View: 955|Reply: 3
|
"Terima Kasih Allah Atas Anugerah Terhebat Ini," Isteri Fizo Omar Belajar Dunia Ibu Daripada Cik Yam
[Copy link]
|
|
Isteri kepada Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai baru-baru ini memuat naik hantaran bersama anak tirinya, Wan Maryam di Instagram (IG).
Kata Fazeera dia bersyukur dengan kehadiran Maryam yang sudah mengajar dirinya tentang dunia sebagai seorang ibu.
Foto: IG
"Detik-detik berharga kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini!. Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, untuk memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak."
Malah dia juga gembira melihat kasih sayang antara Maryam dan anak sulungnya, Wan Khaleeda.
"Apa yang paling menggembirakan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang yang tiada penghujung antara satu sama lain."
Dalam masa yang sama dia memohon maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik namun akan sentiasa berusaha memberi yang terbaik.
Fizo dan Fazeera selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana pada 21 Oktober lalu di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun sebelum bercerai pada Julai 2019. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
lawa sgt wife Fizo ni,, nampak pun comel dan penyayang masa Fizo amik video kat tik tok tue memang cantik ya dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
hari2 ada thread pasal bini budu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
geli lah dia ada mak lg tau ko jgn nk lelebih |
|
|
|
|
|
|
| |
|