CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Cef Terkenal Britain Peluk Islam Elak Ambil Dadah

26-2-2023 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4199| Komen: 38

Bagi mengelak daripada mengambil dadah, anak cef terkenal Britain yang baru-baru ini dibebaskan selepas setahun dipenjara, memeluk Islam.

Daily Mail dipetik Kosmo! Online melaporkan, anak kepada cef terkenal, Marco Pierre White Snr. iaitu Marco Pierre White Jr, 28, berjanji tidak akan mengambil dadah lagi selepas membelanjakan lebih £1 juta (RM530 juta) untuk pemulihan.



Metro/ITV/REX/Shutterstock

Marco dipenjara selepas didapati bersalah mencuri di kedai, memiliki pisau, memiliki heroin dan mendera seorang pengawal keselamatan pasar raya.

Difahamkan, bintang Celebrity Big Brother itu yang mula mengambil dadah pada usia 13 tahun, mendapat sokongan bapanya selepas menjadi seorang Muslim ketika berjuang untuk kekal bersih’ dan kini merancang untuk mengikut jejak langkah bapanya sebagai seorang cef.

Bercakap secara eksklusif kepada MailOnline, Marco yang bertatu tebal mengaku: “Lebih daripada £1 juta telah membazir kerana ketagihan saya. Tetapi, Islam telah membantu saya melalui segala-galanya”.


Marco sedar dan nekad berubah selepas menjalani pemulihan sebanyak 17 kali dan dipenjara. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 26-2-2023 06:17 PM
Masuk Islam sebab nak atasi ketagihan? buang kulop dah ke belum?
Quote Antifake 26-2-2023 06:17 PM
Alhamdulillah. Bertambah saudara seislam
Quote green~tea 26-2-2023 06:21 PM
Ngeri plak tengok both anak & ayah
Quote JunkMail 26-2-2023 06:23 PM
Celah mana pulak £1 juta = RM530 juta??
Quote harkktuih 26-2-2023 06:25 PM
£1 juta = RM530 juta

Quote sharfox 26-2-2023 06:43 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2023 06:17 PM
Masuk Islam sebab nak atasi ketagihan? buang kulop dah ke belum?

Dia ketagih dadah bukan ketagih sex
Quote cmf_almondpecan 26-2-2023 06:55 PM
JunkMail replied at 26-2-2023 06:23 PM
Celah mana pulak £1 juta = RM530 juta??

Terlebih 100 kali
Quote Decaffeinated 26-2-2023 06:56 PM
sharfox replied at 26-2-2023 06:43 PM
Dia ketagih dadah bukan ketagih sex

Faham.

But still kena buang kulop kan?

Quote nakkomenjugak 26-2-2023 06:56 PM
marco sr ni masa muda rembes jugakkkk
ala2 badboy gitchewwww
heol mampu buat ramsay dan motiara khorsani iols nangis gitchewww
Quote Tinot7 26-2-2023 08:00 PM
nakkomenjugak replied at 26-2-2023 06:56 PM
marco sr ni masa muda rembes jugakkkk
ala2 badboy gitchewwww
heol mampu buat ramsay dan motiara kho ...

Ramsay ni amender?
Quote Tinot7 26-2-2023 08:01 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2023 06:56 PM
Faham.

But still kena buang kulop kan?

Sapa ajaq hang ni?
Quote ctaz 26-2-2023 08:09 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2023 06:56 PM
Faham.

But still kena buang kulop kan?

mabuk ketum ke bro.....
masuk agama yahudi pun kena buang kulup bro...
Quote Decaffeinated 26-2-2023 08:38 PM
ctaz replied at 26-2-2023 08:09 PM
mabuk ketum ke bro.....
masuk agama yahudi pun kena buang kulup bro...

apa yang mabuk ketum aku tanya kena buang kulop ka tidak, yes or no?
masuk agama yahudi, how?

Quote nakkomenjugak 26-2-2023 08:42 PM
Tinot7 replied at 26-2-2023 08:00 PM
Ramsay ni amender?

acik gordon ramsayyyy
heols kan time mudamudi training bawah acik marco nehhh
Quote ctaz 26-2-2023 08:59 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2023 08:38 PM
apa yang mabuk ketum aku tanya kena buang kulop ka tidak, yes or no?
masuk agama yahudi, how?

HAHAHAHA.....
Quote plywood 26-2-2023 09:04 PM

hahah jadi kelakar gila tengok chow yun fat tepuk tangan
Quote Tinot7 26-2-2023 09:46 PM
nakkomenjugak replied at 26-2-2023 08:42 PM
acik gordon ramsayyyy
heols kan time mudamudi training bawah acik marco nehhh

Pak gordon bknnya gayah.. watpe mutiara dia berdegung?

Mutiara kaka berdegung, iols paham la taste kaka mcm tu..
Quote purplelilac 26-2-2023 09:55 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2023 08:38 PM
apa yang mabuk ketum aku tanya kena buang kulop ka tidak, yes or no?
masuk agama yahudi, how?

Jika mualaf tersebut berkemampuan untuk berkhatan, maka lakukanlah. If tak mampu atau tidak bersedia lagi untuk melakukannya, maka tangguhkanlah terlebih dahulu sehingga dia bersedia untuk melakukannya.
Quote kakikuDibibirmu 26-2-2023 10:01 PM
cmf_almondpecan replied at 26-2-2023 06:55 PM
Terlebih 100 kali

Terlebih tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074094 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top