Seorang lelaki menceroboh masuk ke tanah perkuburan purba dan membuka tiga keranda. Tindakan pemuda berusia 21 tahun itu bertujuan untuk meraih keuntungan dengan membuat sesi penstriman langsung (live) namun ia disedari oleh penduduk kampung.
Akibat perbuatannya, dia dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan. "Seperti dilaporkan, lelaki itu membuka tiga keranda dengan bantuan dua rakannya dan membuat live video menunjukkan dirinya mengeluarkan tulang dari salah satu keranda. "Bukan sekadar itu sahaja, malah dia juga dilihat mencium tengkorak," kata seorang penyiasat jenayah, dipetik sebagai berkata dalam laporan NDTV. Menurut penyiasat itu, perbuatan pemuda dari China berkenaan dikenal pasti sebagai Necrophilia, iaitu gangguan seksual terhadap mayat. Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. -CARI
Sumber: mStar/ India.com
|
ADVERTISEMENT