CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Nak Keluar LRT Tiba-Tiba Kena Pelempang Dengan Mak Cik Bertudung

27-2-2023 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6168| Komen: 99

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Loy, 24, tiba-tba ditampar ketika dia dan rakannya berada di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Menurut Loy ketika kejadian dia dan rakannya sedang dalam perjalanan ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) untuk membawa ibu rakannya bersiar-siar di sekitar ibu kota.



Foto: twitter

"Kami naik LRT dari stesen Masjid Jamek sampai ke stesen Hang Tuah. Apabila dalam LRT tu, kami perasan ada seorang makcik ni berkelakuan pelik dan agresif.

"Dia bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbit dalam nada yang marah. Dia pakai earphone ketika bercakap dan kalau tengok dari body language macam ada sesuatu yang dia tak puas hati.

"Kami abaikan je sebab itu privacy dia, mungkin hal keluarga," cerita Loy kepada mStar.

Insiden meletus apabila Loy dan rakannya, Jia tiba di stesen Hang Tuah dan sedang melangkah ke pintu gerabak LRT untuk keluar.




"Kami beratur nak keluar dari LRT. Kawan saya, Jia nampak makcik yang tadi tu macam nak keluar juga, jadi dia bagi laluan dulu.

"Tiba-tiba satu tamparan daripada makcik tu melekat di muka saya. Saya jadi terus kaku, tak tahu macam mana nak react. Jia yang di sebelah saya terus jerit minta bantuan daripada polis bantuan di stesen.

"Beberapa saat lepas tu apabila saya dah sedar apa yang terjadi, saya pun ikut jerit sekali. Air mata pun dah mula mengalir, saya menangis.

"Polis bantuan datang dan kami beritahu yang makcik tu lempang saya. Kami dan polis bantuan cuba dekati makcik tu untuk tanya dia kenapa buat macam tu," kata Loy yang merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Tanjung Malim.

Walaupun begitu, menurut Loy, pihak polis bantuan tidak dapat mengambil tindakan terhadap wanita pertengahan usia yang menamparnya kerana dikatakan mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh.

"Pihak polis bantuan ada cakap yang makcik itu sepertinya kurang siuman berdasarkan pemerhatian mereka. Jadi mereka pun tak boleh nak tahan makcik itu, apa yang mereka boleh buat ialah minta makcik tu untuk tinggalkan stesen LRT.

"Makcik itu dikatakan sebagai kurang siuman oleh polis bantuan sebab dia menjerit-jerit tanpa sebab dan sukar nak patuh arahan yang diberikan.

"Polis bantuan ada ikut makcik tu untuk pastikan dia tak ada buat apa-apa lagi tindakan di luar kawalan. Kami ingat sudah lerai semuanya dan kami pun teruskan dengan urusan kami," kata Loy yang berasal dari Pahang.

Namun ternyata takdir menemukan semula Loy dan rakannya dengan wanita berkelakuan aneh tersebut sehingga menyebabkan berlakunya pertembungan kali kedua yang lebih hangat.

"Stesen Hang Tuah ni hanya untuk kami tukar train sahaja sebab kami nak pergi TBS kan. Jadi kami pergi ke platform nombor satu dari platform nombor dua yang kami turun mula-mula tadi.

"Dekat situ kami jumpa sekali lagi dengan makcik tu. Kami akui waktu tu kami agak beremosi dan mahukan penjelasan, jadi kami dekati makcik itu untuk tanya kenapa dia tampar saya. Kami nak dia minta maaf.

"Kami tanya polis bantuan dulu dan mereka setuju untuk kami buat macam itu. Mereka pun ikut kami pergi jumpa makcik tu. Apabila dia nampak kami, dia cuba nak larikan diri.

"Apabila kami tanya dia, reply yang dia bagi macam susah untuk kami faham. Pertuturan dia bercampur-aduk. Tiba-tiba kawan saya, Jia pula yang ditampar oleh makcik tu, sampai tercampak cermin mata dia," cerita Loy.

Loy mengatakan polis bantuan yang berada di sisi mereka tanpa membuang masa terus bertindak untuk menahan wanita itu.

"Polis bantuan pun mula-mula terkejut sebab makcik itu berani buat macam tu di depan mata mereka. Polis bantuan terus tahan makcik itu dan bawa dia ke satu bilik di atas untuk bagi dia tenang.

"Mereka cuba tanya soalan dekat dia tapi apa yang dia cakap susah nak difahami. Apa yang kami boleh faham ialah dia tengah marah. Ada keluar perkataan carutan dari mulut dia selain 'bodoh' dan 'kurang ajar' semua.

"Polis bantuan kemudian panggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari unit jenayah ke tempat kejadian. Dua anggota datang dan mereka minta kami cerita daripada awal sampai habis apa yang berlaku.

"Kemudian kami pergi ke Balai Polis Pudu untuk buat report. Dalam petang macam tu, ada seorang inspektor telefon tanya kalau kami nak ambil tindakan mahkamah ke atas makcik tu tapi kami tolak sebab leceh," ujar Loy.

Loy mengatakan ada banyak langkah yang perlu diambil untuk mendakwa wanita tersebut ke mahkamah dan ia adalah satu proses yang memakan masa.

"Kami masih students dan tak ada banyak masa. Kalau nak dakwa makcik tu kami kena pergi ke hospital untuk buat check-up, nak tengok ada kecederaan ke. Lepas tu pun ada banyak langkah lain lagi.

"Jadi kami nasihatkan mereka yang naik pengangkutan awam di sekitar Kuala Lumpur untuk berhati-hati dengan makcik ini sebab dia masih ada di luar sana.

