CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Termasuk Pesakit Maut Pesawat Perubatan Terhempas Lepas Hilang Dari Radar

26-2-2023 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 546| Komen: 0

Pesawat perubatan yang terhempas di kawasan pergunungan Nevada, barat Amerika Syarikat (AS) meragut lima nyawa termasuk pesakit.

Menurut laporan, pesawat itu hilang dari radar pada Jumaat lalu di luar bandar Stagecoach, berhampiran sempadan Nevada dengan California.



Jason Bean/AP

“Kami menerima maklumat dari Jabatan Bomba Lyon Tengah bahawa semua penumpang yang menaiki pesawat itu terkorban dalam nahas tersebut.

“Pihak kami mengucapkan takziah kepada keluarga mereka,” kata REMSA Health dalam satu kenyataan.

Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa seorang jururawat, paramedik, pesakit dan ahli keluarga pesakit.

Nahas yang meragut nyawa juruterbang, jururawat, paramedik, pesakit dan ahli keluarganya itu berlaku di tengah-tengah amaran ribut musim sejuk yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Reno untuk sebahagian besar Nevada, termasuk di bahagian Lyon. 



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.123973 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top