CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 8

Gabenor Arah Sesi Sekolah Mula Seawal Jam 5 Pagi

[Copy link]
Post time 2-3-2023 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Sekolah menengah atas (SMA) dan sekolah setaraf dengannya di Kupang diarahkan Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor Bungtilu Laiskodat untuk memulakan sesi persekolahan seawal pukul 5 pagi.


Perkara itu disampaikan Viktor dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pengetua-pengetua sekolah pada minggu lalu.




Gambar hiasan/Jeda.id




Lapor CNN Indonesia, rakaman video berdurasi satu minit 43 saat yang memaparkan arahan gabenor itu meminta pelajar membiasakan diri untuk bangun seawal jam 4 pagi, tular di media sosial.


Beliau menganggarkan pelajar hanya memerlukan setengah jam untuk mempersiapkan diri dan 30 minit seterusnya adalah perjalanan ke sekolah.


Ahli politik dari parti NasDem itu berkata, antara pertimbangan untuk melaksanakan peraturan ini adalah berdasarkan purata pelajar sekolah menengah yang tidur selewat-lewatnya pukul 10 malam.


“Jadi, tempoh tidur enam jam sudah memadai untuk mereka,” katanya.


Dalam pada itu, Viktor berkata, budaya pergi ke sekolah awal bertujuan meningkatkan disiplin dan etika kerja dalam kalangan pelajar.





IG Viktor Bungtilu Laiskodat



“Saya sedar peraturan baharu ini akan membebankan pelajar dan guru.


“Namun, perlu ada pengorbanan sebelum melakukan sebarang perubahan,” katanya.  


Sementara itu, Viktor memaklumkan peraturan baharu itu hanya terpakai kepada SMA 1 dan SMA 6 di Kupang untuk mempersiapkan pelajar memasuki alam universiti atau institusi pendidikan tinggi di negara itu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 02:07 PM | Show all posts
Kalau sekolah jam 5, kena tidur jam 6 petang camtu supaya tak letih kat sekolah.... Jam 10 à cam lewat aje.


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pe ke haei gabenor ni..mcm nk dera mental budak je
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 02:09 PM | Show all posts
...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 02:12 PM | Show all posts
tak lama gabenor ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sana jam 5 am tu  dah mcm pukul 6 am kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk subuh kat tempat diorang. Solat jemaah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 2-3-2023 02:40 PM
Sana jam 5 am tu  dah mcm pukul 6 am kan

Ya dah pukul 6 macam di sabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 03:05 PM | Show all posts
Masuk kul 5 pagi, kalau dekat ngan sekolah ampun gak. Start kul 5 pagi takan balik tengah hari gak kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.824584 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list