CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Terlebih Emosi, Lelaki Datang Kenduri Kahwin Bekas Teman Wanita Pakai Kostum Ninja Turtle

8-3-2023 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5297| Komen: 43

Ipoh: Meskipun tiada jodoh untuk bersama, jurugambar, Ahmad Darobi Horiedin tidak menyimpan dendam sebaliknya menguatkan diri untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya.

Bagaimanapun, Ahmad Darobi, 28, tidak datang dengan memakai pakaian biasa sebaliknya menyarung kostum 'Ninja Turtle' untuk menyamar dan menyembunyikan identiti sebenar.


Kisahnya itu mendapat perhatian netizen selepas Ahmad Darobi memuat naik videonya hadir ke majlis perkahwinan itu di TikTok, kelmarin.

Foto: Harian Metro

Menceritakan kisahnya, Ahmad Darobi berkata, dia hadir ke majlis di Kuala Kangsar, Perak pada Sabtu lalu kerana mendapat undangan daripada bekas teman wanitanya.

Dia tidak hadir berseorangan sebaliknya ditemani seorang rakan kerana tidak dapat ikut keluarga yang datang lebih awal.

"Dalam dua atau tiga hari sebelumnya (majlis), saya ada terfikir bagaimana untuk hadir ke majlis itu kerana boleh jadi emosi dan tak boleh nak lama di majlis itu.


"Entah macam mana, datang idea untuk pakai kostum jadi saya pun sewa dengan caj RM50 untuk enam jam.

"Jujurnya gementar dan janggal juga nak pakai kostum itu hingga terfikir mengapa sampai tahap begitu tetapi ketepikan perasaan malu untuk datang ke majlis berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ahmad Darobi, pada awalnya tiada siapa yang tahu identitinya namun ia disedari salah seorang rakan baik bekas teman wanitanya itu.

"Kebetulan, kawan baik dia (bekas teman wanita) ada di majlis itu dan dapat agak saya di sebalik kostum itu.

"Mulanya saya nafikan dengan geleng kepala tetapi mengaku juga akhirnya.

"Sebelum pulang, saya sempat bergambar dengan pasangan pengantin namun mereka biasa saja malah tidak tahu siapa saya mungkin sehingga ke hari ini memandangkan masih memakai kostum penuh ketika itu.

"Bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan sedar kehadiran saya selepas berterus terang dan nampak reaksi mereka seperti gembira bercampur sedih," katanya yang bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.

Ahmad Darobi berkata, kehadirannya ke majlis dengan memakai kostum itu bukan untuk menjadi 'perosak' tetapi lebih kepada memenuhi undangan.

"Kami menjalin hubungan sejak 2015 hingga tahun lalu namun ditakdirkan dia (bekas teman wanita) berkahwin dengan orang lain.

"Saya terima ketentuan Ilahi dan ikutkan perkongsian video di TikTok kelmarin itu sekadar untuk disimpan sebagai kenangan.

"Tak sangka pula dapat perhatian ramai malah terharu kerana rata-ratanya (netizen) tinggalkan komen positif," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 8-3-2023 12:08 PM
demi content dan sesuap like, tapi bagi alasan memenuhi undangan..kalu iols x koser yer hari kahwin nak bagi exbf iols @ exgf hasben iols dtg majlis..weols laki bini pun takde gedik2 nak jemput ex memasing..Iols sendiri pun x kuasa nak gi majlis ex, kalaupun brokeup leklok..hari bahagia org lain (yakni suami/isteri bekas kekasih), buat apa kita sibuk2 nak sua muka..dari dulu i menyampah la tgk content dtg majlis ex sebegini..nak org ramai puji jiwa kental, padahal jiwa lembik(kang jadi mcm hafiz rosdi dok terkenang2 ex)..puiiiii..done kecaman berjela..
Quote Kurex 8-3-2023 12:09 PM
Lain kali kalau nak datang, bawak pompuan yg lagi cantik / jantan yg lagi helok dari bekas uols.. takde standard betul
Quote esbok 8-3-2023 12:12 PM
So dah gigih berpeluh pakai costume. kemudian seantero donia tahu hang di sebalik costume.
Quote midori888 8-3-2023 12:14 PM
Mcm attention seeker jer....
Quote supernaturalee 8-3-2023 12:17 PM
darobi ye

mmm ok


Quote KamikuP 8-3-2023 12:21 PM
Kurex: Lain kali kalau nak datang, bawak pompuan yg lagi cantik / jantan yg lagi helok dari bekas uols.. takde standard betul


Khuenz.. bawak le teman yg lagi letopanz dari pengantin wpon teman tu dibayar utk dtg tapi who know khuenzz
Quote n3ar 8-3-2023 12:41 PM
Semua content & nak like...puii.. Ko g makan balik je la.. Yg nk acah2 malu la apa kenapa.. Bingai
Quote zuliana29 8-3-2023 12:45 PM
aduhai zaman konten ngonten je skrg huhu..
Quote Samerosie 8-3-2023 12:46 PM
amende nya?  kau pergi siapa suruh bangang nye la.  duit beli hadiah tu boleh beli barang untuk diri sendiri.  
Quote ufc214 8-3-2023 01:09 PM
Kurex: Lain kali kalau nak datang, ba ...
Kurex: Lain kali kalau nak datang, ba ...

Ye betul..cari Escort lagi best
Quote Dwdrum 8-3-2023 01:22 PM
Kurex replied at 7-3-2023 08:09 PM
Lain kali kalau nak datang, bawak pompuan yg lagi cantik / jantan yg lagi helok dari bekas uols.. ta ...

Aku tahu issue begini lelaki lebih emotion dari perempuan kan
Quote Thunderclouds 8-3-2023 01:25 PM
Lapar. Perhatian.
Quote Dwdrum 8-3-2023 01:25 PM
If mahu ber couple untuk tidak serious jangan couple dalam same circle... Sebelum covid aku kerja dengan 1 orang saja ex bf.... Sekarang aku permanent kerja 2 setting... aku perlu collab dengan semua exes.... Somehow dunia ini kecil saja...
Quote Thunderclouds 8-3-2023 01:26 PM
Kurex replied at 8-3-2023 12:09 PM
Lain kali kalau nak datang, bawak pompuan yg lagi cantik / jantan yg lagi helok dari bekas uols.. ta ...

Ntahnya.
Menda gini pn nk suruh acik porum ajar
Quote prettyuglybabe 8-3-2023 01:32 PM
batak like...
acah simpan buat kenangan tapi pi upload..
patut la pompuan tu tak amik buat laki..
Quote xy_daen 8-3-2023 01:35 PM
Yuck....geli
Quote she 8-3-2023 02:10 PM
Satu je nak cakap
Pergi Genting je pun
Beria pakai baju sejuk Uniqlo

Kejamnya komen macik
Quote sukacactus 8-3-2023 02:17 PM
Ya Allah! Giginya lah hai org skrg ni
Quote Burong_Hantuk 8-3-2023 02:17 PM
idea bodoh

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064008 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top