CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penindasan Untuk Orang Susah, Rakyat Minta Bank Tambah Duit RM10, RM20 Di ATM

27-2-2023 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2046| Komen: 24

Ada segelintir rakyat berpandangan agar pihak bank meningkatkan jumlah tunai bernilai RM10 dan RM20 di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai usaha membantu rakyat yang mempunyai masalah kewangan.


Di media sosial, rata-rata orang ramai bersetuju dengan perkara terbabit.

Gambar Hiasan

“Mesin ATM yang tidak ada RM10 dan RM20 adalah penindasan untuk orang susah. Lebih lima orang dalam masa 10 minit keluar daripada kiosk ATM dengan kekecewaan,” kata pelabur bijak di Twitter.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna turut meluahkan perkara sama.

“Ingat semua orang ada beratus ke dalam bank. Aku pernah lalui. Beratur punya lah panjang, sekali bila tekan dia suruh masukkan jumlah yang lebih besar.

“Tahu tak betapa remuknya hati. RM20 itu pun duit juga tau, sepatutnya kena banyakkan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pempengaruh di Facebook Cikgu Fadhli Salleh juga mengakui pihak bank perlu perbanyakkan mesin ATM yang mempunyai tunai RM10 dan RM20.


“Bagi yang melalui sedihnya cucuk kad keluar kad akan faham. Pernah lalui saat begini,” luahnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 27-2-2023 09:56 AM
bukan kena tambah duit kecik tapi setting mesin tu supaya keluarkan duit besar utk jumlah besar,duit kecil utk jumlah kecil,bukannya habiskan duit kecil dahulu
Quote cikatilia 27-2-2023 10:01 AM
kalau mesin kaya kat umah aku semua 100 aje.
kalau nak pi pasar malam lepas tu payah semua takdak duit kicik.
Quote Thunderclouds 27-2-2023 10:16 AM
Edited by Thunderclouds at 27-2-2023 10:18 AM

No komen.
Xpernah korek rm20 kt atm waktu tgh sesak.
Rm20 tu kalo keruk sana keruk sini cek poket sluar masuk keta check kt dashboard kt armrest ada la teselit petty cash.
Leh guna waktu sesak².
Quote pengecatbintang 27-2-2023 10:23 AM
sengaja wat cam ni..

ke arah cashless society
Quote akusukaq 27-2-2023 11:11 AM
Edited by akusukaq at 27-2-2023 11:17 AM

Kurang duit didunia boleh dicari...kurang ibadah diakhirat, yg ada pahala pun jadi muflis Itu lagi rugi. Sori lari dr tajuk..sempena kedatangan bulan 2 yg mulia
Quote KamikuP 27-2-2023 11:29 AM
Ada bank bila lebih 5x pengeluarn, pengeluaran yg ke-6 dan seterusnya dia akan cas 50 sen.. macibai khuenzz bank ni
Quote sukacactus 27-2-2023 11:36 AM
Aku ni tukang ambik duit utk makcik yg dpt bantuan jkm
Sebulan dpt 250
Tp bank islam manjang note 100 je
So ada bulan yg aku bleh ambikkan 200 je la
Yg baki tu ambik la bln dpn pulak
Quote sharlenetexas 27-2-2023 11:38 AM
Bila dpt 100 sekeping tu rasa macam alah kena masuk 7e pulak ke nk pecahkan duit?

Quote asudau 27-2-2023 11:39 AM
keluar duit 100 dari bank pun, orang kedai tengok 2 - 3 kali, pastu minta duit kecik...

Quote mojarean_X 27-2-2023 11:42 AM
akusukaq replied at 27-2-2023 11:11 AM
Kurang duit didunia boleh dicari...kurang ibadah diakhirat, yg ada pahala pun jadi muflis Itu lagi r ...

like komen chuols
Quote pembacagosip 27-2-2023 11:52 AM
sokong
ada la 10, 20
ok la kan
dapat 100 pun nak beli kedai cakap x ada duit tukar
Quote ninja boy 27-2-2023 12:26 PM
Ini paksaan guna cashless
Nilai rm susut, sampai rm50 pergi kedai beli rm10, 40 simpan, pergi mydin belanja 20, baki 30 simpan,
Quote tobobon 27-2-2023 12:54 PM
Edited by tobobon at 27-2-2023 12:56 PM

lagi satu mohon semua bank set boleh tinggal RM1 dalam bank....

certain bank ada yang set min. 20, min. 50...

bayangkan dlm bank ada 11 hengget...nak keluar 10 hengget x boleh sbb bank set baki min. mesti 10 hengget ..yela tgh sesak..itu jer duit yang ada before gaji seterusnya masuk
Quote Atata 27-2-2023 01:01 PM
tobobon replied at 27-2-2023 12:54 PM
lagi satu mohon semua bank set boleh tinggal RM1 dalam bank....

certain bank ada yang set min. 20,  ...

Annoying kn. Cimb msh sampai skrg dia hold minimum balance 25 ringgit. Bank2 lain rilex ja 1 ringgit minimum balance
Quote acikhan 27-2-2023 01:04 PM
haku kalo g bank time gaji pastu kuar not rm100 alamak time nk beli brg dapo ke kat mana2 la haku risau ngan takut sbb cashier ingat duit palesu walhal duit baru bau pun wangi baru kuar bank
Quote lattehazelnut 27-2-2023 01:04 PM
Iols suka klau kuar 100 dia bg 50 dgn 5x10
Quote gigahertz 27-2-2023 01:53 PM
Atata replied at 27-2-2023 05:01 AM
Annoying kn. Cimb msh sampai skrg dia hold minimum balance 25 ringgit. Bank2 lain rilex ja 1 ringg ...

Baki tunjuk rm50 . Nak keluarkan rm40 pun x boleh.
Mana la kos sara hidup x tinggi
Quote miszclassique 27-2-2023 01:53 PM
Semalam depan i ade makcik cuba nak keluarkan duit tapi duit tak keluar, dia kata kat i duit atm tu dah habis
Dia tunjuk resit tapi i takde pulak nampak tulisan insufficient funds ke apa so makcik tu test lagi sekali, pun still sama gak
Kesian acik tu tak dapat keluar duit
Next tu turn i, boleh je duit keluar so taktau lah kad makcik tu kenapa
Quote gigahertz 27-2-2023 01:54 PM
Thunderclouds replied at 27-2-2023 02:16 AM
No komen.
Xpernah korek rm20 kt atm waktu tgh sesak.
Rm20 tu kalo keruk sana keruk sini cek poket sl ...

Bukan rm20 yg sekeping tu.
Katalah u nak withdraw rm100
Kalau ada not rm10 rm20 akan jadi
Rm 10 x 10
Rm 20 x 5
Guna sekeping balance simpan.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.261165 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top