CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ceramah Dibatalkan Sebab Tak Ada Tauliah: "Apa Benda Ni Ingat Aku Bodoh?”- Ustaz Azhar Idrus

27-2-2023 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8262| Komen: 125

PETALING JAYA – “Macam-macam dia komen, kata kita langgar negeri orang, masjid tak reti bahasa nak langgar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), nak langgar Sultan. Apa benda ni ingat aku bodoh?”

Itu respon spontan pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika mengulas tentang punca pembatalan ceramahnya di Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, pihaknya sedia maklum tentang larangan penceramah tanpa tauliah berkuliah di negeri itu, lalu mengusulkan supaya surat sokongan disediakan bagi tujuan berkenan.




“Kita tau dah dari zaman Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan 22 bulan memang tak boleh di Selangor sebab dia nak yang bertauliah saja. Kita mengajar di Kuala Lumpur (KL), cuma masjid di Bukit Jelutong minta juga.

“Kami pun kata boleh, cuma sediakan surat sokongan barulah kami boleh pergi dan mohon tauliah sementara untuk malam itu saja. Mereka mohon dan selesai semua benda tapi dibatalkan.


“Kami akur, tukar ke Kampung Pandan tak ada isu pun? Masjid (Bukit Jelutong) rayu, tak boleh rayu. Mereka rayu sekali lagi tak boleh. Jadi kita ambil keputusan pindah ke KL. Kenapa mu koyak? Bukan kita marah pun,” tegasnya.

Dalam masa sama, Azhar tidak menafikan keperluan tauliah kepada penceramah, namun turut berpesan kepada hadirin yang hadir supaya tidak sesekali menyalahgunakan kuasa jika memilikinya kelak.


Loading FB Post...

“Nasihat saya kamu nanti kalau jadi menteri, jadi orang yang ada kuasa, gunakan kuasa untuk luaskan ilmu Allah dan gunakan kuasa kamu untuk sekat maksiat.

“Isu tauliah memang dibenarkan syarak kerana nak kawal daripada penceramah ajaran sesat. Yang ada ajaran sesat hendaklah dihalang. Memang betul dibolehkan tapi jangan gunakan untuk nafsu,” katanya menerusi video di Facebook.

Sebelum ini UAI mengadakan ceramah di Masjid Al- Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini setelah Kuliah Maghrib Perdana yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong sebelumnya, dibatalkan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 27-2-2023 10:59 AM
memang bodoh pun
Quote esbok 27-2-2023 11:00 AM
Siapa takut dengan uai ni. Batal gitu. Haaa
Quote asamfish 27-2-2023 11:01 AM
Ostad tak bodoh...cuma ostad tak mau ikut peraturan saja.  Ikut  lah peraturan ostad!  Takkan taktau.  Ostad kan belajar agama kuat.  Apa2 peraturan, hatta peraturan dunia sekalipun, wajib dipatuhi.  
Quote pekanwoohoo 27-2-2023 11:05 AM
Orang bodoh je dengar Azhar Idrus ni. Tak beza dengan komedi lain. Tak lawak lucah, lawak bodoh. Seks seks seks. Takde benda lain.

Kelakar betul dengan pentaksub dia ni.
Quote akuHavocczz 27-2-2023 11:11 AM
Dia nasihat kan orang ' tidak sesekali menyalahgunakan kuasa jika memilikinya kelak '. Dia pun menyalahkan kuasa bila terasa diri paling pandai sampai tak payah ikut peraturan
Quote aechae 27-2-2023 11:15 AM
Dh tau, tp menebeng jugak pastu sendiri koyak?
Quote axl_bach 27-2-2023 11:20 AM
Dah tau perlukan tauliah, mengapa x apply? Rasa entitled ??
Quote alieyrina 27-2-2023 11:21 AM
X penah dgr ceramah dia. X tertarik nak dgr
Quote Prickford 27-2-2023 11:24 AM
asamfish replied at 27-2-2023 03:01 AM
Ostad tak bodoh...cuma ostad tak mau ikut peraturan saja.  Ikut  lah peraturan ostad!  Takkan taktau ...