"Kami juga nak ucap terima kasih kepad polis bantuan di stesen LRT Hang Tuah sebab banyak tolong kami ketika kejadian," kata Loy menutup bicara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 27-2-2023 02:22 PM
Makcik ni ada masalah mental kot
Quote vanillaninja 27-2-2023 02:24 PM
From cerita heols pun dah boleh agak acik ni ada mental issue. Tak kan tiba2 nak slap total stranger depan polis pulak tu?
Quote Samerosie 27-2-2023 02:26 PM
Next time lempang balik dulu baru panggil polis bantuan.  Orang macam ni tak boleh kasi chance.  Nanti dia buat2 OKU la buat2 gila lah.  Bagi je dulu yg lain belakang cerita.
Quote hareeeesah 27-2-2023 02:32 PM
Ada handfon gak acik pun… xmkn ubat la ni kot. Ada family ke x agaknya
Quote wirazam 27-2-2023 02:32 PM
Samerosie replied at 27-2-2023 02:26 PM
Next time lempang balik dulu baru panggil polis bantuan.  Orang macam ni tak boleh kasi chance.  Nan ...

Ohh boleh ke lempang balik then panggil polis bantuan tuh...
Quote chikumanis 27-2-2023 02:33 PM
drama lempang melempang pula!
banyaknya me nak hadam bila 2hari tak online ni
Quote Simunggu 27-2-2023 02:43 PM
kalau dah tau masalah mental kena hantar hospital gila nanti dia buat benda jahat lagi mcm mana?
Quote Burong_Hantuk 27-2-2023 02:46 PM
jangan2 dia ada probok probok makcik tu
Quote cashewnut 27-2-2023 02:53 PM
Orang gila ni jangan memain kalu depa tak makan ubat. Korang tengok biasa pun depa rasa macam korang tengok satu macam. Baca je news kalu jenis tak ambik ubat agresif macam mana. Muka korang depa ingat macam hantu.
Quote tintin22 27-2-2023 03:04 PM
Edited by tintin22 at 27-2-2023 03:07 PM

ghisau,ak pernah kena dgn sorang perempuan 30an?dlm bas GO KL
x perasan dia mental sikit,dia dok sebelah ak.
ak ada bawa bag,letak atas riba tali bag jatuh belah dia.
ak gerakan la tali bag ak nak betul kan,badan ak pon gerak sikit juga.macam tak duduk diam.
sampai next stesen,minah ni sampai pintu nak turun maki2.
konon x suka ak buat mcm tu mcm geli dgn dia.
nasib baik dah blah,kalau tak haru.
seram pon ada.

Quote s@s@ 27-2-2023 03:06 PM
sama2 dia, biarlah.....
kalau nak pun boleh tolong tepuk tgn
Quote aechae 27-2-2023 03:12 PM
Dlu ada sorg pmpuan yang naik LRT dr KLCC kot..dia akan maki2 carut kuat dlm koc tu smbil duduk n pandang muka org kelilingnya satu2.

Habis segala perkataan carut keluar uolss...slalunya koc yg hujung skali. Sape buat eye contact lg bertubi2 kena.. x brapa betul pnya orang ni..xtaulah kot pmpuan yang sama ke. Sbb iols pnah jd saksi kejadian 2-3x jugak lah 7-8 tahun yg lalu.
Quote yenil95 27-2-2023 03:23 PM
gambar makcik mental tu ada ke?..risau pulak kat anak2 iols yang selalu naik lrt ni..
Quote tom2 27-2-2023 03:29 PM
Kesian dik kena lempang dengan achik mental sekali. Yang herannya, kenapa kena lempang dua kali?

Macam pelik je jalan cerita terserempak kali kedua, perlukan penjelasan. Padahal dah setel dekat yang pertama tu.
Quote ninja boy 27-2-2023 03:35 PM
Brp byk langkah
Quote sara_thrash 27-2-2023 03:37 PM
apa yang i faham, lepas dapat lempangan yang 1st tu dorang datang balik ke sana dengan polis. time buat soal jawab kenapa dilempangnya muka dia makcik ni mjerit2 & cuba lari. time tu la dia lepaskan penampor kedua & kena kawan dia plak.
Quote Cekgushilla 27-2-2023 03:37 PM
Anak sedara aku pernah kena lempang depan sogo dengan org gila
Terjatuh terduduk jugak la
Org gila laki pulak tu
Quote sharlenetexas 27-2-2023 03:40 PM
Kalau jumpa org sakit mental wat hal mcm ni, call 999 polis datang. Lepas tu polis cari waris dia. Kalau gelandangan polis bawak tak perlu ada waris. Lepas tu polis bawak ke emergency hospital, admit wad psikiatri. Tapi ni dah ada polis bantuan, lepas mcm ni, makin galaklah makcik tu kacau orang.


Quote bottombikini 27-2-2023 03:48 PM
Edited by bottombikini at 27-2-2023 03:52 PM
tom2 replied at 27-2-2023 03:29 PM
Kesian dik kena lempang dengan achik mental sekali. Yang herannya, kenapa kena lempang dua kali?

M ...

yg first tu tak setel sis
tak dpt penjelasan dari acik gila tu sbb tak paham
polis bantuan pun tak bole buat apa sbb takde bukti

kali kedua tu depa terserempak lagi masa nak tuko train
so kira depa tak puas ati lagi la
tak memasal kena lempang lagi skali

kalo aku, trauma nak naik tren lagi

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.046221 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top