Sampai sekarang tiada siapa dapat merungkai apakah yang berlaku sebaik pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014. Setelah genap sembilan tahun hari ini, kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terus diselubungi misteri.
Namun insiden itu masih segar dalam ingatan ramai terutama isteri kepada pramugara, Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othaman, 43. Wanita cekal ini berkongsi luahan dan kerinduannya terhadap suami menerusi hantaran di laman sosial, pada Rabu. "Hey B, kali terakhir I mendengar suara you sembilan tahun lalu. Dan teka apa, I masih ingat bagaimana suaranya sembilan tahun kemudian, dan ia adalah hari ini. "Ia masih segar dan selamanya akan menjadi halwa telinga I," tulisnya. Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, suaminya akan sentiasa diingati buat selama-lamanya.
"You mungkin tiada, tapi tidak akan dilupakan. Cintaku, hatiku, jiwaku sentiasa selamanya. I akan jumpa you suatu hari nanti, insyaAllah. "Semoga Allah merahmati you dan menempatkan you bersama orang-orang yang soleh," kata Intan lagi mendoakan suaminya. Bercakap mengenai kehilangan dan kematian, Intan yang merupakan usahawan dan ejen takaful itu berkata, ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangka. "Tapi Allah dah janji (kematian) itu pasti. Kalau orang tu dah pergi, tiada apa yang boleh kita buat. Sementara anda ada insan tersayang, hargai mereka. "Sebab apabila mereka pergi, dah terlambat, tak boleh nak cakap apa dah. Satu-satunya perkara yang anda boleh lakukan sekarang adalah menghargai mereka. "Kalau sebagai seorang isteri la kan, iyalah kita dengan suami... banyak dosa dengan suami. Banyak-banyak minta maaf sebab kita tak akan tahu bila kita akan pergi," katanya yang berkongsi nasihat kepada kaum isteri. Menerusi video 'Mengenang MH370' yang dimuat naik penyanyi dan pelakon serta bekas pramugara, Zarul Umbrella di TikTok pada Rabu, Intan turut berkongsi nasihat supaya menghargai setiap detik bersama insan tersayang. "Dengan teknologi yang ada sekarang ni, macam saya dengan suami suka buat dulu adalah kami suka ambil gambar, video. "Jadi rajin-rajin la ambil gambar, video. Siapa tahu kalau jadi kes macam saya, contoh la. Hilang orang, hilang suami macam tu je... suami meninggal dunia. "Sekurang-kurangnya dia punya kenangan tetap ada, anda masih boleh dengar suara dia, boleh tengok muka dia," ujarnya lagi. Tambah Intan yang hamil zuriat kedua ketika kehilangan pesawat MH370, anak lelakinya yang kini berusia sembilan tahun bernama Muhamad tetap berpeluang untuk mengenali bapanya. "Macam anak saya Muhammad, dia tak sempat tengok muka papa dia. Tapi seawal usia dia, dia dah kenal itu papa sebab daripada bayi kita dah tunjuk (gambar, video) itu papa. "Jadi sampai sekarang, dia dah kenal papa dia... dia dengar suara papa dia hari-hari. Ini kebaikan apabila anda menggunakan segala media dan teknologi dengan sebetulnya. "Itu adalah nasihat saya sebab saya dah melalui perkara itu," katanya yang juga dikurniakan cahaya mata perempuan, Iman berusia 14 tahun selain Muhammad, hasil perkahwinannya dengan Mohd Hazrin. -CARI Sumber: mStar Online
|
noor2 replied at 8-3-2023 07:48 AM
Kesian sgt kisah ni...x tahu kabar berita
Aku yg laki dah 4 hari pi langkawi sb kerja pun rasa rind ...
hyie replied at 8-3-2023 04:29 PM
hehe hari ni release kat netflix kan dokumentari MH370
haruslah replied at 8-3-2023 11:22 PM
Dia da berenti dgn MAS ke?
Kat netflix dah release 3eps doku mh370
I baru tgk sket part intan ni
ladybugz replied at 9-3-2023 06:13 AM
dah tgk netflix tu. i percaya bab awacs tu je. i am conviced mmg ada pesawat tu intercepted mh370 to ...
hyie replied at 8-3-2023 04:29 PM
hehe hari ni release kat netflix kan dokumentari MH370
ADVERTISEMENT