utusan Malaysia hari ini melaporkan perasaan kecewa dan terkilan penghuni di PPS itu yang mendakwa, makanan tengah hari dibekalkan kepada mereka tidak berkualiti sejak dua hari lalu.

Seorang mangsa dari Kampung Batu Gajah Pasir, Zariffudin Abdul Hamid, 45, berkata, isterinya
mengalami cirit birit selepas makan nasi berlauk ikan kembung yang dibekalkan, kelmarin.

Menurutnya, ketika membuka pek makanan tersebut, dia mendapati keadaan ikan sudah berbau busuk hingga menyebabkannya membuang juadah berkenaan.

Tambah Kalsom, pihaknya akan membuat pemantauan terperinci di semua PPS yang dibuka selepas ini bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Sepatutnya kejadian ini tidak seharusnya berlaku dan paling tidak makanan yang dihidangkan mempunyai kombinasi yang baik, mesti ada sayur sedikit, ikan atau ayam serta berkualiti.

“Pihak katering sepatutnya jangan terlalu memikirkan keuntungan semata-mata, walaupun kadar bayaran dikenakan sebanyak RM20 bagi satu kepala sehari,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 8-3-2023 04:34 PM
Jahatnya la. Takde hati perut ke bagi ikan busuk untuk orang yang dalam kesusahan.
Quote sepiITUindah 8-3-2023 04:42 PM
daftar baru
Quote juboqhang 8-3-2023 04:46 PM
Padan muka.. kucing pun tak makan ikan hanyir

Quote bunnyj3lly 8-3-2023 06:44 PM
Mak oihh.. bajet RM 20 je sekepala sehari? Makan 3 kali... Memang tak balik modal la weh..
Quote stingergrumpy 8-3-2023 06:47 PM
juboqhang replied at 8-3-2023 04:46 PM
Padan muka.. kucing pun tak makan ikan hanyir

Tak makan ikan , period...

Wagyu the staple food for my ragdoll and british shorthair....

Sorry.....
Quote stingergrumpy 8-3-2023 06:50 PM
bunnyj3lly replied at 8-3-2023 06:44 PM
Mak oihh.. bajet RM 20 je sekepala sehari? Makan 3 kali... Memang tak balik modal la weh..

3x RM 5 Paket rahmah...

apa yg tak balik modalnya?

You have volume (in hundreds if not thousands in numbers)....nak untung berapa kali ganda baru berbaloi?
Quote aku_best 8-3-2023 06:58 PM
Kesiannya...
Quote bunnyj3lly 8-3-2023 07:01 PM
stingergrumpy replied at 8-3-2023 06:50 PM
3x RM 5 Paket rahmah...

apa yg tak balik modalnya?

Memang tak berbaloi sebab kos tupperware bukan dapat kos rahmah.
Quote asmurai 8-3-2023 07:04 PM
ikan kembung mahal. Beli daging frozen dalam pek murah
Quote stingergrumpy 8-3-2023 07:11 PM
bunnyj3lly replied at 8-3-2023 07:01 PM
Memang tak berbaloi sebab kos tupperware bukan dapat kos rahmah.

Ok dah nak berbuka.....my two bulus pun tengah tunggu to be fed...

Quote Firenzza 8-3-2023 07:19 PM
KUALA LUMPUR: Purata RM201,185 sehari dibelanjakan kerajaan bagi menampung kos makanan 15,552 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Ini bermakna, sebanyak RM36.61 juta dibelanjakan untuk menanggung PATI dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.


.....Pati rohingok tersunyum sinis baca berita rkyt msia mangsa banjir ic biru mkn kembung busuk
Quote Kentot_Wangi 8-3-2023 07:43 PM
Masak tu biarlah ikhlas. Org lagi mendoakan kite...
Quote AbukRokok 8-3-2023 08:48 PM
Salah kerajaan ke tak teun pantau
Quote sayurmayur88 9-3-2023 10:11 AM
malaysia macam2 ada.
warga tempatan susah merana, warga asing merajalela > kaduk naik junjung
Quote _blackbird 9-3-2023 11:00 AM
bunnyj3lly replied at 8-3-2023 10:44 AM
Mak oihh.. bajet RM 20 je sekepala sehari? Makan 3 kali... Memang tak balik modal la weh..

sebenarnya cukup untung RM20/ pax utk lauk simple mcm menu rahmah tu termasuk kos tupperware. kalau dlm 100-300 pax per day buat menu rahmah tu kos per plate boleh jatuh RM2-3 je or less per plate
Quote krustykrab 9-3-2023 11:08 AM
Nxt time, beli brg² basah, suruh je mangsa banjir masak sendiri. Alah tak yah masak yg susah².
Quote bunnyj3lly 9-3-2023 12:28 PM
krustykrab replied at 9-3-2023 11:08 AM
Nxt time, beli brg² basah, suruh je mangsa banjir masak sendiri. Alah tak yah masak yg susah².

Ni I setuju. Haha.. lebih fresh.. boleh juga personaliti2 berkenaan turun masak memasak bersama mangsa banjir.
Quote bunnyj3lly 9-3-2023 12:30 PM
_blackbird replied at 9-3-2023 11:00 AM
sebenarnya cukup untung RM20/ pax utk lauk simple mcm menu rahmah tu termasuk kos tupperware. kala ...

Mungkin nak margin lebih kena pakai bekas nasi bungkus biasa je yg macam polisterin tu atau bungkus nasi kukus style.
Quote epal_putih 9-3-2023 12:34 PM
nak hutung lebih ke tuh
goreng ayam kunyit kecik2 tu boh sayur dah
tu lagi sedap
ikan mahai jugak laani

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.157698 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top