CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Tiada Amaran, Korea Utara Terus Penjara Kanak-kanak Yang Tonton Filem Hollywood

26-2-2023 07:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1599| Komen: 17

Korea Utara akan menghukum orang awam yang menonton filem dan program televisyen terbitan Barat.

Daily Star melaporkan, kanak-kanak dan ibu bapa mereka akan dipenjara jika ditangkap menonton filem Hollywood.


Terdahulu, orang awam akan diberi amaran keras jika didapati menonton filem Barat, tetapi tiada lagi kelonggaran untuk ibu bapa dan anak-anak mereka yang terdedah kepada budaya Barat, Radio Free Asia.


Gambar hiasan/Reuters

Di bawah peraturan baharu, kanak-kanak yang didapati menonton filem Marvel boleh dihukum penjara lima tahun, manakala ibu bapa mereka ditahan selama enam bulan.

Malah, sesiapa yang bercakap, menari atau menyanyi seperti orang Korea Selatan juga berdepan hukuman keras baik untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Arahan terbaharu itu menekankan tanggung jawab ibu bapa dengan mengatakan bahawa pendidikan kanak-kanak bermula di rumah, kata sumber kepada Radio Free Asia.


“Jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dari semasa ke semasa, mereka akan menari dan bernyanyi mengikut budaya kapitalisme dan menjadi antisosialis,” katanya.

Terdapat permintaan besar untuk media Barat di Korea Utara yang terasing dari dunia luar di bawah pemerintahan Pemimpin Tertinggi, Kim Jong-un, namun sesiapa yang disabitkan bersalah menjual video seludup boleh dihukum mati.

Menurut laporan, dua remaja didapati bersalah menonton dan berkongsi filem Korea Selatan telah dihukum mati oleh skuad penembak di bandar Hyesan, dekat sempadan China pada Oktober 2022.

Difahamkan, China merupakan sumber utama bagi salinan rampasan filem dan muzik dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) yang diseludup ke Pyongyang dalam bentuk pemacu USB dan CD.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 26-2-2023 07:44 PM
Seram akak tengok budak2 perempuan tu peluk2 Jong Un. Terbayang beberapa tahun kemudian bila meka dah remaja si Jong Un pilih untuk jadik gundik @ hamba seks samada untuk heols atau pegawai lain dalam kerajaan heols.
Quote Tinot7 26-2-2023 07:57 PM
dua_chzy replied at 26-2-2023 07:44 PM
Seram akak tengok budak2 perempuan tu peluk2 Jong Un. Terbayang beberapa tahun kemudian bila meka da ...

Sbb tu muka belah kanan tu rupa tak rela..
Quote nakkomenjugak 26-2-2023 08:45 PM
sukurrrr iol tak dilahirkan di nk
iol tak nak ditembak mati hanya kerana iol verangan jadik lisa hitampink
Quote CikYaYaYa 26-2-2023 09:17 PM
Yang pelik2 jer NK nie. Btw si jung on nie ada lagi ka?? sebelum nie ada gosip heols sakit teroks kan?
Quote plywood 26-2-2023 09:21 PM
Ni jer cara untuk kekalkan kuasa pemerintahan dia.... brainwash rakyat dia sendiri
Quote sharlenetexas 26-2-2023 09:23 PM
Budak2 tu kurus kering tak cukup zat?

Quote Burong_Hantuk 26-2-2023 09:37 PM
Bala n suwey ddk kat Korea utara ni
Quote misc 26-2-2023 09:40 PM
Kesiannya.              
Quote krustykrab 26-2-2023 09:44 PM
Taliban versi korea
Quote swateng1 27-2-2023 11:41 AM
PEMERINTAH PUN GILA.SERAMMMM.. JENIS KURUNG RAKYAT NI.
Quote ifanonline 27-2-2023 11:43 AM
korea utara ni kena bersahabat dgn Russia and China
Quote vanillaninja 27-2-2023 11:59 AM
Serabut betul I tengok rambut Kim Jong Un ni. Rasa nak tarik2.
Quote alieyrina 27-2-2023 12:00 PM
Gila la hang ni
Quote Sazreena 27-2-2023 02:01 PM
Rakyat tak boleh tapi dia kemain mmcm ceta tgk.
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:22 PM
Gila betol eh
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:22 PM
tapi kenapa macam tu kesian budak budak
Quote habisnamadahni 28-2-2023 10:44 PM
sampai mcm tu skalii...terkongkongg betul rakyat Nk

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058612 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top