CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

62 Jemaah Umrah Terkandas Di Jakarta Dah Berlepas Ke Tanah Suci

24-2-2023 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1611| Komen: 10

Jemaah umrah yang terkandas di Jakarta, selamat berlepas ke Tanah Suci menggunakan penerbangan Saudi Airlines pada pagi Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan pengurusan EMRAZ Travel & Tours.


Mereka yang mengalami kelewatan penerbangan akibat masalah teknikal berlepas secara tiga peringkat sejak awal pagi tadi, lapor Sinar Harian.


Utusan TV

Penerbangan kumpulan pertama akan tiba di Jeddah, Arab Saudi pada jam 11.28 pagi mengikut waktu negara berkenaan dan bersamaan jam 4.28 petang waktu Malaysia manakala kumpulan jemaah terakhir berlepas jam 11.45 pagi Jumaat.

"Isu kelewatan timbul akibat masalah teknikal melibatkan tiket penerbangan yang menyebabkan jemaah umrah tersebut tidak dibenarkan untuk mendaftar masuk ke penerbangan dari Jakarta ke Jeddah.

"Tindakan pantas pihak pengurusan syarikat telah berjaya menyelesaikan isu berkenaan dan jemaah yang terkesan telah dibawa ke hotel penginapan sementara menunggu jadual penerbangan mereka yang berikutnya.


"Situasi ini boleh berlaku sewaktu transit terutama melibatkan musim yang padat seperti cuti sekolah dan pihak syarikat sentiasa memastikan kebajikan jemaah sentiasa dijaga," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian semalam melaporkan 62 jemaah umrah dari Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, berikutan ditahan pihak berkuasa Indonesia susulan tiada tiket balik dari Jeddah, Arab Saudi.

Jemaah yang akan menunaikan ibadah umrah bermula Khamis hingga 7 Mac depan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2 petang tadi (Khamis) dijadualkan untuk transit di Jakarta sebelum berlepas ke Jeddah pada jam 7 petang tadi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hungryhenry 24-2-2023 01:42 PM
Penerbangan negeri leluhur ke yg transit kat jakarta tu? Camana plak boleh takde return tiket
Kesian jemaah2 umrah
Quote tikusmontok 24-2-2023 02:01 PM
Tu yg lebih mudah ambik direct flight
Quote hungryhenry 24-2-2023 02:41 PM
Dalam hal ni i salahkan travel agent. Very the bau ikan sbb takde return tiket
Quote imransulaiman 24-2-2023 03:45 PM
hungryhenry: Dalam hal ni i salahkan travel ...


Ofismet saya akan berangkat umrah pada 15 Mac ni. Tapi sampai sekarang TA dorang belum bagi flight itinerary. Masa mula-mula daftar, TA cakap akan tunjuk itinerary selepas full payment diterima. Bila dah bayar penuh, masih tak dapat itinerary. Lepas tu tiba-tiba TA cakap makan fullboard di Madinah sahaja sebab di Mekah nanti dah masuk bulan puasa. Dan ada bayaran extra RM300 untuk set bagasi (cargo, handcarry, sling, shoes). Kain ihram/telekung pun takde. Pakej pula 10K plus.

Semoga mereka mendapat umrah mabrur. Aamin.
Quote nolya 24-2-2023 04:07 PM
Kenapa TA hari ini banyak sangat perangainya. Adakah kerana tawaran umrah terlalu murah shnga timbul soal tak ade tiket balek? N one thing, kenapa tak ade full itinery diberikan kpd jemaah, juga tawaran khidmat makan dn penginapan dimaklumkan kpd jemaah. Bukankah jemaah berhak tau apa yg mereka boleh dpt dgn tawaran yg diberikan n up to the jemaah untuk membelinya ataupun tidak?  Mcm2 hal pulakla TA ni.  Demi untuk tidak tertipu dgn tawaran janji dgn harga yg ditawarkan, jemaah2 harus bijak buat satu perjanjian/menandatangi doumen tawaran yg dibeli drp TA.  Maka jika tawaran2 trs tidak diberikan maka jemaah berhak membuat tuntutan.
Quote KamikuP 24-2-2023 04:47 PM
Knp berlepas dari Yindon ?
Quote intan244 24-2-2023 07:48 PM
tula pasal. first time dgq transit indon ke saudi. biasanya kat klia tu ummah indon yg ramai transit sini sbb flight tiket murah katanya.
Quote rosmahisham 24-2-2023 09:14 PM
Edited by rosmahisham at 24-2-2023 09:15 PM

Travel agent skrg serabot kot ..letak rege lama ..bila tiba nk fly kena tambah itu ini sbb rege flight n hotel kat sana naik rega tetiba..ramau yg g naik airlines lain..balik naik lain..tp bg aku klu tukar2 gini lg mhl..x larat transit lahh.aritu kwn aku jenuh kena duk sehari kat Bangkok!org dh letih nk terus balik rumah..x de mood dh nk jjcm!
Quote makita 24-2-2023 09:23 PM
rosmahisham replied at 24-2-2023 09:14 PM
Travel agent skrg serabot kot ..letak rege lama ..bila tiba nk fly kena tambah itu ini sbb rege flig ...

Skrg byk agen2 aktif iklan sana sini cari sapa nk pi umrah. Janji bulan bintang. Lagi 1 hari tu meols baca..ada mutwif yg kalau org tnya psal sejarah tempat yg dilawati..dia suh google.
Quote rosmahisham 25-2-2023 09:13 AM
makita replied at 24-2-2023 09:23 PM
Skrg byk agen2 aktif iklan sana sini cari sapa nk pi umrah. Janji bulan bintang. Lagi 1 hari tu me ...

Alamak..ioks nk reply tp tertekan report!sorry..T.A mcm tangkap muat je amik mutawif sekarang ni, ramai yg muda2!bkn  golongan ustaz/ustazah pon ada...celebriti yg berhijrah pon ramai yg dh jd mutawif.dengar citer gaji mutawiff ni dlm RM100-200 ..yg senior yg best2 zmn2 dulu mungkin dh x nk buat dh..tu yg dpt org yg muda2 yg cetek ilmu..sian pd org yg 1st time g unrah la..silap2 x de mutawif yg guide derang.dh la tawaf n saei tu senang hilang geng!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.197783 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top