View: 1067|Reply: 6
|
Covid-19 Berkemungkinan Besar Berpunca Daripada Insiden Di Makmal Wuhan - FBI
[Copy link]
|
|
Pandemik COVID-19 berkemungkinan besar berpunca daripada insiden di makmal di Wuhan, China.
Perkara itu dinyatakan pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray dalam satu temu bual dengan FOX News.
Menurutnya, FBI telah lama membuat penilaian berkenaan asal usul wabak berkenaan yang kemungkinan besar berpunca daripada insiden di makmal Wuhan.
 Christopher Wray - AFP
Kenyatannya menyusul Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu ini dilaporkan telah menentukan bahawa kebocoran dari makmal China menyebabkan penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, agensi lain dalam komuniti perisikan AS percaya virus itu muncul secara semula jadi di dunia.
Wray ketika ditemu bual juga menuduh kerajaan China cuba menghalang usaha AS menyiasat punca wabak COVID-19.
Katanya, kerajaan China melakukan yang terbaik untuk cuba menggagal dan mengelirukan kerja yang dilakukan di negara itu, termasuk tugas yang dilaksanakan bersama rakan kongsi rapat asing dengan Washington.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
mandai mandai tuduh china. Tak baik tau |
|
|
|
|
|
|
|
Kami beriman kepada teori tv3 makan sup kelawar  |
|
|
|
|
|
|
|
China hanya tapak pelancaran
Dalang utama sebenarnya Amerika Syarikat  |
|
|
|
|
|
|
|
so kaka blastoff , dh boleh minum sup kelawar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Benang dah ada la bengong |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dah jangan dikenang benda 3 tahun lepas. Move on |
|
|
|
|
|
|
| |
|