Seorang peguam syarie, Suriati Ghani menerusi Facebook, mengenai kes melibatkan anak guamnya yang baru sahaja selesai tuntutan fasakh dari tahun 2020. Menurut Suriati, situasi atau kesnya kali ini agak 'rare' (lain dari yang lain), kerana fasakh biasanya dituntut oleh isteri sendiri.
Bagaimanapun bagi kes kali ini, plaintif tidak dapat bertindak sendiri kerana berstatus 'orang istimewa' justeru ia diwakilkan kepada adik lelakinya. Jelas Suriati dalam hantaran di TikTok, perbicaraan ini mengambil masa yang lama dan hanya selesai selepas masuk tahun keempat disebabkan pelbagai faktor. “Selesai kes fasakh yang rare hari ni setelah tiga tahun prosiding kes berjalan. “Rare sebab fasakh dituntut oleh wali iaitu adik kandung isteri kerana isteri adalah orang istimewa. Tidak boleh bertindak sendiri. “Dalam keadaan tidak berupaya tersebut, isteri ditinggalkan tanpa nafkah. Suami tetap tidak mahu ceraikan,” tulisnya pada video.
Selain ditangguh lama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempoh prosiding fasakh juga berlarutan lebih lama apabila pihak suami enggan berpisah biarpun nafkah tidak diberi. Atas faktor kebaikan si isteri, mahkamah akhirnya membenarkan tuntutan fasakh tersebut dilakukan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan adik wanita istimewa tersebut kerana sanggup berjuang demi kakaknya daripada terus dianiaya. Dalam masa sama, mereka turut mengkritik sikap suami yang mengabaikan tanggungjawabnya sepanjang berumahtangga. "Hati kering betul ex (bekas) dia. Alhamdulillah ada wali hebat. Tahniah puan bantu selesaikan kemelut mereka. "Pelik kenapa tak nak ceraikan kalau tak nak tunaikan tanggungjawab," demikian antara komen netizen di TikTok. Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati. Selain itu, fasakh boleh dituntut sekiranya salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya. -CARI Sumber: mStar Online
|
Orix replied at 7-3-2023 04:29 PM
istimewa maksudnya ??? *sambil teleng kepala*
Cekgushilla replied at 7-3-2023 07:26 PM
Aku ada soalan
Kalau suami tak hilang tapi nafkah mmg tak bg la kt bini sbb dok harap duit dr adik b ...
Cekgushilla replied at 7-3-2023 11:26 AM
Aku ada soalan
Kalau suami tak hilang tapi nafkah mmg tak bg la kt bini sbb dok harap duit dr adik b ...
dewimalam78: Ai nak blame mahkamah syariah. ...
_blackbird replied at 7-3-2023 09:04 PM
Dulu kawan aku ada tuntut fasakh kes pengabaian gantung tak bertali, tapi laki tak mahu bg kerja s ...
Zeatyisaac replied at 7-3-2023 10:37 PM
Banyak kes macam tu kan? I have encountered once, seorang isteri ugut nak murtad dan nak pihak mahk ...
ADVERTISEMENT