CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7962|Reply: 102

Polis berjaya tahan bekas suami model yang dibunuh dan dikerat

[Copy link]
Post time 25-2-2023 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Polis berjaya tahan bekas suami model yang dibunuh dan dikerat


Abby Choi. - FOTO Instagram


Hong Kong: Polis telah menahan bekas suami Abby Choi, model Hong Kong yang dibunuh kejam.

SCMP melaporkan, lelaki berkenaan ditangkap di kawasan pantai Tung Chung kira-kira jam 1 tengah hari pada Sabtu.

"Kemungkinan dia sedang menunggu bot laju untuk melarikan diri dari bandar secara haram," kata laporan itu.

Pihak berkuasa menyifatkan pembunuhan itu sebagai "terancang" namun ia terbongkar semalam apabila polis menemui bahagian mayat Choi di sebuah rumah di Lung Mei Tsuen Tai Po.

Choi dilaporkan hilang pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa, jenayah berkenaan dipercayai telah dirancang oleh bekas bapa mertua Choi yang merupakan bekas pegawai.

Menurut sumber, ia dikatakan berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan pengendalian sebuah kediaman mewah.

Sebelum ini media melaporkan, polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan membabitkan bapa mentua, ibu mentua dan abang ipar mangsa.

Sebahagian mayat Choi ditemui di sebuah rumah kampung yang didirikan sebagai tapak penyembelihan, kata polis.

Ketika ini polis masih mencari kepala mangsa.

Polis berkata, sebahagian anggota badan mangsa telah ditemui di dalam peti sejuk.

Rumah yang menjadi lokasi pembunuhan itu berlaku dilengkapi gergaji elektrik dan pengisar daging yang telah digunakan untuk mengisar daging manusia.

Terdapat dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... dibunuh-dan-dikerat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2023 05:57 PM | Show all posts
apa yg aku baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 25-2-2023 05:57 PM
apa yg aku baca ni

Kannnn …serammm kejam gila kot…dah laa buat keje berjemaah

Kesian anak dia …hilang ibu, family bapak pulak perangai mcm ni

SG rasa diorg rebus2 tu nak dispose mayat tu supaya x dijumpai n bau busuk mayat hilang…
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 06:05 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 25-2-2023 10:01 AM
Kannnn …serammm kejam gila kot…dah laa buat keje berjemaah

Kesian anak dia …hilang ibu, family ...

tak baik bazir. kalau dah siap ada mesin pengisar & tempat rebus, lebih baik buat pai pastu derma kat org susah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 25-2-2023 06:01 PM
Kannnn …serammm kejam gila kot…dah laa buat keje berjemaah

Kesian anak dia …hilang ibu, family ...

Teringat pada kes dah lepas bunuh, masak kari. Lupa details. Tapi kat Malaysia la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2023 06:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam gila suami dan keluarga mertua..kesian family sendiri..sanggup ye berjemaah kerat dan rebus
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler
Lawa2 camtu je dibazirkan.
Ada anak kan? Apa yg otak memasing pikir bila bunuh seorang ibu?
Gitulaaa bila duit dianggap Tuhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah sama macam pembaca berita popular di sana
Berskandal dengan somebody
Sampai dah preknen 8 bulan
Bini skandal culik dan bunuh
Pastukan awet jadikan dia patung
Siap jadi pameran
Isteri skandal tu ala2 Rosmah
Cuma dia tak C4
Dia awet helokkkk sekali dengan baby dalam perot

(Ini cerita lain tapi dari negara sama)
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 25-2-2023 06:39 PM
Kisah sama macam pembaca berita popular di sana
Berskandal dengan somebody
Sampai dah preknen 8 bula ...

Ohh pembaca berita kn? Psal dia mmg tde lsg kt google. Hilang gtu je mcm tk pnh wujud.
Sape nth yg curious patung tu mcm pembaca berita yg hilang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu gergaji letrik dan pengisar daging tu buanglah?

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 07:47 PM | Show all posts

Bekas Suami Ditahan, Kepala Model Masih Dicari-cari

Bekas suami model Hong Kong, Abby Choi yang dibunuh kejam ditahan polis di kawasan pantai Tung Chung kira-kira jam 1 tengah hari pada Sabtu.


SCMP dipetik Harian Metro melaporkan, lelaki itu berkemungkinan sedang menunggu bot laju untuk melarikan diri dari bandar secara haram.


Pembunuhan itu yang sebelum ini disifatkan sebagai pembunuhan "terancang", terbongkar semalam apabila polis menemui bahagian mayat Choi di sebuah rumah di Lung Mei Tsuen Tai Po.




Abby Choi. - FOTO Instagram





Pihak berkuasa berkata, jenayah berkenaan dipercayai dirancang bekas bapa mertua Choi dipercayai berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan pengendalian sebuah kediaman mewah.


Media sebelum ini melaporkan, polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan membabitkan bapa mentua, ibu mentua dan abang ipar mangsa.


Choi yang dilaporkan hilang pada Selasa, mayatnya ditemui di sebuah rumah kampung yang didirikan sebagai tapak penyembelihan, kata polis.


Sebahagian anggota badan mangsa telah ditemui di dalam peti sejuk, namun polis masih mencari kepalanya.


Menurut laporan, rumah yang menjadi lokasi pembunuhan itu dilengkapi gergaji elektrik dan pengisar daging yang telah digunakan untuk mengisar daging manusia. Selain itu, terdapat dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk le cite breaking bad nak lupus mayat mcm mana...x pun dexter
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 25-2-2023 06:08 PM
Teringat pada kes dah lepas bunuh, masak kari. Lupa details. Tapi kat Malaysia la.

Huissshhh yg ni pernah tahuuuuu…ingat indon je yg pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 25-2-2023 06:05 PM
tak baik bazir. kalau dah siap ada mesin pengisar & tempat rebus, lebih baik buat pai pastu derma  ...

Ohhhhmaiiiii…tidakkk…
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 25-2-2023 06:20 PM

Ada x possibility kepala tu buat pemujaan???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka macam atantuya..pengakhiran idup pun hampir sama..
Moralnya jangan tamak sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 25-2-2023 11:49 AM
Tgk le cite breaking bad nak lupus mayat mcm mana...x pun dexter

tapi dorang tak sebijak walter white atau mike. kang jadi mcm jesse sampai roboh tab mandi dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhaiii seramnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa aku baca ni . Mcm tokleh brain. Keji kejam jijik. Tp mmg teringt zalina azman pi mana..x balik2... risau btul aku mengalah kan anak dia.ya allh lindungi lah dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.483243 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list