View: 6512|Reply: 24
|
Bagi Ikan Busuk Kepada Mangsa Banjir, Syarikat Katering Disenarai Hitam
[Copy link]
|
|
Sebuah syarikat katering akan disenaraihitamkan kerana membekalkan makanan tidak berkualiti kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rambai.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Kalsom Noordin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan mangsa banjir berkenaan isu ikan kembung busuk yang diberikan kepada mereka.
“Saya bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agak terkejut dan kesal apa yang berlaku semalam. Dikhabarkan makanan yang dihidangkan kepada mereka tidak memuaskan.
“Saya memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dalam hal yang sebegini dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pembekal ini, jika didapati berlaku kecuaian.
“Namun apa yang kita dapati hari ini, sebelum sempat saya hendak berjumpa dengan pembekal, makanan hari ini cantik pula,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut di PPS SK Sungai Rambai di sini, hari ini.
 KALSOM Noordin (kanan) bertanya sesuatu kepada seorang mangsa banjir di PPS SK Sungai Rambai, Jasin, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Utusan Malaysia hari ini melaporkan perasaan kecewa dan terkilan penghuni di PPS itu yang mendakwa, makanan tengah hari dibekalkan kepada mereka tidak berkualiti sejak dua hari lalu.
Seorang mangsa dari Kampung Batu Gajah Pasir, Zariffudin Abdul Hamid, 45, berkata, isterinya
mengalami cirit birit selepas makan nasi berlauk ikan kembung yang dibekalkan, kelmarin.
Menurutnya, ketika membuka pek makanan tersebut, dia mendapati keadaan ikan sudah berbau busuk hingga menyebabkannya membuang juadah berkenaan.
Tambah Kalsom, pihaknya akan membuat pemantauan terperinci di semua PPS yang dibuka selepas ini bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
“Sepatutnya kejadian ini tidak seharusnya berlaku dan paling tidak makanan yang dihidangkan mempunyai kombinasi yang baik, mesti ada sayur sedikit, ikan atau ayam serta berkualiti.
“Pihak katering sepatutnya jangan terlalu memikirkan keuntungan semata-mata, walaupun kadar bayaran dikenakan sebanyak RM20 bagi satu kepala sehari,” jelasnya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya la. Takde hati perut ke bagi ikan busuk untuk orang yang dalam kesusahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka.. kucing pun tak makan ikan hanyir
 |
|
|
|
|
|
|
|
Mak oihh.. bajet RM 20 je sekepala sehari? Makan 3 kali... Memang tak balik modal la weh..  |
|
|
|
|
|
|
|
juboqhang replied at 8-3-2023 04:46 PM
Padan muka.. kucing pun tak makan ikan hanyir
Tak makan ikan , period...
Wagyu the staple food for my ragdoll and british shorthair....
Sorry..... |
|
|
|
|
|
|
|
bunnyj3lly replied at 8-3-2023 06:44 PM
Mak oihh.. bajet RM 20 je sekepala sehari? Makan 3 kali... Memang tak balik modal la weh..
3x RM 5 Paket rahmah...
apa yg tak balik modalnya?
You have volume (in hundreds if not thousands in numbers)....nak untung berapa kali ganda baru berbaloi? |
|
|
|
|
|
|
|
stingergrumpy replied at 8-3-2023 06:50 PM
3x RM 5 Paket rahmah...
apa yg tak balik modalnya?
Memang tak berbaloi sebab kos tupperware bukan dapat kos rahmah.  |
|
|
|
|
|
|
|
ikan kembung mahal. Beli daging frozen dalam pek murah |
|
|
|
|
|
|
|
bunnyj3lly replied at 8-3-2023 07:01 PM
Memang tak berbaloi sebab kos tupperware bukan dapat kos rahmah.
Ok dah nak berbuka.....my two bulus pun tengah tunggu to be fed...
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Purata RM201,185 sehari dibelanjakan kerajaan bagi menampung kos makanan 15,552 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.
Ini bermakna, sebanyak RM36.61 juta dibelanjakan untuk menanggung PATI dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
.....Pati rohingok tersunyum sinis baca berita rkyt msia mangsa banjir ic biru mkn kembung busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Masak tu biarlah ikhlas. Org lagi mendoakan kite... |
|
|
|
|
|
|
|
Salah kerajaan ke tak teun pantau |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia macam2 ada.
warga tempatan susah merana, warga asing merajalela > kaduk naik junjung |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya cukup untung RM20/ pax utk lauk simple mcm menu rahmah tu termasuk kos tupperware. kalau dlm 100-300 pax per day buat menu rahmah tu kos per plate boleh jatuh RM2-3 je or less per plate
|
|
|
|
|
|
|
|
Nxt time, beli brg² basah, suruh je mangsa banjir masak sendiri. Alah tak yah masak yg susah². |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 9-3-2023 11:08 AM
Nxt time, beli brg² basah, suruh je mangsa banjir masak sendiri. Alah tak yah masak yg susah².
Ni I setuju. Haha.. lebih fresh.. boleh juga personaliti2 berkenaan turun masak memasak bersama mangsa banjir. |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 9-3-2023 11:00 AM
sebenarnya cukup untung RM20/ pax utk lauk simple mcm menu rahmah tu termasuk kos tupperware. kala ...
Mungkin nak margin lebih kena pakai bekas nasi bungkus biasa je yg macam polisterin tu atau bungkus nasi kukus style.  |
|
|
|
|
|
|
|
nak hutung lebih ke tuh
goreng ayam kunyit kecik2 tu boh sayur dah
tu lagi sedap
ikan mahai jugak laani |
|
|
|
|
|
|
| |
|