CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedekut Sangat Dengan Keluarga, Beli KFC Makan Dalam Bilik "Sebab Tu Tak Dapat Anak, Rajin Sedekah Terus Mengandung"

3-3-2023 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7148| Komen: 109

Seorang guru, Mohd Fadli Salleh di laman Facebook berkongsi sebuah cerita.

"Seorang kawan bercerita, tentang bagaimana hidupnya yang selalu sangat sulit akhirnya dipermudahkan. Dia kahwin lama. Tapi tak dapat anak. Macam-macam ikhtiar, tapi susah sangat nak lekat. Pergi check doktor, dua-dua sihat dan subur.


"Kemudian isterinya dapat kerja. Tapi malang lagi sekali, tempat kerja jauh beratus batu. Perhubungan jarak jauh (PJJ) la pula hubungan mereka.

"Isi borang tukar, bertahun-tahun tak dapat. Entah mana silap, orang lain cepat je lulus, sampai turn wife dia entah kenapa susah benar.

"Kemudian katanya hidupnya macam selalu disukarkan. Kena penyakit susah nak sembuh, padahal penyakit biasa. Urusan apa-apa selalu jadi sulit," kongsi Mohd Fadli mengenai kisah rakannya.


Gambar Hiasan

Dipendekkan cerita, pertemuan rakannya itu dengan seorang saudara menjadi titik mula untuk dia berfikir dan mula bermuhasabah selepas diberikan teguran.


"Teguran lembut tapi sentap teruk juga katanya dia. Saudara dia ni dah perhati lama kehidupan mereka suami isteri ni. Dia perasan isterinya jenis kedekut yang amat termasuk pada keluarga sendiri.

"Pulang rumah mentua tak pernah bawa buah tangan. Kadang beli makanan, beli KFC, buah-buahan, coklat ke apa, bawa masuk dalam bilik makan seorang diri.

"Nak belanja adik-beradik, ipar duai, lagilah payah. Dah kerja dapat gaji pertama, usah kat nak hulur duit sedikit buat keluarga rasa gaji dia, sate secucuk pun tak ada bawa pulang.

"Saudara dia pesan tiga perkara. Jangan kedekut. Banyakkan bersedekah. Bela kucing," Mohd Fadli berkongsi semula sebagaimana yang diceritakan rakannya itu.

Teguran dan nasihat yang diberikan itu, kemudian diceritakan kembali oleh rakan tersebut kepada isterinya.

Walaupun pada mulanya agak sukar menerima hakikat, namun si isteri akhirnya akur untuk cuba mengikuti tiga nasihat yang diberikan.

"Mereka suami isteri buat tabung Sedekah Subuh. Setiap hari Jumaat, duit tu mereka akan masukkan dalam tabung masjid.

"Dekat rumah pula, mula belanja ahli keluarga, pulang rumah mentua bawa buah tangan, beli barang dapur.

"Cuma mereka tak bela kucing sahaja. Sebab katanya isteri dia alergik bulu kucing. Ada asma. Namun mereka beli makanan kucing dan selalu bagi kucing liar makan," ceritanya lagi.

Selepas beberapa bulan konsisten dengan amalan-amalan tersebut, alangkah terkejutnya pasangan berkenaan apabila si isteri akhirnya disahkan berbadan dua.

Tidak terhenti di situ, beberapa bulan selepas bersalin anak sulung, permohonan si isteri untuk bertukar tempat kerja diluluskan.

"Katanya sepanjang mereka istiqamah buat tiga perkara ini, banyak betul urusan mereka dipermudahkan.

"Kawan-kawan... sedekah ni banyak sungguh keajaibannya. Layanan baik pada ahli keluarga pula tuntutan agama.

"Berbuat baik pada binatang itu pun antara punca urusan kita dipermudahkan.

"Yang mana selalu susah dalam urusan, masih belum ada rezeki anak, banyak masalah hidup, cubalah tiga tip mudah ini. Moga-moga apa yang dihajati dimakbulkan Tuhan. Amin," kongsinya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 3-3-2023 08:41 AM
tk pyhla nk bg thread khas untuk cikgu sorang ni...ckupla komen di facebook jerrrr
Quote eyansss 3-3-2023 09:22 AM
yup, sedekah tu bagus…  tapi dengan cerita2 camni buat orang ada mindset = sedekah akan dapat ganjaran…  ganjaran tu akan muncul bila kita ikhlas bersedekah tanpa harap balasan…
Quote ifanonline 3-3-2023 09:25 AM
amalan rezeki ni pelbagai, antaranya adalah sedekah...tapi jgn la pula dikaitkan dgn tidak mengandung sebab dari sikap kedekut, tidak sedekah pula...

