CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UNDI18 Tak Setuju 2 Pelajar SPM Ditahan, Gesa Seksyen 233 Akta SKMM Dimansuhkan

26-2-2023 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1462| Komen: 13

Penangkapan dua pelajar yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan soalan subjek Sejarah pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dipersetujui Persatuan Pengundi Muda (UNDI18) kerana khuatir fokus serta emosi kedua-dua pelajar berkenaan terganggu, lapor Utusan. 


“Susulan dengan penangkapan yang dikenakan ke atas dua remaja lelaki yang juga merupakan pelajar sekolah yang sedang menduduki SPM adalah tindakan yang tidak wajar dan kurang tepat. 



“Mereka kini akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. 

“Perkara ini secara tidak langsung akan mengganggu fokus dan emosi pelajar tersebut yang masih menduduki peperiksaan SPM tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, polis menahan dua remaja yang berusia 18 tahun selepas menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun semalam kerana mengeluarkan kata-kata kesat selepas menjawab ujian berkenaan.


“Tindakan seorang guru yang membuat laporan polis berkenaan isu ini sehingga berlaku tangkapan ke atas pelajar terbabit merupakan satu tindakkan yang tidak wajar dan kurang tepat. 

“Sebaliknya, guru tersebut boleh membuat laporan terus ke sekolah pelajar berkenaan berdasarkan maklumat identiti lencana sekolah yang dipakai pelajar tersebut dan lembaga disiplin sekolah serta unit bimbingan dan kaunseling sekolah perlu memainkan langkah proaktif awal dalam menasihati mereka yang terlibat sebagai usaha membendung perkara-perkara seumpanya berulang," tambahnya.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu juga menegaskan bahawa mereka masih pelajar sekolah selain kurang pendedahan mengenai bahaya menggunakan platform media sosial untuk tujuan yang salah. 

Sehubungan itu, mereka menggesa Seksyen 233 Akta SKMM dimansuhkan supaya akta tersebut tidak disalahgunakan pada masa akan datang bagi menjamin hak kebebasan bersuara menerusi platform media sosial. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 26-2-2023 06:30 PM
"masih pelajar sekolah"
tapi umur dah dikira 18 ye takdelah kecik pun dah boleh mengundi
Quote Decaffeinated 26-2-2023 07:23 PM
apa budak tu kata?
Quote Decaffeinated 26-2-2023 07:26 PM
miszclassique replied at 26-2-2023 06:30 PM
"masih pelajar sekolah"
tapi umur dah dikira 18 ye takdelah kecik pun dah boleh mengundi

bukan semua calon dah cecah 18 tahun.

Quote dua_chzy 26-2-2023 07:46 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2023 11:23 AM
apa budak tu kata?

Kepada yang buat kertas spm sejarah.. ni haa bu8uh mak engkau.. lan8au singapore babi..orang tak baca anjing...singapore kepala bu8uh engkau singapore.. kau ingat aku kisahkah dengan singapore tu bodoh.. singapore tu dahlah miskin.. air pun pakai air malaysia.. bangang...tetiba.. ................ ........ perlembagaanlah.. semua lan8aulah.. buat penat aku baca tak masuk gak




Kredit : @plywood
Quote Decaffeinated 26-2-2023 08:25 PM
dua_chzy replied at 26-2-2023 07:46 PM
Kepada yang buat kertas spm sejarah.. ni haa bu8uh mak engkau.. lan8au singapore babi..orang tak b ...

Tengs.  Baru ja skodeng kat rumah sebelah.

Quote Skuau 26-2-2023 08:31 PM
maki hamun 'biasa'...bg bdk 'level camtu'.cuba tgk maki hamun kt forum ni...
Quote matamata 26-2-2023 08:35 PM
Kurang terdedah pada media sosial....???...lame nya alasan
Quote fullmoon 26-2-2023 08:43 PM
Bole dakwa mencarut je kot
Quote riyadhK 27-2-2023 12:15 AM
Cikgu yang buat laporan polis tu Cikgu yang gubal soalan Sejarah spm ke? Bitter nau
Quote helicornia 27-2-2023 08:48 AM
Klu I pun akan buat repot.bukan takat kecam soalan exam, pi hina negara org pulak. Mmg cari pasal
Quote s@s@ 27-2-2023 09:32 AM
tunggu la habis exam dulu baru nak tahan pun.
Quote lostnfaun 27-2-2023 09:32 AM
helicornia replied at 27-2-2023 08:48 AM
Klu I pun akan buat repot.bukan takat kecam soalan exam, pi hina negara org pulak. Mmg cari pasal

Betul tue, bio polis tangkap bg merasa tido lokap. Bila asik dimanjakan itu ini tak boleh lama² mrk ingat semua yg mrk buat tue betul.
Quote intan244 28-2-2023 02:35 PM
kenapa dia maki. soalan susah ke apa.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.065898 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top