View: 4969|Reply: 43
|
Takut Terlebih Emosi, Lelaki Datang Kenduri Kahwin Bekas Teman Wanita Pakai Kostum Ninja Turtle
[Copy link]
|
|
Ipoh: Meskipun tiada jodoh untuk bersama, jurugambar, Ahmad Darobi Horiedin tidak menyimpan dendam sebaliknya menguatkan diri untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya.
Bagaimanapun, Ahmad Darobi, 28, tidak datang dengan memakai pakaian biasa sebaliknya menyarung kostum 'Ninja Turtle' untuk menyamar dan menyembunyikan identiti sebenar.
Kisahnya itu mendapat perhatian netizen selepas Ahmad Darobi memuat naik videonya hadir ke majlis perkahwinan itu di TikTok, kelmarin.
 Foto: Harian Metro
Menceritakan kisahnya, Ahmad Darobi berkata, dia hadir ke majlis di Kuala Kangsar, Perak pada Sabtu lalu kerana mendapat undangan daripada bekas teman wanitanya.
Dia tidak hadir berseorangan sebaliknya ditemani seorang rakan kerana tidak dapat ikut keluarga yang datang lebih awal.
"Dalam dua atau tiga hari sebelumnya (majlis), saya ada terfikir bagaimana untuk hadir ke majlis itu kerana boleh jadi emosi dan tak boleh nak lama di majlis itu.
"Entah macam mana, datang idea untuk pakai kostum jadi saya pun sewa dengan caj RM50 untuk enam jam.
"Jujurnya gementar dan janggal juga nak pakai kostum itu hingga terfikir mengapa sampai tahap begitu tetapi ketepikan perasaan malu untuk datang ke majlis berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Menurut Ahmad Darobi, pada awalnya tiada siapa yang tahu identitinya namun ia disedari salah seorang rakan baik bekas teman wanitanya itu.
"Kebetulan, kawan baik dia (bekas teman wanita) ada di majlis itu dan dapat agak saya di sebalik kostum itu.
"Mulanya saya nafikan dengan geleng kepala tetapi mengaku juga akhirnya.
"Sebelum pulang, saya sempat bergambar dengan pasangan pengantin namun mereka biasa saja malah tidak tahu siapa saya mungkin sehingga ke hari ini memandangkan masih memakai kostum penuh ketika itu.
"Bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan sedar kehadiran saya selepas berterus terang dan nampak reaksi mereka seperti gembira bercampur sedih," katanya yang bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.
Ahmad Darobi berkata, kehadirannya ke majlis dengan memakai kostum itu bukan untuk menjadi 'perosak' tetapi lebih kepada memenuhi undangan.
"Kami menjalin hubungan sejak 2015 hingga tahun lalu namun ditakdirkan dia (bekas teman wanita) berkahwin dengan orang lain.
"Saya terima ketentuan Ilahi dan ikutkan perkongsian video di TikTok kelmarin itu sekadar untuk disimpan sebagai kenangan.
"Tak sangka pula dapat perhatian ramai malah terharu kerana rata-ratanya (netizen) tinggalkan komen positif," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
demi content dan sesuap like, tapi bagi alasan memenuhi undangan..kalu iols x koser yer hari kahwin nak bagi exbf iols @ exgf hasben iols dtg majlis..weols laki bini pun takde gedik2 nak jemput ex memasing..Iols sendiri pun x kuasa nak gi majlis ex, kalaupun brokeup leklok..hari bahagia org lain (yakni suami/isteri bekas kekasih), buat apa kita sibuk2 nak sua muka..dari dulu i menyampah la tgk content dtg majlis ex sebegini..nak org ramai puji jiwa kental, padahal jiwa lembik(kang jadi mcm hafiz rosdi dok terkenang2 ex)..puiiiii..done kecaman berjela.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali kalau nak datang, bawak pompuan yg lagi cantik / jantan yg lagi helok dari bekas uols.. takde standard betul |
|
|
|
|
|
|
|
So dah gigih berpeluh pakai costume. kemudian seantero donia tahu hang di sebalik costume. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm attention seeker jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Lain kali kalau nak datang, bawak pompuan yg lagi cantik / jantan yg lagi helok dari bekas uols.. takde standard betul
Khuenz.. bawak le teman yg lagi letopanz dari pengantin wpon teman tu dibayar utk dtg tapi who know khuenzz
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua content & nak like...puii.. Ko g makan balik je la.. Yg nk acah2 malu la apa kenapa.. Bingai |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai zaman konten ngonten je skrg huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
amende nya? kau pergi siapa suruh bangang nye la. duit beli hadiah tu boleh beli barang untuk diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Lain kali kalau nak datang, ba ... Kurex: Lain kali kalau nak datang, ba ...
Ye betul..cari Escort lagi best |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 7-3-2023 08:09 PM
Lain kali kalau nak datang, bawak pompuan yg lagi cantik / jantan yg lagi helok dari bekas uols.. ta ...
Aku tahu issue begini lelaki lebih emotion dari perempuan kan  |
|
|
|
|
|
|
|
If mahu ber couple untuk tidak serious jangan couple dalam same circle... Sebelum covid aku kerja dengan 1 orang saja ex bf.... Sekarang aku permanent kerja 2 setting... aku perlu collab dengan semua exes.... Somehow dunia ini kecil saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 8-3-2023 12:09 PM
Lain kali kalau nak datang, bawak pompuan yg lagi cantik / jantan yg lagi helok dari bekas uols.. ta ...
Ntahnya.
Menda gini pn nk suruh acik porum ajar
 |
|
|
|
|
|
|
|
batak like...
acah simpan buat kenangan tapi pi upload..
patut la pompuan tu tak amik buat laki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je nak cakap
Pergi Genting je pun
Beria pakai baju sejuk Uniqlo
Kejamnya komen macik |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah! Giginya lah hai org skrg ni  |
|
|
|
|
|
|
|
idea bodoh  |
|
|
|
|
|
|
| |
|