Seorang kelasi yang selamat selepas hilang berminggu di laut kini 'diburu' syarikat pemprosesan makanan Heinz. CNN melaporkan, Heinz dalam proses menjejaki Elvis Francois kerana berjaya bertahan di tengah lautan dengan bantuan sos tomato keluaran syarikat itu.
Difahamkan, Heinz juga meluaskan pencarian di sosial media bulan ini dengan harapan dapat menjejaki lelaki dari Dominica itu termasuk tentera laut Colombia yang menyelamatkannya. Menurut satu kenyataan yang dikongsi dengan CNN melalui e-mel, pencarian kelasi yang hilang di barat laut Puerto Bolivar Colombia setakat ini belum berjaya. Justeru, syarikat ini meminta bantuan orang ramai memberi info mengenai keberadaan Francois. "Kami juga meminta mana-mana petunjuk yang boleh dipercayai untuk menghubungi Elvis supaya kami boleh membantu menampung bot baharu yang dilengkapi dengan teknologi navigasi penuh untuk mengelakkan bencana lain pada masa hadapan," tambah syarikat itu.
Dalam pada itu, Heinz juga mencadangkan pengguna media sosial menggunakan tanda pagar #FindTheKetchupBoatGuy dalam pencarian mereka. Terdahulu, Francois yang sedang membaiki botnya berhampiran bahagian Belanda di pulau Saint Martin pada Disember hilang di lautan selepas botnya hanyut. Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu pihak berkuasa Colombia dia tidak mempunyai pengetahuan pelayaran untuk kembali ke pantai dan menghabiskan 24 hari di laut malah berjaya hidup dengan sebotol sos tomato, serbuk bawang putih, dan kiub stok Maggi yang dibancuh dengan air. Menurut pihak berkuasa Colombia, Francois diselamatkan selepas sebuah pesawat melihat tulisan “bantuan” terukir di bot. Sumber: AWANI
|
sharlenetexas replied at 26-2-2023 07:07 PM
Tomato tak elok sgt utk yg pedih ulu hati.
Samerosie replied at 26-2-2023 07:05 PM
Untung la life long supply of heinz product. Mcm ni boleh anak ramai sebab half the food cost dah f ...
ADVERTISEMENT