Sekolah menengah atas (SMA) dan sekolah setaraf dengannya di Kupang diarahkan Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor Bungtilu Laiskodat untuk memulakan sesi persekolahan seawal pukul 5 pagi.
Perkara itu disampaikan Viktor dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pengetua-pengetua sekolah pada minggu lalu. Lapor CNN Indonesia, rakaman video berdurasi satu minit 43 saat yang memaparkan arahan gabenor itu meminta pelajar membiasakan diri untuk bangun seawal jam 4 pagi, tular di media sosial. Beliau menganggarkan pelajar hanya memerlukan setengah jam untuk mempersiapkan diri dan 30 minit seterusnya adalah perjalanan ke sekolah. Ahli politik dari parti NasDem itu berkata, antara pertimbangan untuk melaksanakan peraturan ini adalah berdasarkan purata pelajar sekolah menengah yang tidur selewat-lewatnya pukul 10 malam.
“Jadi, tempoh tidur enam jam sudah memadai untuk mereka,” katanya. Dalam pada itu, Viktor berkata, budaya pergi ke sekolah awal bertujuan meningkatkan disiplin dan etika kerja dalam kalangan pelajar. IG Viktor Bungtilu Laiskodat “Saya sedar peraturan baharu ini akan membebankan pelajar dan guru. “Namun, perlu ada pengorbanan sebelum melakukan sebarang perubahan,” katanya. Sementara itu, Viktor memaklumkan peraturan baharu itu hanya terpakai kepada SMA 1 dan SMA 6 di Kupang untuk mempersiapkan pelajar memasuki alam universiti atau institusi pendidikan tinggi di negara itu. Sumber: Utusan
|
Suchi replied at 2-3-2023 02:40 PM
Sana jam 5 am tu dah mcm pukul 6 am kan
ADVERTISEMENT