Dalam satu hantaran di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, seorang pelayar mempersoalkan kewajaran di sebalik tindakan segelintir peniaga yang 'bermaharajalela' berniaga di kotak parkir tanpa rasa bersalah.
"Bila B40 berniaga mereka mahu diberi hak untuk berniaga tetapi mereka telah menidakkan hak orang lain," tulisnya pada perkongsian berkenaan. Individu itu turut memuat naik dua keping gambar memaparkan gerai beberapa penjaja yang dipasang di kotak parkir di sebuah taman rekreasi di ibu kota. Bukan hanya satu kotak parkir, tetapi kelihatan beberapa kotak parkir kereta awam telah dijadikan tapak gerai mereka. Situasi ini secara tidak langsung menimbulkan kesulitan kepada para pengunjung di lokasi berkenaan yang terpaksa mencari tapak parkir lain gara-gara sebahagiannya telah 'dicuri' oleh peniaga gerai. Bayangkan situasi sewaktu hujung minggu di mana pengunjung berpusu-pusu mahu beriadah bersama keluarga, sudah tentu ada yang terpaksa berebut-rebut ataupun meletakkan kereta lebih jauh gara-gara kekurangan kotak parkir.
Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya membangkitkan isu undang-undang dan hak orang awam. "Meniaga di petak parkir satu hal, lepas tu ambil ruang dua hingga tiga kotak. Lama-lama letak kerusi meja. Bila kena angkut, main isu kaum. Pemikiran B40. "Mereka ni tahu ke tidak apabila berniaga tepi jalan, kena tunjukkan lesen berniaga dan permit kebenaran berniaga. "Nanti keluarlah ayat keramat Melayu tak support Melayu. "Bila PBT datang kacau, ada cakap tak berhati perut. Sementara itu, ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman dihalau peniaga gerai yang mahu memasang khemah di kawasan parkir. "Aku pernah masuk parking sekali kena halau sebab dia nak buka khemah. Pelik juga... aku ke dia yang salah? "Malas nak cakap. Dulu pun aku pernah kena maki pasal park dekat tempat diaorang berniaga," demikian antara komen netizen. Untuk makluman, menerusi laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), petak parkir tidak boleh diletakkan halangan seperti payung, gerai berniaga, 'cop' parkir dan lain-lain kesalahan. Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. -CARI Sumber: mStar Online
|
Beribear replied at 2-3-2023 10:30 AM
Ala mcm bagus je nak label² org. Menyampah lah dgr B40, T20, M40. Mcm kelas kau tu boleh bawak masu ...
ADVERTISEMENT