CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pernah Diisytihar Sebagai Aset, Kucing Syed Saddiq Toby Mati Mengejut

28-2-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2967| Komen: 42

 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Selasa memaklumkan bahawa kucing kesayangannya, Toby telah mati.

Di Instagram, Syed Saddiq memberitahu Toby meninggalkannya secara mengejut.

Foto: IG

"Toby, kucing kesayangan saya telah pergi meninggalkan kita. Sangat mengejut. Sangat sedih.

"Saya rindu dia sangat. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya ketika masa yang sukar.

"Semoga Toby dapat berehat dengan tenang di 'Syurga Kucing'," tulis Syed Saddiq pada ruangan kapsyen hantarannya.



Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran lain mengenai kematian Toby.

Pada November tahun lalu, Syed Saddiq pernah mengiystiharkan Toby dan seekor lagi kucingnya iaitu Meow Meow sebagai sebahagian daripada asetnya.

Pengiystiharan itu merupakan persediaan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu dikatakan mempunyai harta dengan nilai aset bersih sebanyak RM1.9 juta.

Rata-rata warga maya membanjiri ruangan komen Instagram Syed Saddiq dengan ucapan takziah kerana Toby dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.

"Oh tidak, Toby si Oyen dah tak ada, semoga tenang di sana.

"Rindu Toby sangat-sangat, rasa macam baru semalam dapat peluk dia yang gebu, semoga dapat berehat dengan tenang di sana.

"Semoga kekal kuat Yang Berhormat (YB), Tuhan lebih menyayangi Toby," ujar beberapa warga maya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 28-2-2023 05:10 PM
makhluk tuhan kalau kita bela dari baby memang kita teramat sayang
Quote Kurex 28-2-2023 05:28 PM
Terus teringat oyen iols...
Quote Tinot7 28-2-2023 05:33 PM
Takziah kpd keluarga.. tapi setahu iols, dlm islam, pets don't go to heaven
Quote bakingsoda 28-2-2023 05:46 PM
boleh la adopt kucing baru. bukan sbg pengganti atau pengubat rindu tapi bagi peluang kucing yg kat luar tu pulak merasa ada rumah
Quote edayildiz 28-2-2023 05:52 PM
so sad..i pernah nangis berbulan bulan sampai skrg kalau tgk gmbr kucing yg dh arwah.. i still nangis..
i tinggal my current kucing boarding almost 20 hari pun rasa xtenang hati rindu banget..jap lg br nak amek sbb br touch down bumi malaysia..rindu bethol
Quote likilu 28-2-2023 06:14 PM
Tinot7 replied at 28-2-2023 05:33 PM
Takziah kpd keluarga.. tapi setahu iols, dlm islam, pets don't go to heaven

Ok i tahu bukan tempat untuk bersoal jawab kat sini tapi kat syurga kan nak apa dapat terus gitu

U jangan main mainkan perasaan orang
Quote Kitty_catz 28-2-2023 06:57 PM
kuceng meols dah 13 tahun this year.. so ikut umo tucen dia dah 68 yo

lagi tuer dr meolssss
Quote Moyangkucing 28-2-2023 07:01 PM
Patah tumbuh hilang berganti.
Akan ada kucing lain yg akan mengubati sedih di hati...
Quote Kitty_catz 28-2-2023 07:04 PM
Moyangkucing replied at 28-2-2023 07:01 PM
Patah tumbuh hilang berganti.
Akan ada kucing lain yg akan mengubati sedih di hati...

tapi tak sama si kucing belang...

