CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kuna Dihalang Bergambar Bersama VVIP Ketika Majlis Perkahwinan Anak? "Hina Ke Jadi Janda?Malu Ke Dengan Mak Sendiri?"

28-2-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 50919| Komen: 433

Kuza  berang apabila kakaknya, Kuna diperlekehkan ketika di majlis perkahwinan anak kandungnya, Nik Muhamad Hakimi Rizalman.

Menurut Kuza, Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Muzani tidak dibenarkan bergambar dengan anaknya bersama VVIP kerana berstatus janda.



Foto: IG

“My sister @kunamuzani ada je kat majlis anak dia kahwin tapi tak dibenarkan masuk bergambar bersama vvip oleh kerana my sister status JANDA.

“Hina ke jadi JANDA? Sampai tak dibenarkan masuk holding room bergambar bersama? Padahal kahwin anak kandung my sister. Malu ke ada mak macam Kuna? Ooo faham sebab Kuna tak ada pangkat DATIN/DATUK?,” luahnya.

Bukan itu sahaja, Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani menasihatkan bahawa untuk berbuat baik dengan ibu kepada anak saudaranya itu.

“Nabi Muhammad SAW sendiri pun 3 kali sebut berbuat baiklah pada IBUMU, IBUMU, IBUMU! Kita sebagai anak kalau nak hidup bahagia, rezeki melimpah jangan sesekali buat ibu kita sedih,” pesan Kuza.




Malah, Kuza turut berkongsi bahawa kakaknya itu menangis sehingga tidak tidur akibat insiden tersebut.

“Apatah lagi buat ibu kita menangis sampai tak tido. Kesian oleh kerana ego anak yang jadi mangsa. Jangan undi orang-orang yang macam ni sebab contoh yang tak baik untuk generasi akan datang,” katanya.



Sekadar info, Kuna pernah berkahwin dengan Rizalman yang merupakan seorang ahli politik, namun sah bercerai pada 5 Disember 2001.




Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nik Muhamad Hakimi, Nik Haikhal dan Elysha. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izat123 28-2-2023 05:42 PM
Apa nak jadi lah anak lelaki dia ni. Belum apa apa dah abaikan mak sendiri.
Quote piahsemah 28-2-2023 05:45 PM
izat123 replied at 28-2-2023 05:42 PM
Apa nak jadi lah anak lelaki dia ni. Belum apa apa dah abaikan mak sendiri.

Kawin pulak dgn ank vvip,huhuhu
Quote likilu 28-2-2023 05:48 PM
Apesal? Anak dia calon perdana menteri ke apa siap pesan jangan undi?
Quote rifaa 28-2-2023 05:48 PM
Siannya...kalo awal2 tau xleh bergambar, elok xyah hadir terus
Quote kechikchomel 28-2-2023 05:49 PM
Ohhh...menantu dia anak PTD.
Quote lyshafull 28-2-2023 05:50 PM
Hahahah siap backup bini
Quote putericahaya999 28-2-2023 05:51 PM
Ingat bekas suami x bg begambar tp anak sendiri sedihnya
Quote kechikchomel 28-2-2023 05:51 PM
likilu replied at 28-2-2023 05:48 PM
Apesal? Anak dia calon perdana menteri ke apa siap pesan jangan undi?

Rasanya nak cakap pasal bapak kepada anak dia tu kot. Rizalman tu Ketua Parti Keris Bhgn Bandar Tun Razak.
Besan tu PTD.
Quote hotmak 28-2-2023 05:52 PM
kesiannya, sapa yg halang tu, mak pengantin kan, tak kisah lah status apa, takde pangkat ke apa, mana boleh nafikan hak dia sebagai mak, anak pun takkan tak berkeras
Quote dua_chzy 28-2-2023 05:54 PM
Dah tak cantek deols bila dah tua.
Quote dua_chzy 28-2-2023 05:55 PM
kechikchomel replied at 28-2-2023 09:49 AM
Ohhh...menantu dia anak PTD.

Ek eleh...Ingatkan kerabat Monaco ka hapa.
Quote MissYouSayang 28-2-2023 05:57 PM
Kunie ckp yg halang tu ex laki kuna. Siap pecah lubang lg ckp si R tu buat private parti
Quote Aneem 28-2-2023 05:58 PM
Edited by Aneem at 28-2-2023 06:00 PM

Nak tau jugak siapa yg halang. Bekas laki kah atau besankah? Kalau bekas laki yg organize majlis, belanja 100% atas dia, no wonder la anak jadi pak turut. Dengau ckp, majlis kau grand, kalau tidak, potong elaun. Gituhhh.
Quote miss_strangers 28-2-2023 05:59 PM
Si tenggang versi 2023
Quote Lavender_Violet 28-2-2023 06:02 PM
Dlm pic kawin tu yg baju biru tu Kuna kan? Ke Kuza? Kalau Kuza, sheols pun dah gemuk ke?
Tapi pengantin lelaki aka anak Kuna tu elok genggam erat tangan ppuan sebelah dia. Is that Kuna? Lain sngt rupanya. Ke mak mertua heols?
Kalau mak mertua heols mmg musibat lah anak ni...tangan mak mertua digenggam erat tapi mak sendiri di who are yous kan
Quote ellejo 28-2-2023 06:04 PM
mak pengantin kot. bukan fara mendoza kah sapa kah yang takde kene mengene
Quote fadz84 28-2-2023 06:11 PM
Lavender_Violet replied at 28-2-2023 06:02 PM
Dlm pic kawin tu yg baju biru tu Kuna kan? Ke Kuza? Kalau Kuza, sheols pun dah gemuk ke?
Tapi pengan ...

Kuna yg baju biru sblh pengantin pompuan...
Quote Missjass 28-2-2023 06:11 PM
Lavender_Violet replied at 28-2-2023 06:02 PM
Dlm pic kawin tu yg baju biru tu Kuna kan? Ke Kuza? Kalau Kuza, sheols pun dah gemuk ke?
Tapi pengan ...

Baju biru tu kuna.. yang ank dia gengam tangan tu mak mertua ank dia kot
Quote Delifrance 28-2-2023 06:11 PM
Muka isteri sekerang rizalman ni jenis2 muka kuna ni jek aku tgk cuma badan tak besar la

Lihat semua komen(433)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.132875 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top