memandai je manusia ni
Quote asmurai 3-3-2023 09:29 AM
Apa hal pulak nak kaitkan tidak mengandung ni sebab dari kedekut dan tidak sedekah pulak. Ramai je yang rajin sedekah, beribadah tapi tak dapat jodoh tak dapat anak. Ada tu lagi la pula family pergunakan dia jadik mesin atm bagai sampai kawan tu tak kawin kawin ke sudah.
Quote likilu 3-3-2023 09:37 AM
Jap kenapa tak riding cerita sendiri pagi tadi sedekah malam ni mengandung

Benda benda baik jangan biar berlalu tanpa show off... silap silap orang kata tu karamah wali nanti beratur orang datang mintak hembus hembus kat air ambik berkat.
Quote krustykrab 3-3-2023 09:39 AM
eyansss replied at 3-3-2023 09:22 AM
yup, sedekah tu bagus…  tapi dengan cerita2 camni buat orang ada mindset = sedekah akan dapat ganja ...

Betul chuols..
Sbb mindset bodo mcm ni lah org malas berzakat tp nk bersedekah je manjang.

Padahal bukan ke sbg umat islam kita kna pasrah dgn ketentuan Allah.

Citer dia ni ibarat semua pasangan tu mandul sbb tak bersedekah. Kalau dia berzakat(wajib sbb salah satu rukun islam) pun tak berguna jugak gitewww.

*Teringat ada sorg forumer tanya pasal ni.
Quote midori888 3-3-2023 09:40 AM
asmurai replied at 3-3-2023 09:29 AM
Apa hal pulak nak kaitkan tidak mengandung ni sebab dari kedekut dan tidak sedekah pulak. Ramai je y ...

Agreed....
Quote krustykrab 3-3-2023 09:41 AM
melinda_kerr replied at 3-3-2023 08:41 AM
tk pyhla nk bg thread khas untuk cikgu sorang ni...ckupla komen di facebook jerrrr

Rasanya kena jgk kutuk dia kat sini..sb kat fb semua pentaksub & pengampu gitu. Harap ada la yg ss kutukan kat sini bg dia baca.

Jadi cikgu pun bodoh. Ajar benda bukan².
Quote exclusive_vvip 3-3-2023 09:41 AM
ada jah org yg iols kenal jenis kedekut pahit, genggam x tiris, tapi beranak berderet
Quote ctaz 3-3-2023 09:42 AM
mcm bidaah la pulak crita....
kan anak2 tu razeki pemberian dari Allah...
tak dapat anak tu pun rezeki pemberian dari Allah...
takder kena mengena pun dgn kedekut dan sedekah....
Quote Cekgushilla 3-3-2023 09:49 AM
Hbis la lepas ni yg lmbt kawen yg takde anak yg tak dpt pindah msti di cop kedekut tak pernah sedekah
Gitewww
Aku tak kenan la dgn dia ni
Busuk
Quote sangbara2020 3-3-2023 09:55 AM
isu semasanya apa????
Quote melinda_kerr 3-3-2023 10:57 AM
krustykrab replied at 3-3-2023 09:41 AM
Rasanya kena jgk kutuk dia kat sini..sb kat fb semua pentaksub & pengampu gitu. Harap ada la yg ss ...

Sbb iols meluat gila dgn cikgu niii. Cikgu ke social influencer dia ni. Semak
Quote jfq 3-3-2023 11:16 AM
Serupa cerita bayar rm8 esok dpt rm800
Quote renko 3-3-2023 11:16 AM
kalau si lancau ni punya cerita
da boleh g mampos kan aje
sembang nak AA je
Quote kucingitam 3-3-2023 11:19 AM
takyah nak tunggang sedekah sgtlah..ok je nak bersedekah tapi aku tak suka org yang suka minta org lain benda percuma atas alasan sedekah..especially kalau beli barang.. 'takde free gift ke?' sedekah la sikit free gift..eh2...
Quote Nnasda53 3-3-2023 11:20 AM
Ermmm maka tak hairan pun ramai yg menunggang agama dengan tujuan sedekah
Quote renko 3-3-2023 11:21 AM
krustykrab replied at 3-3-2023 09:41 AM
Rasanya kena jgk kutuk dia kat sini..sb kat fb semua pentaksub & pengampu gitu. Harap ada la yg ss ...

si sial ni ajar subjek apa ye
elok transfer dia pedalaman
Quote renko 3-3-2023 11:22 AM
melinda_kerr replied at 3-3-2023 10:57 AM
Sbb iols meluat gila dgn cikgu niii. Cikgu ke social influencer dia ni. Semak

cikgu yg perasan dia hensem n inflancauer

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077747 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top