Tular sebelum ini ada dakwaan mengatakan Idris Khan sudah berumah tangga dengan seorang wanita. Namun katanya dia masih solo dan belum mempunyai calon untuk menamatkan zaman bujang.
"Bila masa saya dah berkahwin? Itu hanyalah khabar angin. Saya bukan suami orang. Tapi kalau ada calon yang sesuai, mengapa tidak. "Namun, apa sahaja boleh berlaku, kita tidak tahu. Kita lihat sahaja nanti. Saya pun tidak mencari calon buat masa ini. Setakat ini saya fokus kepada kerja. Kalau saya nak berkahwin, saya akan beritahu," katanya seperti dipetik di Oh!Bulan.
Sebelum ini, Idris mengaku bercinta dengan wanita berasal dari Maghribi dikenali sebagai Sanaa Jaffer. Idris berkata mereka masih rapat namun belum ada perancangan untuk membawa hubungan itu ke peringkat yang seterusnya.
"Kami masih berkawan tetapi masing-masing fokus dengan karier. Kami masih rapat, tapi belum ke tahap itu (berkahwin). "Saya lebih fokus kepada karier dan terlalu banyak perkara yang saya usahakan. Jadi, belum masanya saya berkahwin."
Tambah Idris, dia tidak mahu wanita dalam kalangan penggiat seni. "Kalau orang dalam industri, asyik borak perkara sama. Ia membosankan. Untuk jangka masa panjang, saya mahu seseorang yang bergiat dalam industri berbeza, barulah seronok." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|