Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dalam hantaran di laman sosial memaklumkan sudah mendapat restu daripada bapanya yang juga Presiden UMNO untuk bertanding sebagai Calon Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk.
Nurulhidayah akan mencabar penyandang jawatan itu iaitu Zarozatin Isa atau dikenali sebagai Cik Zatin. “Saya telah meminta greenlight (lampu hijau) pada mulanya dengan ketua bahagian kami dan beliau tiada halangan jika ia adalah pertandingan yang sihat. “Abah saya pesan, jangan gaduh dengan sesiapa,” jelas beliau. Malah, beliau sendiri sudah bertemu dengan Zarozatin bagi menyuarakan hasrat tersebut dan memohon maaf kerana menawarkan diri untuk bertanding.
“Cik Zatin berbesar hati dan berkata kepada saya, ‘kita bertanding dengan sihat,” katanya. Sedar laluan untuk memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk tidak akan mudah walaupun bapanya merupakan presiden parti dan ketua bahagian, Nurulhidayah akan bekerja dengan lebih keras untuk memastikan kemenangan dicapai. - CARI
|
ADVERTISEMENT