View: 8951|Reply: 61
|
Luahan Isteri Pramugara MH370 Menyentuh Hati, 9 Tahun Tanggung Rindu
[Copy link]
|
|
Sampai sekarang tiada siapa dapat merungkai apakah yang berlaku sebaik pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014.
Setelah genap sembilan tahun hari ini, kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terus diselubungi misteri.
Namun insiden itu masih segar dalam ingatan ramai terutama isteri kepada pramugara, Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othaman, 43.
 Hazrin, Foto: mStar
Wanita cekal ini berkongsi luahan dan kerinduannya terhadap suami menerusi hantaran di laman sosial, pada Rabu.
"Hey B, kali terakhir I mendengar suara you sembilan tahun lalu. Dan teka apa, I masih ingat bagaimana suaranya sembilan tahun kemudian, dan ia adalah hari ini.
"Ia masih segar dan selamanya akan menjadi halwa telinga I," tulisnya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, suaminya akan sentiasa diingati buat selama-lamanya.
"You mungkin tiada, tapi tidak akan dilupakan. Cintaku, hatiku, jiwaku sentiasa selamanya. I akan jumpa you suatu hari nanti, insyaAllah.
"Semoga Allah merahmati you dan menempatkan you bersama orang-orang yang soleh," kata Intan lagi mendoakan suaminya.
Bercakap mengenai kehilangan dan kematian, Intan yang merupakan usahawan dan ejen takaful itu berkata, ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangka.
"Tapi Allah dah janji (kematian) itu pasti. Kalau orang tu dah pergi, tiada apa yang boleh kita buat. Sementara anda ada insan tersayang, hargai mereka.
"Sebab apabila mereka pergi, dah terlambat, tak boleh nak cakap apa dah. Satu-satunya perkara yang anda boleh lakukan sekarang adalah menghargai mereka.
"Kalau sebagai seorang isteri la kan, iyalah kita dengan suami... banyak dosa dengan suami. Banyak-banyak minta maaf sebab kita tak akan tahu bila kita akan pergi," katanya yang berkongsi nasihat kepada kaum isteri.
 Foto: mStar
Menerusi video 'Mengenang MH370' yang dimuat naik penyanyi dan pelakon serta bekas pramugara, Zarul Umbrella di TikTok pada Rabu, Intan turut berkongsi nasihat supaya menghargai setiap detik bersama insan tersayang.
"Dengan teknologi yang ada sekarang ni, macam saya dengan suami suka buat dulu adalah kami suka ambil gambar, video.
"Jadi rajin-rajin la ambil gambar, video. Siapa tahu kalau jadi kes macam saya, contoh la. Hilang orang, hilang suami macam tu je... suami meninggal dunia.
"Sekurang-kurangnya dia punya kenangan tetap ada, anda masih boleh dengar suara dia, boleh tengok muka dia," ujarnya lagi.
Tambah Intan yang hamil zuriat kedua ketika kehilangan pesawat MH370, anak lelakinya yang kini berusia sembilan tahun bernama Muhamad tetap berpeluang untuk mengenali bapanya.
"Macam anak saya Muhammad, dia tak sempat tengok muka papa dia. Tapi seawal usia dia, dia dah kenal itu papa sebab daripada bayi kita dah tunjuk (gambar, video) itu papa.
"Jadi sampai sekarang, dia dah kenal papa dia... dia dengar suara papa dia hari-hari. Ini kebaikan apabila anda menggunakan segala media dan teknologi dengan sebetulnya.
"Itu adalah nasihat saya sebab saya dah melalui perkara itu," katanya yang juga dikurniakan cahaya mata perempuan, Iman berusia 14 tahun selain Muhammad, hasil perkahwinannya dengan Mohd Hazrin. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
aku xle imagine kalau xde closure..
xtau apa jadi
xde kubur.... mmg susah nak terima...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sgt kisah ni...x tahu kabar berita
Aku yg laki dah 4 hari pi langkawi sb kerja pun rasa rindu walaupun tiap hari dia call... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak redha, tapi dalam hati siapa yang tau  |
|
|
|
|
|
|
|
Ni isteri pramugara yg masa kes ni dia tgh pregnant.. xleh lupa baca kisah dia |
|
|
|
|
|
|
|
hehe hari ni release kat netflix kan dokumentari MH370 |
|
|
|
|
|
|
|
Iskh masih tak puas hati dengan status kes ni..
