CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Tak Boleh Move On Dapat Hadiah Perkahwinan Terhebat, Siap Bersalam Dengan Agong!

24-2-2023 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7391| Komen: 86

Sepasang pengantin memperoleh 'kebahagiaan berganda' apabila bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan penuh bermakna yang tidak disangka-sangka itu berlaku di sebuah hotel ketika pengantin berjalan ke majlis resepsi yang berlangsung di sebuah 'grand ballroom'.



mStar/IG @nextchapter_my

Dakshayni Kumareasan berkongsi kenangan manis itu berkata, majlis resepsi perkahwinannya berlangsung di Hotel Shangri-La di Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Katanya, jurugambar memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong secara kebetulan turut berada di hotel tersebut, sebelum mendapat perkenan menghadap baginda.

"Jika sebelum ini saya sering mendengar tentang raja berjiwa rakyat menerusi TV dan media, saya tidak menyangka dapat merasai pengalaman itu sendiri.


IG @nextchapter_my

"Perasaan saya terlalu nervous seperti ada 'butterfly in the stomach'. Ini pertama kali saya berhadapan dengan baginda," katanya kepada mStar.

Katanya, baginda turut tertarik dengan konvoi melibatkan kira-kira 60 motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang mengiringi perjalanan mereka dari Ampang ke hotel berkenaan.

"Konvoi Harley Davidson itu diaturkan oleh ayah dan bapa saudara untuk majlis perkahwinan kami,” katanya, sambil menambah bapa saudaranya yang lebih dikenali sebagai Datuk Anand, merupakan presiden Shadowfax MC, kelab yang aktif dengan aktiviti permotoran, termasuk motosikal Harley Davidson.


IG @nextchapter_my

Dalam masa sama, Dakshayni dan suami turut berkesempatan bertemu anak baginda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Puteri Iman Afzan.

Pertemuan bersama Agong kira-kira 10 hingga 15 minit itu amat bermakna buat pasangan berkenaan, malah 800 tetamu yang hadir turut dikejutkan dengan paparan gambar pasangan pengantin bersama baginda menerusi skrin besar di dalam dewan.


IG @nextchapter_my

"Baginda seorang yang soft-spoken, sangat peramah dan begitu mengambil berat... baginda bertanya khabar dan tentang kami," katanya.

Mereka yang masih tidak percaya dengan pertemuan itu juga teruja dapat bersalaman dan menerima ucapan tahniah daripada baginda.

"Jujurnya, saya dan suami sangat gembira dan bertuah. Momen bersama Agong menjadikan majlis perkahwinan kami begitu istimewa.


IG @nextchapter_my

"Satu peluang yang mungkin berlaku sekali seumur hidup. Sampai sekarang saya masih tak boleh move on," kata Dakshayni yang begitu teruja. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 24-2-2023 02:31 PM
banyak banyak DYM Agong, ini yg paling aku respect & hormat...org terpelajar & berilmu
Quote sumijelly 24-2-2023 03:12 PM
rezeki pengantin baru
Quote Orenn1 24-2-2023 03:41 PM
Huh takde apa yg hebatnya, aku pnh berparty dgn dia siap tgk dgn mata kepala sendiri true colour dia di belakng taberrr ‘minumlqh arak utk negara’ laung tok laki makcik azmi sambil angkat tinggi gelas beer ke apa ntah yg dia minum lol makcik azmi jah perasan tok laki dia cinta mati, padahal dulu tok laki dulu busy berpeleserann dgn pompuans muda lol
Quote Orenn1 24-2-2023 03:59 PM
Saja ulang tayang kesahhh dgn tok laki makcik azmi, harapnya makcik azmi baca di belakang taberrrr lol kohkohkohhh
Quote Paiya 24-2-2023 06:07 PM
Orenn1 replied at 24-2-2023 03:41 PM
Huh takde apa yg hebatnya, aku pnh berparty dgn dia siap tgk dgn mata kepala sendiri true colour dia ...

jgn buka aib.....
itu raja kita

gitu aku nasihatkan oyen..haha



Quote emera 24-2-2023 06:30 PM
Orenn1 replied at 24-2-2023 03:59 PM
Saja ulang tayang kesahhh dgn tok laki makcik azmi, harapnya makcik azmi baca di belakang taberrrr l ...

Rindu pulak aku nk tgk ko gadoh dgn beliyau..
Quote jfq 24-2-2023 06:35 PM
Serupa wedding malays
Quote green~tea 24-2-2023 06:37 PM
Orenn1 replied at 24-2-2023 03:41 PM
Huh takde apa yg hebatnya, aku pnh berparty dgn dia siap tgk dgn mata kepala sendiri true colour dia ...

Tiada yang bener melain kan yang benerrr kekdah nya

Malu lah Sukan untok Negara

Quote green~tea 24-2-2023 06:37 PM
jfq replied at 24-2-2023 06:35 PM
Serupa wedding malays

Recycle pelamin je

Quote che-cikL 24-2-2023 06:45 PM
Ini mesti segala jenis kelulusan seisi keluarga letak abis kat dlm invitation card.
Quote LadyCarefree 24-2-2023 08:10 PM
Simunggu replied at 24-2-2023 01:31 PM
banyak banyak DYM Agong, ini yg paling aku respect & hormat...org terpelajar & berilmu

Biar benar.
Quote likilu 24-2-2023 08:11 PM
Nak move on kemana dah break up ke apa
Quote LadyCarefree 24-2-2023 08:11 PM
emera replied at 24-2-2023 05:30 PM
Rindu pulak aku nk tgk ko gadoh dgn beliyau..

oren gaduh dgn azmee?
Quote dudaberhias 24-2-2023 08:37 PM
Orenn1 replied at 24-2-2023 03:41 PM
Huh takde apa yg hebatnya, aku pnh berparty dgn dia siap tgk dgn mata kepala sendiri true colour dia ...

kebenaran itu pahit untuk di telan agittewww kaka kan
Quote nurkasih74 24-2-2023 08:43 PM
Teringat agong yg b4 ni..org dok agung2kan.. zuhud lah apelah…ujung2…mmg takyah laa nak percaya sgt..depa ada image consultant..protocol team semua…
Quote mojarean_X 24-2-2023 08:53 PM
Looking forward Agong dari Johor. Dgr citer pandai msk juga mcm adik dia
Quote Orenn1 24-2-2023 09:03 PM
Paiya replied at 24-2-2023 10:07 AM
jgn buka aib.....
itu raja kita

lol

makcik azmi klu ada belakang taberrrr harusss ketappp beberrr baca posting aku
Quote Orenn1 24-2-2023 09:07 PM
emera replied at 24-2-2023 10:30 AM
Rindu pulak aku nk tgk ko gadoh dgn beliyau..

Lama dah dia tak masok, cepatt sentapp makcikkk tu, dia ingat semua org nak sembah ratu kat dia huh masa tok laki dia baru naik pangkat ada jah dia ambil peluang utk takutkan forum cari, nampak tak level makcik tu, gadoh2 kat forum bila dia ada pangkat tinggi dia nak gertakkk kita sampai buat statement satu negara. Shame!
Quote Nham22 24-2-2023 09:08 PM
Orenn1 replied at 24-2-2023 03:41 PM
Huh takde apa yg hebatnya, aku pnh berparty dgn dia siap tgk dgn mata kepala sendiri true colour dia ...

Prangai berpeleseran dgn pompuan tu lame dah org tau... Cume laki die depan rakyat lain... True color die mcm arwah ayah die lerrr.. Mewarisi sungguhhh... Harap anak2x die x ikutlaaa...

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055064 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top