Cerita dia gini, UAI mmg tahu sejak azali heolls tak boleh ceramah dekat Selangor sebab heolls tak mohon pon tauliah ceramah di Selangor. Tapi masjid2 di Selangor berkeras nak heolls ceramah di Selangor. Jadi UAI suruh masjid2 yg berkenaan buat permohonan sementara kepada JAIS utk membenarkan heolls ceramah di Selangor. Pung pang dah setel, ujung2 kena cancel plak. Pak Setat plak dah mari dari Ganu ke Selangor. Sudahnya cari alternatif lain supaya tak rugi, buat kat Pandan Indah. Bukan salah heolls pon. Heolls pegi ceramah di Selangor adalah dengan jemputan dari masjid2 yg berkenaan. Apa ingat UAI desperado sangat ke pegi terjah masjid2 kat Selangor nak buat ceramah?

Quote pocongkiutss 27-2-2023 11:29 AM
Prickford replied at 27-2-2023 11:24 AM
Cerita dia gini, UAI mmg tahu sejak azali heolls tak boleh ceramah dekat Selangor sebab heolls tak ...

Itu le..yg komen2 kat atas tu nampak sgt tak baca dulu tp teruih komen
Quote Burong_Hantuk 27-2-2023 11:32 AM
harap ustaz bersabar dgn ujian ini
Quote kucingitam 27-2-2023 11:36 AM
yg komen tak tentu hala ni baca sampai abih ke dak...haha aduih..pjg lebar setat explain..
Quote Lavender85 27-2-2023 11:38 AM
Edited by Lavender85 at 27-2-2023 11:43 AM

zmn skrg byk org biadap dgn alim ulama.. Nauzubillah.. mnta jauh ada kenalan mcm ni
Quote Lavender85 27-2-2023 11:39 AM
Prickford replied at 27-2-2023 11:24 AM
Cerita dia gini, UAI mmg tahu sejak azali heolls tak boleh ceramah dekat Selangor sebab heolls tak ...

betul tu.. ada org yg mgkin hati terlalu hitam.. nmpk yg buruk je.. hati tu mmg nk nmpk cakap buruk je.. itulah sebenarnya lambang hati .. jari lagi laju dari berfikir dosa pahala asyik duk mengutuk org huhu
Quote sharlenetexas 27-2-2023 11:44 AM
Prickford replied at 27-2-2023 11:24 AM
Cerita dia gini, UAI mmg tahu sejak azali heolls tak boleh ceramah dekat Selangor sebab heolls tak ...

Kiranya dah ikut saluran tapi dibatalkan last minute.

Quote syamzana 27-2-2023 11:46 AM
asamfish replied at 27-2-2023 11:01 AM
Ostad tak bodoh...cuma ostad tak mau ikut peraturan saja.  Ikut  lah peraturan ostad!  Takkan taktau ...

bukan ke dia explained tu mmg folo the rules?
buat surat sokongan pelbagai baru blh mohon. dah dibatalkan pun depa ok je. yg merayu masjid tu, dah tak blh patutnya dah la.

iols bukan taksub uai,
x brp gemar ceramah agama tp bodo bodo pah ceroh.
response kat fb tu pun kan main kasar.
Quote prettyuglybabe 27-2-2023 11:47 AM
apa alasan ceramah tu dibatalkan bila semua permohonan dah diluluskan?
Quote Highflyer19 27-2-2023 11:49 AM
Ramai tk baca artikel dan terus kondem padahal dah siap bertulis…pihaknya sedia maklum tentang larangan penceramah tanpa tauliah berkuliah di negeri itu, lalu mengusulkan supaya surat sokongan disediakan bagi tujuan berkenan...dia pun dah sedia maklum dr awal…tu lah gunanya membaca dulu sblm   komen…
Quote bynroslan 27-2-2023 11:51 AM
Prickford replied at 27-2-2023 03:24 AM
Cerita dia gini, UAI mmg tahu sejak azali heolls tak boleh ceramah dekat Selangor sebab heolls tak ...

Nasib baik ada yg perjelaskan. Aku paham sama dah, tapi pelik tengok yg komen2 tu macam main terjah je komen. Tetibe sembang tak minat dengar dia kuliah la, marahkan pentaksub tetibe. Bukan dia rasa entitled, tapi sebab pihak2 masjid yang nak jugak panggil dia, pihak masjid la kena uruskan tauliah sementara etc tu. tapi dah kena tolak, so terpaksa la tukar ke location lain. Ada paham???

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058703 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top