JAKARTA – Sebuah klip video tular memaparkan situasi pasangan warga asing duduk menghadap antara satu sama lain di atas sebuah motosikal ketika berhenti di lampu isyarat. Detik melaporkan, berdasarkan rakaman tersebut, pemandu lelaki itu kelihatan dipeluk oleh teman wanita yang duduk di hadapannya.
Kedua-dua mereka kelihatan tidak memakai topi keledar ketika menunggang di jalan raya yang sibuk. Kejadian itu dirakam di Indonesia oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian memuat naik video tersebut di media sosial. Ketua Polis Denpasar, Bambang Yugo Pamungkas berkata, polis sedang menyiasat pihak yang menyewakan motosikal tersebut kepada pasangan tersebut. Menurut Yugo, pemilik motosikal juga perlu bertanggungjawab atas kes tersebut. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT