Isteri kepada Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai baru-baru ini memuat naik hantaran bersama anak tirinya, Wan Maryam di Instagram (IG). Kata Fazeera dia bersyukur dengan kehadiran Maryam yang sudah mengajar dirinya tentang dunia sebagai seorang ibu.
"Detik-detik berharga kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini!. Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, untuk memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak." Malah dia juga gembira melihat kasih sayang antara Maryam dan anak sulungnya, Wan Khaleeda. "Apa yang paling menggembirakan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang yang tiada penghujung antara satu sama lain."
|
ADVERTISEMENT