View: 6275|Reply: 109
|
Kedekut Sangat Dengan Keluarga, Beli KFC Makan Dalam Bilik "Sebab Tu Tak Dapat Anak, Rajin Sedekah Terus Mengandung"
[Copy link]
|
|
Seorang guru, Mohd Fadli Salleh di laman Facebook berkongsi sebuah cerita.
"Seorang kawan bercerita, tentang bagaimana hidupnya yang selalu sangat sulit akhirnya dipermudahkan. Dia kahwin lama. Tapi tak dapat anak. Macam-macam ikhtiar, tapi susah sangat nak lekat. Pergi check doktor, dua-dua sihat dan subur.
"Kemudian isterinya dapat kerja. Tapi malang lagi sekali, tempat kerja jauh beratus batu. Perhubungan jarak jauh (PJJ) la pula hubungan mereka.
"Isi borang tukar, bertahun-tahun tak dapat. Entah mana silap, orang lain cepat je lulus, sampai turn wife dia entah kenapa susah benar.
"Kemudian katanya hidupnya macam selalu disukarkan. Kena penyakit susah nak sembuh, padahal penyakit biasa. Urusan apa-apa selalu jadi sulit," kongsi Mohd Fadli mengenai kisah rakannya.
 Gambar Hiasan
Dipendekkan cerita, pertemuan rakannya itu dengan seorang saudara menjadi titik mula untuk dia berfikir dan mula bermuhasabah selepas diberikan teguran.
"Teguran lembut tapi sentap teruk juga katanya dia. Saudara dia ni dah perhati lama kehidupan mereka suami isteri ni. Dia perasan isterinya jenis kedekut yang amat termasuk pada keluarga sendiri.
" ulang rumah mentua tak pernah bawa buah tangan. Kadang beli makanan, beli KFC, buah-buahan, coklat ke apa, bawa masuk dalam bilik makan seorang diri.
"Nak belanja adik-beradik, ipar duai, lagilah payah. Dah kerja dapat gaji pertama, usah kat nak hulur duit sedikit buat keluarga rasa gaji dia, sate secucuk pun tak ada bawa pulang.
"Saudara dia pesan tiga perkara. Jangan kedekut. Banyakkan bersedekah. Bela kucing," Mohd Fadli berkongsi semula sebagaimana yang diceritakan rakannya itu.
Teguran dan nasihat yang diberikan itu, kemudian diceritakan kembali oleh rakan tersebut kepada isterinya.
Walaupun pada mulanya agak sukar menerima hakikat, namun si isteri akhirnya akur untuk cuba mengikuti tiga nasihat yang diberikan.
"Mereka suami isteri buat tabung Sedekah Subuh. Setiap hari Jumaat, duit tu mereka akan masukkan dalam tabung masjid.
"Dekat rumah pula, mula belanja ahli keluarga, pulang rumah mentua bawa buah tangan, beli barang dapur.
"Cuma mereka tak bela kucing sahaja. Sebab katanya isteri dia alergik bulu kucing. Ada asma. Namun mereka beli makanan kucing dan selalu bagi kucing liar makan," ceritanya lagi.
Selepas beberapa bulan konsisten dengan amalan-amalan tersebut, alangkah terkejutnya pasangan berkenaan apabila si isteri akhirnya disahkan berbadan dua.
Tidak terhenti di situ, beberapa bulan selepas bersalin anak sulung, permohonan si isteri untuk bertukar tempat kerja diluluskan.
"Katanya sepanjang mereka istiqamah buat tiga perkara ini, banyak betul urusan mereka dipermudahkan.
"Kawan-kawan... sedekah ni banyak sungguh keajaibannya. Layanan baik pada ahli keluarga pula tuntutan agama.
"Berbuat baik pada binatang itu pun antara punca urusan kita dipermudahkan.
