Netizen keliru menonton satu klip video di laman TikTok yang menunjukkan tiga kanak-kanak warga asing bermain dengan cicak tokek iaitu sejenis reptilia agresif paling digeruni oleh penduduk Thailand.
Thaiger melaporkan, cicak tokek tidak berbisa tetapi boleh bertindak agresif, manakala tempat terkena gigitannya akan mengalami pendarahan. Haiwan itu akan mengunci rahang apabila menggigit dan tidak akan melepaskan gigitannya. Dalam klip video itu, tiga kanak-kanak berkenaan dilihat sedang duduk di atas lantai sambil bergilir-gilir memegang dan membelai cicak tokek seolah-olah ia haiwan peliharaan. Haiwan yang ditunjukkan dalam klip video tersebut pula jinak dan tidak melawan apabila kanak-kanak tersebut mengambil dan bermain dengannya. Pengguna TikTok @cupisdlove menyiarkan video itu Rabu lalu bersama keterangan gambar: “Saya berjalan melintasi mereka ketika pergi ke kedai serbaneka dan menyangka cicak tokek itu adalah mainan getah. Saya melihatnya semula dan menyedari ia hidup!
Netizen Thailand menyatakan rasa kagum mereka berhubung situasi tersebut, manakala ramai juga bimbang cicak tokek itu akan memberikan gigitan yang berbahaya. Seorang netizen menulis: “Saya terkejut kerana ia tidak kelihatan marah atau cuba menggigit”. Di Thailand, sebanyak 19 spesies cicak tokek dilindungi oleh Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar. Sesiapa yang memburu atau memperdagangkan cicak tersebut boleh dihukum penjara empat tahun, denda sehingga 40,000 baht (RM5,089) atau kedua-duanya sekali. –CARI Sumber: Kosmo
|
mdhelmi replied at 27-2-2023 10:08 AM
itu charmander
besar sikit jadi charmeleon
pastu charizard
Samerosie replied at 27-2-2023 10:04 AM
Anak mat salleh ni apa je yg dia takut? Semua dia main nya.
cmf_almondpecan replied at 27-2-2023 11:49 AM
Indonesia lagi hebat. Jadi lauk terus tokek ni jual online perusahaan daging tokek asli bu aminah. ...
Samerosie replied at 27-2-2023 11:52 AM
Geli sungguh kan derang ni siap dgn gambar kat paket. I gi manila tengok keropok kulit babi dia j ...
hareeeesah replied at 27-2-2023 01:26 PM
@mdhelmi ko main pokemon gk ke? Anak aku galak dok menetas telur pokemon byk nau jenis nya..
mdhelmi replied at 27-2-2023 10:08 AM
itu charmander
besar sikit jadi charmeleon
pastu charizard
Samerosie replied at 27-2-2023 11:52 AM
Geli sungguh kan derang ni siap dgn gambar kat paket. I gi manila tengok keropok kulit babi dia j ...
green~tea replied at 27-2-2023 02:20 PM
Normalizing keropok kulit babi.. hahaha
Kat indon kulit sapi
Samerosie replied at 27-2-2023 02:31 PM
I pernah ikut geng office pinoy ni makan kat food court ke resto ke apa i tak ingat. Beriya2 ceri ...
green~tea replied at 27-2-2023 02:35 PM
Iols first time outstation obersi 2006... order omelet tp tak tahu diorg letak babi minced.. so ma ...
ADVERTISEMENT