Cannot brain hilang macam tu saja?????. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian all the loved ones sampai skrg tak tau kat mana jasad terkubur..I kuat saspek mmg pilot punya keje..kalau gomen tau release jela penyebB hilangnya plane ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ini antara kes aku nak tau closure.. bapak besar kapal terbang banyak teknologi pun boleh hilang tak tau pergi mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah kita. Kadang time kerja teringat kat laki iolls. Rindu. Padahal balik keje, jumpa je.
|
|
|
|
|
|
|
|
So rakyat malaysia harini tak serang fb diegro garcia kah |
|
|
|
|
|
|
|
Anaknya sebiji muka ayah… dh besar nnt lg iras kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia da berenti dgn MAS ke?
Kat netflix dah release 3eps doku mh370
I baru tgk sket part intan ni
Sedih wooo
Kata2 dia sama mcm mak i slalu ckp
Hilang tiba2 x sempat minta maaf
Hargai lah moment kita dgn yg tsayang
Ahhhhhhhh sedih |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 8-3-2023 04:29 PM
hehe hari ni release kat netflix kan dokumentari MH370
Dh tgk dh td
3 episod sejam setiap 1
Nothing much pun
Cuma die highlight teori2 yg vocal je
Dgn susunan dan jgk visual2 tu nmpk la journey spnjg kehilangan ni ape yg berlaku
Yet still xde closure
Teori yg diberi pun hujung2 questionable gak walaupun mcm nk ye, ye dah
Tp 1 thing for sure credibility gov handle ni mmg org2 luar ltk sgt rendah arr
Especially doc ni sndiri
It's so damn hard sbnrnya
Kos sgt tgi dh keluar
Tp hasil nan hado
Mcmn nk teruskan klu xde new lead
Bkn stop actually
Dia mcm cold case la
Xde lead mmg xde tindakan
Tp it's still open
Hopefully 1 fine day kita semua dpt closure tu
Especially utk waris |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 8-3-2023 11:22 PM
Dia da berenti dgn MAS ke?
Kat netflix dah release 3eps doku mh370
I baru tgk sket part intan ni
Dlm docu tu katanya dah
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk netflix tu. i percaya bab awacs tu je. i am conviced mmg ada pesawat tu intercepted mh370 to explain how all communication lost at the same time. tp what happened after that interception nothing can convince me yet. mcm a big blur. takde yg betul2 solid. |
|
|
|
|
|
|
|
ladybugz replied at 9-3-2023 06:13 AM
dah tgk netflix tu. i percaya bab awacs tu je. i am conviced mmg ada pesawat tu intercepted mh370 to ...
Kalau teori awacs tu, camne pulak ada data yg cakap masih terbang 6 jam lepas tu? Pings to satelit apa semua
Tapi speku act of war tu macam nak percaya, cuma kenapa 2x jadikan malaysia sebagai mangsa?
Still cannot brain |
|
|
|
|
|
|
|
dlm dunia berteknologi pun still kehilangan mh370 masih history...
moga terungkai suatu ari nnti |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 8-3-2023 04:29 PM
hehe hari ni release kat netflix kan dokumentari MH370
3 episod. 90 minit tiap satu. Weekend ni kot tengok. Panjang sungguh setiap satu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa mesti org paling big2 tau sbb ape.. tp rasa je la.. sbb mcm mustahil sgt time grey area within msia n vietnam, mh370 boleh hilang.. msia dh goodbye, vietnam x sempat sambut. Soo mmg konspirasi sgt. Kalau pilot bunuh diri, xkn hebat sgt smpi debris x jumpa. So mmg konspirasi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|