Bekas suami model Hong Kong, Abby Choi yang dibunuh kejam ditahan polis di kawasan pantai Tung Chung kira-kira jam 1 tengah hari pada Sabtu. SCMP dipetik Harian Metro melaporkan, lelaki itu berkemungkinan sedang menunggu bot laju untuk melarikan diri dari bandar secara haram.
Pembunuhan itu yang sebelum ini disifatkan sebagai pembunuhan "terancang", terbongkar semalam apabila polis menemui bahagian mayat Choi di sebuah rumah di Lung Mei Tsuen Tai Po. Pihak berkuasa berkata, jenayah berkenaan dipercayai dirancang bekas bapa mertua Choi dipercayai berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan pengendalian sebuah kediaman mewah. Media sebelum ini melaporkan, polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan membabitkan bapa mentua, ibu mentua dan abang ipar mangsa. Choi yang dilaporkan hilang pada Selasa, mayatnya ditemui di sebuah rumah kampung yang didirikan sebagai tapak penyembelihan, kata polis.
Sebahagian anggota badan mangsa telah ditemui di dalam peti sejuk, namun polis masih mencari kepalanya. Menurut laporan, rumah yang menjadi lokasi pembunuhan itu dilengkapi gergaji elektrik dan pengisar daging yang telah digunakan untuk mengisar daging manusia. Selain itu, terdapat dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian. - CARI
|
_blackbird replied at 25-2-2023 05:57 PM
apa yg aku baca ni
SalenaGomez replied at 25-2-2023 10:01 AM
Kannnn …serammm kejam gila kot…dah laa buat keje berjemaah
Kesian anak dia …hilang ibu, family ...
SalenaGomez replied at 25-2-2023 06:01 PM
Kannnn …serammm kejam gila kot…dah laa buat keje berjemaah
Kesian anak dia …hilang ibu, family ...
she replied at 25-2-2023 06:39 PM
Kisah sama macam pembaca berita popular di sana
Berskandal dengan somebody
Sampai dah preknen 8 bula ...
wikedsaikel replied at 25-2-2023 06:08 PM
Teringat pada kes dah lepas bunuh, masak kari. Lupa details. Tapi kat Malaysia la.
_blackbird replied at 25-2-2023 06:05 PM
tak baik bazir. kalau dah siap ada mesin pengisar & tempat rebus, lebih baik buat pai pastu derma ...
Raline replied at 25-2-2023 06:20 PM
grouper replied at 25-2-2023 11:49 AM
Tgk le cite breaking bad nak lupus mayat mcm mana...x pun dexter
ADVERTISEMENT