kwn meols terus tak bela dah lepas kuceng kesayangan mati, sbb tak nk go through the process again
Quote Perwira2022 28-2-2023 07:08 PM
Kucing pun menyampah & rela mati cepat daripada tengok perangai ko Suckdick... Naik kerana tumpang glamer Atok... Bila Atok terpinggir ko cepat2 tinggalkan Atok... Spesis Tanggang ko ni
Quote misc 28-2-2023 07:10 PM
Takziah dan bertabahlah. Dah pernah kucing kesayangan mati. Sedih sesangat. Dah taubat tak nak bela kucing lagi.
Quote zuuu 28-2-2023 07:50 PM
Takziah,mmg sakit sanggat hilang kucing,kucing aq pon awal bulan ni mati,sehari sblum genap umur dia 6 tahun...mmg terasa betul kehilangannya...tengok kucing dia pon nmpak kemain handsome,dengan badan bulat camtu,aq xde tuah bela kucing oyen,kalo bela pon samada  mati awal atau dia lari...kucing2 lain ok pulak
Quote kakikuDibibirmu 28-2-2023 08:01 PM
Tinot7 replied at 28-2-2023 05:33 PM
Takziah kpd keluarga.. tapi setahu iols, dlm islam, pets don't go to heaven


Tazzangka kucing masuk neraka
Quote Tinot7 28-2-2023 09:00 PM
likilu replied at 28-2-2023 06:14 PM
Ok i tahu bukan tempat untuk bersoal jawab kat sini tapi kat syurga kan nak apa dapat terus gitu

...

[youtube]ARBeTs-Xh4Y[/youtube]

[youtube]qr759gKjVGs[/youtube]

[youtube]WRS86kmgZvM[/youtube]

[youtube]DkPzzwiqsCY[/youtube]

[youtube]8-2WG3g76a8[/youtube]

Wallahualam.
Quote Tinot7 28-2-2023 09:00 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-2-2023 08:01 PM
Tazzangka kucing masuk neraka

Tak masuk neraka lerr.. memandai jahh..
Quote bitterchoc 28-2-2023 11:43 PM
likilu replied at 28-2-2023 05:14 AM
Ok i tahu bukan tempat untuk bersoal jawab kat sini tapi kat syurga kan nak apa dapat terus gitu

...




Betul. InshaAllah.
Aiols pernah menangis berbulan2 memikirkan benda ni. Dan kemudian telah diberikan jawapan selepas berdoa banyak2.

It was narrated from Sulayman ibn Burayda from his father that a man asked the Prophet (Allah bless him and give him peace), “O Messenger of Allah, will there be horses in Paradise?” He said, “If Allah admits you to Paradise, you will not wish that you could be carried on a horse of red rubies, which will fly wherever you want in Paradise, but that will happen.” And another man asked him, “O Messenger of Allah, will there be camels in Paradise?” but he did not say something like he had said to his companion. He said, “If Allah admits you to Paradise, you will have therein whatever your heart desires and will delight your eyes.” [Tirmidhi]


Allahu'alam.
Quote likilu 28-2-2023 11:54 PM
bitterchoc replied at 28-2-2023 11:43 PM
Betul. InshaAllah.
Aiols pernah menangis berbulan2 memikirkan benda ni. Dan kemudian telah dib ...

Tu la i pernah tgk clip qna UAI orang tanya yeke kucing akan jadi debu ustaz lain kata gitu

UAI jawab ustaz tu punnnnn tak pandai jaga hati dahhh sedih orang yg tanya tu

Eh jap la i carik clip tu

https://youtu.be/f6y5WKqa3M4

Ha burung pun ada siap boleh masuk pinggan terus, apa kucing tiba tiba tak wujud.
Quote LadyCarefree 28-2-2023 11:56 PM
Tinot7 replied at 28-2-2023 04:33 PM
Takziah kpd keluarga.. tapi setahu iols, dlm islam, pets don't go to heaven

Yes. Mungkin sekadar cakap saja.

Binatang semua mati terus jadi tanah. Sbb takde dosa takde pahala, they become dust gitu je bila mati.
Quote LadyCarefree 28-2-2023 11:58 PM
bitterchoc replied at 28-2-2023 10:43 PM
Betul. InshaAllah.
Aiols pernah menangis berbulan2 memikirkan benda ni. Dan kemudian telah dib ...

Betullah tu. iols nanti nak sex slaves banyak2.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.098583 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top