CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19 Berkemungkinan Besar Berpunca Daripada Insiden Di Makmal Wuhan - FBI

2-3-2023 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1405| Komen: 6

Pandemik COVID-19 berkemungkinan besar berpunca daripada insiden di makmal di Wuhan, China.

Perkara itu dinyatakan pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray dalam satu temu bual dengan FOX News.


Menurutnya, FBI telah lama membuat penilaian berkenaan asal usul wabak berkenaan yang kemungkinan besar berpunca daripada insiden di makmal Wuhan.


Christopher Wray - AFP

Kenyatannya menyusul Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu ini dilaporkan telah menentukan bahawa kebocoran dari makmal China menyebabkan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, agensi lain dalam komuniti perisikan AS percaya virus itu muncul secara semula jadi di dunia.

Wray ketika ditemu bual juga menuduh kerajaan China cuba menghalang usaha AS menyiasat punca wabak COVID-19.

Katanya, kerajaan China melakukan yang terbaik untuk cuba menggagal dan mengelirukan kerja yang dilakukan di negara itu, termasuk tugas yang dilaksanakan bersama rakan kongsi rapat asing dengan Washington.



Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 2-3-2023 08:36 PM
mandai mandai tuduh china. Tak baik tau
Quote AbukRokok 2-3-2023 08:41 PM
Kami beriman kepada teori tv3 makan sup kelawar
Quote AbukRokok 2-3-2023 08:42 PM
China hanya tapak pelancaran
Dalang utama sebenarnya Amerika Syarikat
Quote CiliPadiSedap 2-3-2023 09:26 PM
so kaka blastoff , dh boleh minum sup kelawar ke?
Quote Nurdianah 2-3-2023 11:43 PM
Benang dah ada la bengong
Quote Nizleen86 3-3-2023 09:42 PM
Dah dah jangan dikenang benda 3 tahun lepas. Move on

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 1.812668 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top