"Yang mana selalu susah dalam urusan, masih belum ada rezeki anak, banyak masalah hidup, cubalah tiga tip mudah ini. Moga-moga apa yang dihajati dimakbulkan Tuhan. Amin," kongsinya lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
tk pyhla nk bg thread khas untuk cikgu sorang ni...ckupla komen di facebook jerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
yup, sedekah tu bagus… tapi dengan cerita2 camni buat orang ada mindset = sedekah akan dapat ganjaran… ganjaran tu akan muncul bila kita ikhlas bersedekah tanpa harap balasan… |
|
|
|
|
|
|
|
amalan rezeki ni pelbagai, antaranya adalah sedekah...tapi jgn la pula dikaitkan dgn tidak mengandung sebab dari sikap kedekut, tidak sedekah pula...
memandai je manusia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apa hal pulak nak kaitkan tidak mengandung ni sebab dari kedekut dan tidak sedekah pulak. Ramai je yang rajin sedekah, beribadah tapi tak dapat jodoh tak dapat anak. Ada tu lagi la pula family pergunakan dia jadik mesin atm bagai sampai kawan tu tak kawin kawin ke sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap kenapa tak riding cerita sendiri pagi tadi sedekah malam ni mengandung
Benda benda baik jangan biar berlalu tanpa show off... silap silap orang kata tu karamah wali nanti beratur orang datang mintak hembus hembus kat air ambik berkat. |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 3-3-2023 09:22 AM
yup, sedekah tu bagus… tapi dengan cerita2 camni buat orang ada mindset = sedekah akan dapat ganja ...
Betul chuols..
Sbb mindset bodo mcm ni lah org malas berzakat tp nk bersedekah je manjang.
Padahal bukan ke sbg umat islam kita kna pasrah dgn ketentuan Allah.
Citer dia ni ibarat semua pasangan tu mandul sbb tak bersedekah. Kalau dia berzakat(wajib sbb salah satu rukun islam) pun tak berguna jugak gitewww.
*Teringat ada sorg forumer tanya pasal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
asmurai replied at 3-3-2023 09:29 AM
Apa hal pulak nak kaitkan tidak mengandung ni sebab dari kedekut dan tidak sedekah pulak. Ramai je y ...
Agreed.... |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 3-3-2023 08:41 AM
tk pyhla nk bg thread khas untuk cikgu sorang ni...ckupla komen di facebook jerrrr
Rasanya kena jgk kutuk dia kat sini..sb kat fb semua pentaksub & pengampu gitu. Harap ada la yg ss kutukan kat sini bg dia baca.
Jadi cikgu pun bodoh. Ajar benda bukan². |
|
|
|
|
|
|
|
ada jah org yg iols kenal jenis kedekut pahit, genggam x tiris, tapi beranak berderet |
|
|
|
|
|
|
|
mcm bidaah la pulak crita....
kan anak2 tu razeki pemberian dari Allah...
tak dapat anak tu pun rezeki pemberian dari Allah...
takder kena mengena pun dgn kedekut dan sedekah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hbis la lepas ni yg lmbt kawen yg takde anak yg tak dpt pindah msti di cop kedekut tak pernah sedekah
Gitewww
Aku tak kenan la dgn dia ni
Busuk |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 3-3-2023 09:41 AM
Rasanya kena jgk kutuk dia kat sini..sb kat fb semua pentaksub & pengampu gitu. Harap ada la yg ss ...
Sbb iols meluat gila dgn cikgu niii. Cikgu ke social influencer dia ni. Semak |
|
|
|
|
|
|
|
Serupa cerita bayar rm8 esok dpt rm800 |
|
|
|
|
|
|
|
kalau si lancau ni punya cerita
da boleh g mampos kan aje
sembang nak AA je
|
|
|
|
|
|
|
|
takyah nak tunggang sedekah sgtlah..ok je nak bersedekah tapi aku tak suka org yang suka minta org lain benda percuma atas alasan sedekah..especially kalau beli barang.. 'takde free gift ke?' sedekah la sikit free gift..eh2... |
|
|
|
|
|
|
|
Ermmm maka tak hairan pun ramai yg menunggang agama dengan tujuan sedekah |
|
|
|
|
|
|
|
si sial ni ajar subjek apa ye
elok transfer dia pedalaman
|
|
|
|
|
|
|
|
cikgu yg perasan dia hensem n inflancauer
|
|
|
|
|
|
|
| |
|