View: 1607|Reply: 15
|
Ramai Bengang Kena Maki Dah Dihalau Oleh Peniaga, Selamba Bolot Kotak Parkir Buka Gerai Jualan
[Copy link]
|
|
Dalam satu hantaran di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, seorang pelayar mempersoalkan kewajaran di sebalik tindakan segelintir peniaga yang 'bermaharajalela' berniaga di kotak parkir tanpa rasa bersalah.
"Bila B40 berniaga mereka mahu diberi hak untuk berniaga tetapi mereka telah menidakkan hak orang lain," tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Individu itu turut memuat naik dua keping gambar memaparkan gerai beberapa penjaja yang dipasang di kotak parkir di sebuah taman rekreasi di ibu kota.
 Foto: FB
Bukan hanya satu kotak parkir, tetapi kelihatan beberapa kotak parkir kereta awam telah dijadikan tapak gerai mereka.
Situasi ini secara tidak langsung menimbulkan kesulitan kepada para pengunjung di lokasi berkenaan yang terpaksa mencari tapak parkir lain gara-gara sebahagiannya telah 'dicuri' oleh peniaga gerai.
Bayangkan situasi sewaktu hujung minggu di mana pengunjung berpusu-pusu mahu beriadah bersama keluarga, sudah tentu ada yang terpaksa berebut-rebut ataupun meletakkan kereta lebih jauh gara-gara kekurangan kotak parkir.
Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya membangkitkan isu undang-undang dan hak orang awam.
 Foto: FB
"Meniaga di petak parkir satu hal, lepas tu ambil ruang dua hingga tiga kotak. Lama-lama letak kerusi meja. Bila kena angkut, main isu kaum. Pemikiran B40.
"Mereka ni tahu ke tidak apabila berniaga tepi jalan, kena tunjukkan lesen berniaga dan permit kebenaran berniaga.
"Nanti keluarlah ayat keramat Melayu tak support Melayu.
"Bila PBT datang kacau, ada cakap tak berhati perut.
Sementara itu, ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman dihalau peniaga gerai yang mahu memasang khemah di kawasan parkir.
"Aku pernah masuk parking sekali kena halau sebab dia nak buka khemah. Pelik juga... aku ke dia yang salah?
"Malas nak cakap. Dulu pun aku pernah kena maki pasal park dekat tempat diaorang berniaga," demikian antara komen netizen.
Untuk makluman, menerusi laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), petak parkir tidak boleh diletakkan halangan seperti payung, gerai berniaga, 'cop' parkir dan lain-lain kesalahan.
Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Iols bkn lah nk support peniaga ni tp kt taman tasik titiwangsa berlambak kot parking kt dlm. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan food truck ke peniaga ke boleh sewa certain tapak parking? Kalau yg tak berlesen tu lain
Zamn skrg ni resident connquer semua public parking mcm kat permaisuri tu nak beriadah pagi2 mmg tak boleh nak park pun semua jadi parking diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
2x5 jer..ade peniaga parking kt tapak parking..ade org yg duduk kondo.. flat..apartment
parking tmpt laluan/ jalan..tang corner pn ade.. |
|
|
|
|
|
|
|
allow food truck aja laaa tak payah buka khemah segala... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt2 dorang ni jns otak kat tapak kaki |
|
|
|
|
|
|
|
btul dia akan guna ayat melayu dengki melayu or melayu xsuppprt melayu. Knape melayu je kena sita stups btul..
kalau dh most parking korg letak brg, park van meniaga, susun beskal sewa, yg nk beridah ni nk park atas kepala ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah tegur.. peniaga ne meniaga tempat parking motor sampai motor aku yg parking lock handle pom di kepaknya handle nk susun meja die sebelum ne die tggu aku balik keje baru bukak meja....bile tegur suh meniaga la kat tempat yg disediakan.. x jauh pom dari gerai die tu..katanya cari rezeki halal, sudah lama meniaga situ padahal aku sudah 8 tahun kat situ... tiap2 tahun bersilih ganti org pacak kat situ.. lagi mau auta... sudahnya aku report majlis bandaran... setel |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sumpah manusia yg kastakan orang b40 apa jadah semua ni kemaluan dorang akan jadi busuk, lebih busuk dari bau ikan masin. Kemaluan tu akan ditumbuhi kulat, nanah dan berkudis! |
|
|
|
|
|
|
|
niaga ramai2 semua tutp parking
korg aje la beli jualan antara 1 sama lain
org lain xle dtg lari tmpt lain |
|
|
|
|
|
|
|
niaga kat parking kereta, pastu org yang nak beli kena parking kat jalan, jalan jadi sesak menyusahkan org.
kat ipoh ni la..kat pdg polo nun, punyalah bnyk peniaga kat kawasan parking, nak pergi taman bawa anak pun dah malas sebab takde parking.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beribear replied at 2-3-2023 10:30 AM
Ala mcm bagus je nak label² org. Menyampah lah dgr B40, T20, M40. Mcm kelas kau tu boleh bawak masu ...
ntah2 mak,bapa,datuk,nenek,moyang dorang pung B40...makan hasil bantuan,cukai orang terdahulu...bab ni depa lupa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cer tanya DBKL.. Dulu zaman kobid tak pe la niaga ikut suka hati.. Skrg dh kena buat polisi baru. Semak!! |
|
|
|
|
|
|
|
tu kt teluk nipah, abih bahu jalan jd tempat pacak khemah, letak brg jualan sampai keluar kedai
buat jln jd sempit.. tp semua jenis reda... hadap jela |
|
|
|
|
|
|
|
rasenye dh x perlu kelas2 atau label2 b40 segala nie sbb mcm mengalakkan kasta pulak...dan untuk tak ot...saya rasa peniaga yg ambik parking tanpa kelulusan dan untuk kepentingan sndiri dan menyebabkan kesusahan org lain mmg tak wajar dan elok di boikot... |
|
|
|
|
|
|
|
Cer tanya ada fail cukai pendapatan tak?
Manusia ni sifatnya selfish, semua nak untong dia ja tak kisahlah B40 ka T5 ka.
Tu pasal hidup ni kena ada undang2 dan paling penting kena paksa ikut. Jangan cuba nak nego period!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|