CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5295|Reply: 49

4 Tahun Berjuang Tuntut Fasakh- 'Isteri Istimewa' Ditinggal Tanpa Nafkah, Suami Enggan Cerai!

[Copy link]
Post time 7-3-2023 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Seorang peguam syarie, Suriati Ghani menerusi Facebook, mengenai kes melibatkan anak guamnya yang baru sahaja selesai tuntutan fasakh dari tahun 2020.


Menurut Suriati, situasi atau kesnya kali ini agak 'rare' (lain dari yang lain), kerana fasakh biasanya dituntut oleh isteri sendiri.


Bagaimanapun bagi kes kali ini, plaintif tidak dapat bertindak sendiri kerana berstatus 'orang istimewa' justeru ia diwakilkan kepada adik lelakinya.










Jelas Suriati dalam hantaran di TikTok, perbicaraan ini mengambil masa yang lama dan hanya selesai selepas masuk tahun keempat disebabkan pelbagai faktor.


“Selesai kes fasakh yang rare hari ni setelah tiga tahun prosiding kes berjalan.


“Rare sebab fasakh dituntut oleh wali iaitu adik kandung isteri kerana isteri adalah orang istimewa. Tidak boleh bertindak sendiri.


“Dalam keadaan tidak berupaya tersebut, isteri ditinggalkan tanpa nafkah. Suami tetap tidak mahu ceraikan,” tulisnya pada video.


Selain ditangguh lama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempoh prosiding fasakh juga berlarutan lebih lama apabila pihak suami enggan berpisah biarpun nafkah tidak diberi.


Atas faktor kebaikan si isteri, mahkamah akhirnya membenarkan tuntutan fasakh tersebut dilakukan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan adik wanita istimewa tersebut kerana sanggup berjuang demi kakaknya daripada terus dianiaya.


Dalam masa sama, mereka turut mengkritik sikap suami yang mengabaikan tanggungjawabnya sepanjang berumahtangga.


"Hati kering betul ex (bekas) dia. Alhamdulillah ada wali hebat. Tahniah puan bantu selesaikan kemelut mereka.


"elik kenapa tak nak ceraikan kalau tak nak tunaikan tanggungjawab," demikian antara komen netizen di TikTok.


Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim).


Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati.


Selain itu, fasakh boleh dituntut sekiranya salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 02:12 PM | Show all posts
Acik gomen ka isteri beliau. Memang istimewalah berpencen.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:38 PM | Show all posts
ni ler nasib perempuan2 islam kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:44 PM | Show all posts
otak aku tak function hari ni..orang istimewa bermaksud oku ke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 04:29 PM | Show all posts
istimewa maksudnya ??? *sambil teleng kepala*
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe istimewa sbb oku kut
Apa2 pun, tolongla spill je nama ex hasben tu supaya cikki2 lain dan bakal majikan yg ingin buat due diligence psl dia, bleh la awal2 block dia teruss
So x menyusahkan sume org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Istimewa cam ner tu? Adakah oku masalah pembelajaran? Yg taktau apa patut dibuat?
Hat ni selalu ja jadi mangsa jantan tak guna.
Apapun syukurla dah selesai, mujur ada adik lelaki yg baik dan bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 7-3-2023 04:29 PM
istimewa maksudnya ??? *sambil teleng kepala*

gatalllll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai nak blame mahkamah syariah. Sampai 4tahun baru dpt fasakh. Hakim syariah byk bias belah isteri
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Menda² yg menyusahkn org perempuan..
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada soalan
Kalau suami tak hilang tapi nafkah mmg tak bg la kt bini sbb dok harap duit dr adik beradik bini yg bg
Boleh tak wali mohon fasakh mcm ni
Ke tak boleh sbb suami tu ada lgi
Tapi semua org tau suami tu mmg tak provide apa2 pon kt bini dan anak2 sbb adik beradik belah bini mmg dok ada bg duit sbb trgt ke anak2 sedara nk mkn nk sekolah tapi suami tu mmg takde inisiatif nk cari kerja lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by swimswim at 7-3-2023 08:57 PM

Mcm2 hal..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 7-3-2023 07:26 PM
Aku ada soalan
Kalau suami tak hilang tapi nafkah mmg tak bg la kt bini sbb dok harap duit dr adik b ...

Boleh, lps nikah kan ada lafaz taklik. Kalau suami tak bagi nafkah dlm masa 4 bulan, isteri boleh tuntut talak khuluk dgn byrn rm1 kalau utk negeri Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 7-3-2023 11:26 AM
Aku ada soalan
Kalau suami tak hilang tapi nafkah mmg tak bg la kt bini sbb dok harap duit dr adik b ...

Dulu kawan aku ada tuntut fasakh kes pengabaian gantung tak bertali, tapi laki tak mahu bg kerja sama.  mmg drag lama asik kaunseling soh sabar. dia siap ugut hakim kata sebab hakim drag benda ni lama, laki dia pon dah lama abaikan dia, dia pon ada napsu, masih muda & dah lama tak main. kalau dia main dgn org lain hakim nak tanggung ke dosa dia. Terus hakim kasi cerai ????

Kdg2 dengan pegawai agama ni kalau bias & suka meleceh2 mmg kena ugut dengan pasal siapa nak tanggung dosa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
4 thn.. Kesian bini tu. Apa ingat org istimewa takde napsu kaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78: Ai nak blame mahkamah syariah. ...

Banyak kes macam tu kan? I have encountered once, seorang isteri ugut nak murtad dan nak pihak mahkamah syariah bertanggung jawab atas dosanya. Kerana murtad yang dia nampak satu2 nya jalan untuk fasakh, setelah tujuh tahun kalau I tak silap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 10:44 PM | Show all posts
_blackbird replied at 7-3-2023 09:04 PM
Dulu kawan aku ada tuntut fasakh kes pengabaian gantung tak bertali, tapi laki tak mahu bg kerja s ...

sama macam kes kenalan opismate aku...  dia selamba cakap : kalau perut lapar, saya boleh usaha cari duit untuk cari makanan sumbat kat mulut...  kalau p*p*k lapar, tuan nak saya buat macamana?  sumbat dengan apa?  hahahaha...  terdiam tok hakim...  terus luluskan cerai fasakh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 10:46 PM | Show all posts
Zeatyisaac replied at 7-3-2023 10:37 PM
Banyak kes macam tu kan? I have encountered once, seorang isteri ugut nak murtad dan nak pihak mahk ...

gila 7 tahun...  aku tak salahkan dia ugut murtad...  bukan senang mental, fizikal, emotion n spiritual nak sabar...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya hakim takyah la tangguh2 lama sgt, apa salahnya perempuan mintak cerai kalu dah lakinya abaikan dia. Nasihat la kaunseling la.. naik turun mahkamah.. takkan la takleh guna budi bicara..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78: Ai nak blame mahkamah syariah. ...


Besar tanggungjawab hakim ooo… kat sana nanti diaorg la yg kena menjawab dulu… kalau susahkan golongan teraniaya… menjawab la korang kat sana para hakim sekalian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.299618 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list