CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fitnah Paling Teruk! Imej Tercalar, Wawa Zainal Teruskan Saman Terhadap Blogger

28-2-2023 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4002| Komen: 27

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bengang dengan tuduhan satu blog yang mendakwa mereka tidak membayar penuh gaji pekerja.

Kata Wawa ini adalah fitnah paling terburuk diterima kerana blog terbabit selamba menggunakan gambar mereka berdua seolah mengiyakan dakwaan tersebut.


Foto: IG

"Rasanya, inilah fitnah paling teruk pernah kami terima. Laman blog yang membuat tuduhan itu tergamak menggunakan gambar saya dan Aeril berserta kenyataan kononnya individu membuat luahan gaji dipotong itu adalah pekerja kami.

"Kenyataan itu juga bukan dalam bentuk tanda tanya. Malah, apabila gambar kami dikeluarkan, ia seolah-olah mengiyakan dakwaan tersebut," katanya seperti dipetik daripada portal hiburan.



Katanya tidak timbul isu potong gaji dalam kalangan staf malah mereka mampu memberi ganjaran bonus kepada pekerja serta dibawa bercuti ke luar negara bersama-sama.

"Tidak ada sebarang isu mengenai gaji. Malah, ketika pandemik dan negara berdepan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami masih mampu memberikan bonus kepada pekerja.

"Tahun lalu, kakitangan kami menerima bonus raya, selain diraikan dengan percutian ke luar negara."



Wawa juga menyatakan tindakan undang-undang tetap diteruskan bagi membersihkan imej yang sudah tercalar.

"Disebabkan itu, saya dan Aeril memandang berat isu ini kerana fitnah yang dilemparkan mampu mencalar nama baik kami.

"Saya dan Aeril tidak mahu perkara seperti ini merosakkan hubungan baik kami dengan pihak media. Tetapi, pengajaran harus diberikan agar tiada pihak sewenang-wenangnya membuat spekulasi.





"Kami harap blog terbabit tidak ulangi dan jangan sesuka hati tulis perkara tidak sahih. Dalam tidak sedar, ia boleh beri kesan buruk kepada orang lain." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 28-2-2023 09:15 AM
blog mana yang kena saman dek arak & wain ni?
Quote CiliPadiSedap 28-2-2023 09:26 AM
dudaberhias: blog mana yang kena saman dek arak & wain ni?


cariforum bukan blog

Quote Aneem 28-2-2023 09:28 AM
Sikit2 saman.
Quote toynme 28-2-2023 09:34 AM
syoknya hidup mcm wawa..cantik, suami elok, anak2 comel, kayo...apa doa dia ekk
Quote foxneo 28-2-2023 09:35 AM
dudaberhias replied at 28-2-2023 09:15 AM
blog mana yang kena saman dek arak & wain ni?

bedifulmara kan rasanya
Quote slyfynx 28-2-2023 09:44 AM
Yawn.
Up la cite ape pun, ttp boring kapel ni
Quote Burong_Hantuk 28-2-2023 10:18 AM
serious...geli aku tgk kapel ni
Quote bondeh 28-2-2023 11:39 AM
Yang si W pakai sneakers Gucci tuh awat mata meolls nampak macam kasut2 kat Petaling Street nampak fake lagi murehen.
Quote electricopop 28-2-2023 12:20 PM
Benar atau tidak potong gaji staff?
Quote heythere123 28-2-2023 12:50 PM
bondeh replied at 28-2-2023 11:39 AM
Yang si W pakai sneakers Gucci tuh awat mata meolls nampak macam kasut2 kat Petaling Street nampak f ...

sheols takde aura nak carry high end brand lettew
Quote SherryZass 28-2-2023 12:53 PM
kapel terpaling content, setaraf toklipsukri
Quote casper2022 28-2-2023 02:14 PM
Beautiful nara skrg masih dibawah abg nara atau dh di let go? dlu okey je content. xde la isu macam rotikaya. just info, beautifulnara tu asal nya di buat untuk kongsi keindahan tmpt bernama nara oleh owner blog.sbb dia study kt japan. tp time tu dia nk dpt income dr blog kn byk traffic. jd selit la gosip artis skit. nk bg rmai. then blog tu boom.. trus tukar jd website dan ambik penulis luar.
Quote lasagna 28-2-2023 02:23 PM
rsenya butifool nara agaknya, sbb prasa aeril ada reply twit dia org.. sbb aeril kata agak2 lahh nk tulis, dia siap bg bonus kt staff.. mebi blog tu kot.
Quote lasagna 28-2-2023 02:28 PM
casper2022 replied at 28-2-2023 02:14 PM
Beautiful nara skrg masih dibawah abg nara atau dh di let go? dlu okey je content. xde la isu macam  ...

ntah laa.. tp mcm pernh dgr ada satu company beli ke camne ntah dlu portal ni.
skrg ceo/owner nama shah apa ntah.. itu ke abg nara?
Quote anony-mous 28-2-2023 02:34 PM
casper2022 replied at 28-2-2023 02:14 PM
Beautiful nara skrg masih dibawah abg nara atau dh di let go? dlu okey je content. xde la isu macam  ...

Menurut santeira, dah lama let go. Bertahun jgk la. Ok la kan? X sggup mkn duit xberkat. I dlu buat blog saing2 nara , ohmedia, ada la try selit2 gosip retis, mmg syok post pasal retis dpt hit plg byk, tp xboleh tipu hati i, rasa x sedap & mcm mkn duit haram. So i xteruskan.
Quote bondeh 28-2-2023 02:38 PM
heythere123 replied at 28-2-2023 12:50 PM
sheols takde aura nak carry high end brand lettew

Kenzzzz. Yang i nampak yang boleh carry brand nih Daiyan Trisha & Zahirah McWilson. Mungkin pembawakan diri & percakapan main peranan. Sedangkan Eyka Farhana disponsor pun masih kekal imej budak flat kampung pandan sheolls

Cowwy OT
Quote Prickford 28-2-2023 02:42 PM
foxneo replied at 28-2-2023 01:35 AM
bedifulmara kan rasanya

Mmg berserta gambar ke artikel tu?

Quote Noraniza_Iblis 28-2-2023 02:47 PM
bondeh replied at 28-2-2023 02:38 PM
Kenzzzz. Yang i nampak yang boleh carry brand nih Daiyan Trisha & Zahirah McWilson. Mungkin pembaw ...

hahaa...
teringat iols..EF  keluar bersamamu ke ape..
dok umah flat adik2 beradik ramai merenyut...
mase to sheols whoareyuss lg..
skrg kekwatt eh...

Quote heythere123 28-2-2023 02:49 PM
bondeh replied at 28-2-2023 02:38 PM
Kenzzzz. Yang i nampak yang boleh carry brand nih Daiyan Trisha & Zahirah McWilson. Mungkin pembaw ...

ye percakapan sangat mainkan peranan.

couple rootbeer ni very rempit yach. Iols start nyampah sebab theyols dok jual cerita hidup susah yada yada untuk tarik org jadi ejen

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050315 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top