Bagi mengelak daripada mengambil dadah, anak cef terkenal Britain yang baru-baru ini dibebaskan selepas setahun dipenjara, memeluk Islam.
Daily Mail dipetik Kosmo! Online melaporkan, anak kepada cef terkenal, Marco Pierre White Snr. iaitu Marco Pierre White Jr, 28, berjanji tidak akan mengambil dadah lagi selepas membelanjakan lebih £1 juta (RM530 juta) untuk pemulihan.
 Metro/ITV/REX/Shutterstock
Marco dipenjara selepas didapati bersalah mencuri di kedai, memiliki pisau, memiliki heroin dan mendera seorang pengawal keselamatan pasar raya.
Difahamkan, bintang Celebrity Big Brother itu yang mula mengambil dadah pada usia 13 tahun, mendapat sokongan bapanya selepas menjadi seorang Muslim ketika berjuang untuk kekal bersih’ dan kini merancang untuk mengikut jejak langkah bapanya sebagai seorang cef.
Bercakap secara eksklusif kepada MailOnline, Marco yang bertatu tebal mengaku: “Lebih daripada £1 juta telah membazir kerana ketagihan saya. Tetapi, Islam telah membantu saya melalui segala-galanya”.
Marco sedar dan nekad berubah selepas menjalani pemulihan sebanyak 17 kali dan dipenjara. - CARI |